Zawaq hayun penumbuk kanannya lalu mendaratkan penumbuk pada dada seorang askar di kirinya menyebabkan askar itu melambung beberapa meter ke belakang. Askar ditumbuk Zawaq berpusing di udara seketika lalu kembali mendarat ke atas tanah berpasir dengan dua kakinya.
“Apa yang kau buat ini?” Soal seorang askar di belakang Zawaq yang berada di sebelah kanannya sebelum ini ketika membunuh rakyat palestin.
“Kamu semua pembunuh!!!” Jerit Zawaq dengan berasa amat marah.
Wajah Zawaq menjadi bengis. Matanya menjadi kemerahan. Kapilari darah menjalar pada mata putihnya. Perlahan-lahan kapilari darah berubah menjadi warna hitam daripada warna merah. Urat pada wajah turut kelihatan jelas pada wajah Zawaq. Perlahan-lahan urat pada wajah turut bertukar warna daripada warna kulit ke warna hijau gelap.
“Bunuh dia. Dia ini tak sesuai menjalankan tugas.” Arah salah seorang anggota askar kepada rakan-rakan lalu sembilan askar mengelilingi Zawaq. Zawaq memandang sekeliling. Dirinya dikepung. Lima askar mengangkat senjata. Menarik laras lalu menolak laras supaya peluru masuk ke dalam slot kosong. Picu ditarik.
Zawaq melindungi wajahnya menggunakan dua belah lengannya. Lima butir peluru menghentam wajah Zawaq kemudian jatuh ke atas lantai dalam keadaan kemik atau bengkok. Zawaq memandang ke bawah, tubuhnya lalu memandang sekeliling. Askar yang lain menembak Zawaq pula. Zawaq memecut ke hadapan.
Menumbuk dua orang askar di hadapannya lalu melancarkan dua askar puluhan meter ke hadapan. Dua askar melanting jatuh bergolek di atas tanah pasir. Dua askar hayun dua senjata mereka ke kepala belakang Zawaq.
Zawaq memusingkan badan lalu menghadap dua orang penyerang. Dua laras senjata dua askar itu ditangkap ditahan oleh Zawaq. Zawaq mematahkan dua senjata itu lalu menendang musuh di kanan. Musuh di kanan melambung beberapa meter ke belakang.
Zawaq melancarkan tumbukan kanannya ke wajah askar di hadapannya. Askar itu berpusing di udara setelah menerima tumbukan lalu jatuh terbaring di atas tanah. Tiga askar merempuh Zawaq. Zawaq terpelanting puluhan meter ke udara lalu jatuh ke tanah pasir. Zawaq bangun daripada terbaring. Zawaq terbatuk-batuk.
Darah keluar daripada mulutnya lalu membasahi tanah pasir. Zawaq memandang kembali ke hadapan.
Sembilan askar mendekati Zawaq. Zawaq bersedia sambil mengeluarkan dua penumbuknya untuk dilancarkan kepada para tentera yang menjadi musuhnya. Tiba-tiba tiga biji bom tangan datang bergolek ke hadapan di antara Zawaq dan sembilan super soldier Israhell.
Tiga bom itu meletup. Zawaq terus melompat setinggi 25 meter lalu mendarat ke atas bumbung berdekatan. Zawaq menunduk bagi mengintip sembilan askar tadi yang diletupkan oleh tiga bom tangan penyerang hendap palestin. Tiga bom tangan itu tidak dapat mengapa-apakan sembilan super soldier.
Hanya baju uniform askar mereka koyak rabak mendedahkan tubuh mereka yang sasa dan berotot. Sembilan askar Israhell mengekalkan helmet pada kepala mereka. Tumpuan mereka dialihkan memandangkan Zawaq hilang daripada pandangan.
Mereka memecut seperti harimau bintang ke arah di mana bom tangan muncul. Mereka merempuh tembok dan dinding bangunan seolah-olah melanggar dinding kertas. Lima askar palestin terkejut melihat sembilan orang askar merempuh tembok dan dinding di hadapan mereka dengan mudah. Salah seorang askar Israhell menangkap leher seorang palestine lelaki yang memegang Lee Enfield Mk 1 lalu menggenggam lehernya lalu hancur seperti daging dikisar.
Zawaq terkejut melihat kebolehan super soldier ciptaannya. Malahan, Zawaq boleh melihat dengan jelas keadaan tersebut daripada jarak 50 meter daripada atas bumbung ke situasi dalam bangunan yang diserang sembilan askar Israhell seolah-olah Zawaq berada di hadapan mereka.
Seorang askar Israhell yang lain menumbuk seorang askar palestine menyebabkan kepalanya hancur sebaik sahaja belakang kepala bertemu dinding akibat tumbukan askar Israhell yang kuat sehingga menembusi dinding belakang.
Tiga askar palestine terkejut melihat dua orang rakan mereka diperlakukan seperti patung mainan. Seorang askar palestin ditarik kolar baju uniform lalu dilemparkan ke siling.
Prak!!! Darah memercik. Tubuh askar tadi menjadi sekeping pinggang yang diperbuat daripada daging melekat di siling lalu pecah jatuh terburai ke atas lantai.
Dua askar palestin cuba melarikan diri apabila melihat tiga rakan mereka mati dalam keadaan mustahil serta mengerikan.
Chatellerault M1924/29 Limited Machine Gun digunakan oleh salah seorang askar palestine yang melarikan diri. Picu ditarik lalu menembak empat askar Israhell yang mendekatinya.
Tembakannya sedikit pun tidak mengapa-apakan mereka berempat. LMGnya diangkat lalu dihalakan ke arah wajah salah seorang askar Israhell. Peluru menembusi kepala salah seorang askar Israhell lalu jatuh terbaring mati di atas lantai bangunan.
Salah seorang askar Israhell memecut lalu menampar askar palestine itu. Tamparannya menyebabkan kepala askar palestin berpusing terpisah daripada leher badannya. Lehernya hancur. Kepala berterbangan melanggar salah sebuah tiang berdekatan.
Sebiji mata yang terkeluar daripada wajah seorang askar palestine ketika ditampar turut melanting lalu pecah melanggar sebuah tingkap kaca yang elok. Seorang askar palestine melarikan diri keluar daripada bangunan lalu menjatuhkan beberapa bom tangan setelah menarik pin keselamatan. Dua orang askar Israhell perlahan mengekori askar palestine itu.
Tiba di laluan keluar bangunan. Mereka berdua diletupkan dengan empat bom tangan menghancurkan serta meruntuhkan laluan keluar bangunan.
Dua askar Israhell mengangkat sebuah bongkah runtuhan bangunan setiap daripada mereka. Askar palestin terkejut melihat kekuatan mereka berdua. Kekuatan bukan manusia biasa. Dua bongkah runtuhan dilemparkan ke arah seorang askar palestine.
Dua bongkah bangunan itu bergolek laju ke arah askar palestine itu lalu merempuh, merenyuk, menghancurkan askar palestine itu ke cebisan daging. Leper mayat askar palestine itu, Setelah puluhan meter, dua bongkah runtuhan bangunan itu melanggar antara satu sama lain lalu jatuh terbaring.
“Gila.” Ucap Zawaq.
Melihat kejadian di hadapan matanya. Zawaq menumbuk ke lantai menggunakan tangan kanannya. Dirinya berasa lemah untuk berhadapan sembilan orang askar super soldier Israhell secara sendirian.
Zawaq berlari lalu melompat ke sebuah bangunan yang lain. Dia mendarat ke atas bumbung bangunan yang agak jauh daripada tempatnya melompat lalu Zawaq terjatuh dan bergolek di atas bumbung bangunan. Zawaq terlepas daripada tempat daratan. Zawaq terjatuh daripada atas bumbung bangunan.
Pantas Zawaq menangkap tebing bumbung bangunan namun genggamannya terlalu kuat menyebabkan tebing bumbung pecah lalu Zawaq terjatuh daripada bangunan. Zawaq terjatuh 40 meter daripada bumbung bangunan lalu terbaring di atas tanah berpasir. Tanah merekah. Tanah turut berlubang menerima impak Zawaq. Kepala Zawaq terhentak pada tanah dengan kuat.
Zawaq terbaring buat beberapa minit di atas tanah kemudian dia bangun. Belakang kepala dan tubuhnya diperiksa. Sekelilingnya dipandang. Tiada orang. Zawaq masih hidup walaupun terjatuh 40 meter daripada bumbung bangunan.
Perlahan-lahan Zawaq bangun berdiri daripada terbaring di atas tanah lalu berlari sepantas yang mungkin meninggalkan kawasan tersebut.
“Apa?! Zawaq hilang!!!???” Terkejut Zawaq mendengar berita pada pukul 7 petang.
Matahari mulai terbenam. Wajah Sarjan mulai bengis dan memarahi pelapor melalui panggilan telefon tersebut.
“Seorang super soldier kita mati ditembak?! Macam mana benda ini boleh terjadi?! Bukan ke askar-askar kita kebal!? Kau tahu apa yang akan terjadi apabila para pelabur kita dengar laporan kau ini?! Mereka dah labur 200 Billion Dollar ke atas kita!” Jerkah Sarjan dengan berasa amat marah serta tidak berpuas hati.
Gagang telefon diletakkan secara kasar. Panggilan telefon dimatikan sebaik sahaja gagang telefon diletakkan.
“Belum satu bandar kiat dapat kuasai, sekarang sudah ada seorang askar super kita mati!” Sarjan menghentam meja pejabatnya menggunakan dua lengannya yang sasa.
“Alen. Selesaikan masalah ini atau kau akan aku jadikan subjek eksperimen seterusnya!” Marah Sarjan kepada Alen yang sedang duduk pada kerusi besinya di mana dua tangan serta kakinya digari pada kerusi besi.
“Jangan risau. Aku akan jadikan super soldier kau lebih kuat dan tidak boleh dibunuh oleh askar palestin yang biasa.” Kata Alen sambil bersandar pada kerusi besinya.
“Jangan cakap sahaja. Tunjukkan hasil.” Dengus Sarjan.
“Barat Jerusalem, Jaffa, Haifa, Acre atau nama lain Akko, Nazareth, Be’er Sheva dan Safed. Kita dapat kuasai. Selagi kita tak dapat menguasai keseluruhan palestine, selagi itu kita tidak akan duduk diam. Seluruh dunia membencikan kita sehingga kita hapuskan kewujudan palestine.” Kata Sarjan.
“Semua itu mudah tetapi negara kita yang pengecut untuk berhadapan dengan arab. Kelakar. Masih pengecut walaupun sudah 8 wilayah palestine kita kuasai.” Ketawa kecil Alen.
“Kau penyumbang utama dalam menguasai palestine. Sekarang kau kena bantu kami dalam melawan askar-askar arab.” Kata Sarjan.
“Pengecut macam biasa.” Ketawa Alen.
“Kau tiada hak mentertawakan Israhell, pengkhianat!” Jerit Sarjan kepada Alen.
“Aku pengkhianat? Otak kau rosak? Aku rawat Zawaq supaya kamu semua tak ubah dia menjadi hamba abdi kau orang! Kamu semua tak berakal. Askar-askar sendiri pun dilayan ibarat catur yang boleh digantikan bila-bila masa!” Tengking Alen.
“Zawaq melayan askar-askar kita dan termasuk tahanan perang arab dan palestine dengan kemanusiaan. Belum pernah aku lihat orang macam Zawaq.” Jelas Alen.
“Kemanusiaan? Huh. Kemanusiaan hanyalah sifat lemah. Kerana itu manusia seluruh dunia tak dapat melindungi palestine. Terlalu bergantung kepada etika dan undang-undang dunia. Padahal undang-undang dunia, etika dicipta oleh kemanusiaan sendiri bagi menghadkan perjalanan keamanan dunia. Betapa bodohnya kemanusia.” Jelas Sarjan.
“Kemanusiaan hanyalah satu-satunya sifat yang membunuh dirinya sendiri dalam melawan kuasa seperti kita. Kemanusiaan tak dapat menghentikan kita. Israhell tetap maju dan terus membunuh semua arab!” Ketawa besar Sarjan.
“Zawaq adalah kemanusiaan maka aku juga kemanusiaan.” Ucap Alen.
“Apa? Kau hendak berpihak kepada kemanusiaan? Kelakar. Kau sendiri berdarah daging Israhell.” Ketawa sinis Sarjan.
“Aku bukan lagi berdarah daging Israhell.” Balas Alen.
Share this novel