Pada waktu malam yang gelap, angin bertiup kuat bersama kesejukan meresap ke dalam badan serta membaluti tulang. Kanak-kanak tidur menggigil mengiring bersandarkan dinding bangunan yang merupakan mangsa peperangan. Orang-orang tua pula tidur duduk bersandarkan pada dinding.
Zawaq memandang mereka melalui tingkap. Tingkap itu dipanjat lalu Zawaq meletakkan kumpulan kayu api serta minyak kereta. Minyak kereta dituangkan ke atas kumpulan kayu yang disusun secara perlahan dan senyap agar tidak mengganggu rakyat palestin yang tidur kesejukan.
Pemetik api dikeluarkan daripada baju uniform Zawaq. Daun-daun kering dibakar lalu diletakkan bawah kayu api yang dibasahi minyak kereta. Api mulai hidup menyala menjilat kayu-kayu api dan membakar daun-daun kering.
Setelah api dihidupkan, Zawaq memandang sekelilingnya. Mereka tidur nyenyak sebaik sahaja unggun api memanaskan suasana sekeliling. Zawaq keluar bangunan melalui tingkap.
Sebuah pokok di padang pasir kelihatan layu dan rapuh. Zawaq memandang pokok tersebut.
Pokok itu menggugurkan daun-daun sebagaimana orang-orang tua keguguran rambut. Salah satu ranting besar terjatuh dengan sendirinya ke atas lantai di hadapan Zawaq.
“Terima kasih pokok.” Ucap Zawaq kepada pokok yang nazak.
Zawaq menikam batang pokok itu dengan dua belah tangannya lalu mencantasnya dengan mudah daripada dalam batang pokok. Pokok terus tumbang terbaring di atas tanah. Zawaq berjalan ke titik graviti lalu mengangkat pokok itu dengan selamba dan membawanya ke bangunan tadi.
Zawaq memotong pokok itu kepada banyak bahagian yang kecil menggunakan dua tangan. Tidak lama kemudian, ranting demi ranting diletakkan ke dalam unggun api. Api semakin marak dan membesar. Kumpulan kayu disusun kemas berdekatan unggun api.
Zawaq mencabut lencana bendera Israhell dan tentera Israhell. Dua lencana itu turut dicampakkan ke dalam api. Dua lencana itu diperhatikan terbakar secara perlahan-lahan. Zawaq duduk di atas lantai lalu menyertai rakyat palestin tidur bersama.
“Anak, masuk dalam almari!!!” Jerit seorang bapa kepada anak perempuannya pada waktu pagi.
“Abah! Jangan! Jangan abah! Jangan tinggalkan saya seorang!” Merayu meronta-ronta anak gadis itu kepada bapanya.
“Kamu duduk diam-diam dalam tu.” Ucap bapa itu.
Bapa itu menutup pintu almari meninggalkan anak perempuannya di dalam almari baju. Beberapa orang tentera Israhell berpakaian sut taktikal lengkap menyerbu rumah serta memecahkan daun pintu rumah rakyat palestin itu.
“Apa kamu semua buat sini? Kami bukan penjenayah! Kami cuma makan sarapan dan kemas rumah!” Tengking bapa itu kepada para tentera Israhell.
Adik beradik lelaki memeluk emak mereka manakala si bapa melindungi isteri dan anak-anak lelaki. Para tentera Israhell memeriksa seluruh ruang rumah kecil itu. Salah seorang tentera Israhell mengambil beberapa pisau dapur lalu melemparkan ke atas meja makan di ruang tamu hadapan pintu masuk di mana hancurnya daun pintu.
“Senjata-senjata merbahaya. Mereka disahkan pengganas yang bersembunyi.” Kata salah seorang tentera dengan cermin mata hitam yang melemparkan beberapa pisau dapur ke atas meja makan tadi.
Seluruh tentera Israhel mengangkat senjata lalu mengacukan ke arah sebuah keluarga itu.
“Itu pisau dapur! Bukan senjata!” Balas si bapa itu.
Seorang tentera melepaskan tembakan mengosongkan magazin. Tumbang si bapa itu menerima tembakan pada seluruh tubuhnya. Walaupun si bapa tidak bernyawa di atas lantai rumah, seorang lagi tentera mendekatkan diri pada mayat si bapa lalu menembaknya sehingga kehabisan peluru.
Si isteri dan lima anak lelaki yang bawah umur 15 menjerit ketakutan serta memanggil bapa mereka yang tidak bernyawa. Para tentera lain menembak emak dan lima anak lelaki itu. Tumbang tidak bernyawa. Si anak perempuan menutup mulutnya sendiri sambil matanya berair melihat keluarganya dibunuh di hadapan matanya ketika dia berada dalam almari baju.
“Pastikan mereka tak bernyawa.” Ujar salah seorang tentera Israhell.
Sebahagian kecil askar Israhell menembak semua kepala mayat keluarga tersebut menggunakan Sten Machinegun yang sama membunuh semua mayat itu.
Si anak perempuan menangis di dalam almari baju setelah menyaksikan kematian keluarganya melalui celah daun pintu almari baju. Seluruh tentera Israhell meninggalkan rumah itu.
Pintu almari dibuka secara perlahan-lahan. Dua kakinya menyentuh lantai rumah. Langkah demi langkah. Kakinya menghampiri mayat tubuh keluarganya. Matanya berair melihat kepala dan tubuh seluruh keluarganya berlubang. Lantai dibasahi darah.
“Tidak.” Ucap anak gadis itu lalu jatuh terduduk kemudian memeluk tubuh bapanya yang tidak bernyawa.
Anak gadis itu terus menangis tidak menghiraukan darah keluarganya membasahi tudung, seluar dan baju gaunnya sambil terus memeluk tubuh bapanya. Kemudian dia merangkak ke mayat adik beradik dan emaknya.
“Emak. Bangun.” Tangis gadis itu mengejutkan emaknya.
Emaknya tidak bangun daripada tidur. Cangkul buat lubang besar. Bukan satu tetapi lima cangkul. Lima tenaga lelaki dewasa digunakan. Si anak gadis memeluk seorang jiran perempuan dewasa sambil menutup wajahnya pada baju jiran kerana tidak sanggup melihat keluarganya dikebumikan.
“Ini salah sebuah cerita yang aku dapat baru sahaja berlaku pada minggu ini.” Ucap seorang lelaki dewasa umur sebaya dengan Zawaq sambil mencicah roti ke dalam mangkuk sup ayam. Lelaki itu duduk di atas baldi yang diterbalikkan manakala Zawaq duduk di atas tayar lori yang tidak bertubuh pada waktu pagi.
“Tak makan ke? Tak lapar? Makanan terhad.” Ucap lelaki itu kepada Zawaq.
“Tak apa. Biar kanak-kanak dapat peluang makan sarapan pagi. Orang dewasa macam aku terpaksa ikat perut. Kanak-kanak adalah masa depan kita.” Ucap Zawaq kepada lelaki itu sambil memandang kanak-kanak beratur mengambil bantuan makanan daripada pihak bulan sabit merah.
“Baik kau makan. Walaupun kau nak utamakan budak-budak dapatkan makanan terlebih dahulu pun, tahu-tahu esok budak-budak dah mati. Membazir makan. Baik kau makan sebelum kelaparan.” Ucap lelaki itu.
“Aku tak akan biarkan dia orang mati. Aku akan lindungi mereka.” Ucap Zawaq.
“Apa yang kau ada? Kau tangan kosong sahaja aku tengok.” Balas lelaki itu.
“Ya. Aku tetap akan pertahankan orang tak bersalah daripada rejim Israhell.” Balas Zawaq.
“Buang masa.” Balas lelaki itu kemudian dia bangun daripada tempat duduknya.
“Aku ambil makanan bahagian kau sebab kau tak nak makan. Aku lapar. Kebulur.” Katanya lalu berjalan ke arah tempat pembahagian makanan Sabit Merah.
Zawaq menggelengkan kepalanya. Zawaq beredar lalu berjalan meninggalkan kawasan tersebut. Sebuah pesawat terbang melintasi negara palestin. Juruterbang memandang sekelilingnya sambil menumpukan perhatian kepada arahan.
“Tebing barat. Copy. Roger.” Kata juruterbang kepada mesin komunikasi pada helmetnya.
Pesawat dipandunya menyenget. Kelihatan banyak khemah dihadapannya. Punat pada kawalan pesawatnya ditekan. Satu lagi butang turut ditekan pada panel kawalan pesawat.
Puluhan peluru keluar daripada pesawat lalu menembus banyak serta meruntuhkan khemah. Kanak-kanak dan para dewasa melarikan diri masuk ke dalam khemah masing-masing. Para dewasa yang merupakan rakyat palestin malang dihujani peluru tewas ketika melindungi anak-anak mereka.
Beberapa roket dijatuhkan ke atas puluhan khemah. Banyak roket meletup menghancurkan sekelilingnya di mana ia jatuh. Seluruh benda hidup dan benda tidak hidup hancur bersepai kepada debu-debu. Khemah berdekatan letupan dijilat api.
Ramai rakyat palestin berlari keluar daripada api dalam diri keadaan terbakar termasuk kanak-kanak yang berlari dalam keadaan hangus lalu jatuh bergolek ke atas tanah kerana kakinya menjadi rapuh patah pecah seperti arang kayu bara api dicampakkan ke lantai dengan kuat
Ramai rakyat palestin menjerit kesakitan serta berlari bertempiaran. Beberapa askar Israhell keluar daripada persembunyian iaitu di dalam bangunan yang kosong kerana penghuninya dibunuh askar Israhell.
Para tentera mendekati kem pelarian rakyat palestin. Senjata diangkat lalu menembak sesiapa yang tidak mengena serangan pesawat tadi. Sebahagian besar penembak jarak jauh menggunakan M1 Garand bagi menembak kanak-kanak yang berlari menyelamatkan diri jauh daripada kem pelarian.
Tembakan demi tembakan. Tembakan mereka mengena kaki salah seorang kanak. Ada yang terkena tembakan pada badan belakang. Lebih malang terkena pada sisi kepala terus mati.
Salah seorang lelaki hayun sebatang besi khemah kepada seorang tentera Israhell namun lehernya ditikam dengan bilah pisau yang dipasangkan pada bawah muncung senjata Karabiner 43. Lelaki itu tumbang dilemparkan ke tepi dengan menolaknya menggunakan pisau rifle.
Salah seorang remaja melemparkan batu ke arah tentera di hadapannya bagi membalas kekejaman jenayah perang mereka. Tiga orang askar Israhell menembak remaja lelaki menggunakan Sten Machine Gun.
Zawaq berjalan ke arah tebing barat lalu melihat para askar Israhell melakukan kekejaman di tempat pelarian. Zawaq menggenggam dua penumbuknya.
Zawaq memecut meluru ke arah kanak-kanak yang menangis terbaring serta terduduk di atas pasir pantai kerana menangis tempat tinggal serta keluarga mereka dibunuh dimusnahkan oleh pesawat tentera Israhell.
Dua orang askar Israhell mendekati tiga orang kanak perempuan dan tiga orang kanak lelaki itu lalu mengangkat senjata FN FAL mereka. Picu FN FAL ditarik. Peluru laju terbang kepada enam kanak-kanak itu. Zawaq muncul di hadapan enam kanak-kanak.
Dua tangannya didepakan. Tubuh hadapannya menerima tembakan FN FAL. 60 peluru tidak berjaya menembusi tubuh Zawaq. Baju dalam berwarna putih koyak rabak dipukul dihentam 60 peluru yang dilepaskan oleh dua orang askar Israhell.
“Bodoh.” Kata salah seorang askar Israhell lalu menukarkan magazin kosong kepada magazin barunya.
Zawaq memeriksa tubuhnya. Salah seorang askar Israhell itu terkejut dengan keadaan Zawaq yang masih bergerak seakan tiada ada apa-apa berlaku pada dirinya walaupun telah ditembak 60 peluru.
“Mustahil!” Kata terakhir seorang askar Israhell itu.
Share this novel