“Siapa kau? Bagaimana kau tahu siapa aku?” Soal Zawaq kepada askar helmet hitam dan bertopeng penapis gas udara.
Tentera helmet hitam yang merupakan ketua kepada tentera lain menanggalkan helmetnya serta topeng gas mendedahkan wajahnya.
“Lavi.” Lavi memperkenalkan dirinya.
“Lavi.” Zawaq menyebut nama Lavi.
“Sayalah salah seorang askar yang terlibat dalam projek super soldier di bawah pengurusan doktor Zawaq dan doktor Alen.
“Apa kau mahu?” Soal Zawaq.
“Doktor, kami berpihak kepada doktor. Kami daripada Israhell. Sila kembali ke ibu pejabat kami. Kami akan menemani doktor.” Kata Lavi.
“Tak mahu. Aku sudah lihat apa yang kau orang buat.” Tegas Zawaq.
“Apa yang telah kami lakukan?” Soal Lavi.
“Membunuh orang tak bersalah, kanak-kanak, orang tua. Jenayah perang.” Balas Zawaq.
“Doktor, doktor. Palestin asalnya negara Israhell. Orang-orang palestin yang ambil tanah kita. Kita cuma mengambilnya semula. Kalau kita tak ambil hak kita semula, mana kita nak hidup?” Jelas Lavi.
“Ini bukan tentang hak. Ini tentang kemanusiaan!” Marah Zawaq.
“Kemanusiaan? Orang palestin sendiri halau kita daripada negara asal kita! Bersyukurlah persatuan bangsa-bangsa bersatu sedang membantu kita untuk dapatkan semula tanah kita! Mereka tolak kita supaya kita boleh bergerak jauh. Halau palestin sebagaimana mereka halau kita!” Bahas Lavi.
“Halau? Lebih kepada bunuh semua orang!” Marah Zawaq.
“Mari pulang ke ibu pejabat terlebih dahulu. Kita ada makanan. Tempat tinggal untuk doktor. Tiada ada apa-apa di sini.” Jelas Lavi.
Lavi mengeluarkan sepasang pakaian uniform tentera baharu lalu dicampakkan ke hadapan Zawaq. Zawaq memandang Lavi.
“Pakai baju dan jom balik ke Israhell. Malu hendak berjalan tiada seurat benang atas badan doktor.” Pujuk Lavi.
Zawaq mengambil pakaian itu lalu memakainya menutupi tubuhnya yang menzahirkan seluruh kulit yang dilitupi debu hitam serta kemaluannya.
“Haa, kan kemas. Mari pulang.” Kata Lavi.
“Tiada apa-apa di sini? Buka mata kau orang. Di sini di mana kau orang letupkan kanak-kanak dan pelarian palestin yang tidak bersalah. Mereka langsung tidak melawan tembakan kau orang. Kamu semua pembunuh! Aku akan ikut kau orang pulang ke ibu pejabat kemudian aku akan hancurkan Israhell dengan tangan aku sendiri!” Laung Zawaq.
“Haih.” Keluh Lavi.
Lavi mengeluarkan dua pasang pisau yang tajam. Beg galasnya dilemparkan ke tepi. Para askar Israhell menjauhkan diri mereka daripada Zawaq dan Lavi.
“Betul apa mereka kata. Kau berpihak kepada palestin. Pengkhianat patut mati.” Ucap Lavi.
“Aku berpihak kepada kemanusiaan. Kemanusiaan berpihak kepada palestin.” Tegas Zawaq lalu melemparkan kot jubah warna khaki ke tepi.
Zawaq tidak berbaju dan hanya berseluar samaran tentera warna pasir. Zawaq dan Lavi berada dalam kekuda masing-masing. Zawaq memecut lalu menumbuk Lavi. Lavi mengelak lalu memberikan serangan sabit menggunakan pisau pada tubuh Zawaq. Zawaq menerima serangan dua bilah pisau yang tajam.
Patah dua bilah pisau itu sebaik sahaja memukul tubuh Zawaq. Lavi terkejut dengan dua bilah pisaunya yang patah. Zawaq tanpa membuang masa memberikan tendangan padu ke sisi kiri tubuh Lavi menyebabkan Lavi melanting belasan meter ke belakang.
Lavi membetulkan tubuhnya daripada bergolek dan menikam tangannya ke tanah bagi memberhentikan dirinya daripada bergolek laju. Lavi berdiri semula.
“Engkau juga super soldier? Tak sangka.” Kata Lavi.
“Aku adalah pemusnah. Akan aku musnahkan kekejaman jenayah raksasa Israhell!” Marah Zawaq.
“Pemusnah? Kau cuma gadis berhati yang lemah!” balas Lavi.
Zawaq sekali lagi memecut ke arah Lavi. Tumbukan bertubi-tubi Zawaq diberikan kepada Lavi. Sempurna Lavi mengelak serangan Zawaq.
“Ini adalah beza seorang doktor dan seorang tentera!” Jerit Lavi.
Tumbukan Lavi mengena perut Zawaq. Mahu sahaja Zawaq termuntah. Tumbukan kiri Lavi menyinggah wajah kanan Zawaq. Zawaq melanting ke kiri. Zawaq terbaring lalu bangkit daripada jatuh.
Lavi meluru ke arah Zawaq. Zawaq bergolek ke tepi lalu memberikan tumbukan daripada tepi. Lavi menerima tumbukan daripada Zawaq dan menahan mereka sekuat mungkin. Dua kaki Lavi teguh berdiri dan bersereta buat puluhan meter akibat impak tumbukan Zawaq yang kuat.
Lavi memecut merempuh menolak Zawaq. Zawaq melangkah beberapa kali ke belakang. Lavi melompat lalu memberikan tendangan pada dada Zawaq. Zawaq melayang puluhan meter ke belakang. Lavi terus mengejar Zawaq.
Tumbukan didaratkan pada wajah, sisi tubuh, dan abdomen Zawaq tanpa henti. Lavi amat hebat dalam bertarung. Zawaq hanya mampu menerima serangan. Tumbukan padu menjadi penamat serangan bertali arus Lavi. Zawaq kekal melayang di udara tidak jauh satu meter daripada tanah kemudian jatuh ke atas tanah berpasir.
“Lemah.” Ucap Lavi.
Tengkorak kecil berada di tepi kepala Zawaq ketika Zawaq tertiarap di atas tanah pasir. Zawaq terkejut melihat tengkorak kecil hitam bersebelahan kepalanya. Tengkorak itu mengingatkan Zawaq akan kanak-kanak yang diselamatkannya menjadi debu hitam akibat letupan maha dahsyat diberikan oleh pesawat Israhell.
Zawaq menggenggam pasir dalam tangannya. Lavi mendekati Zawaq. Segenggam pasir dilemparkan ke wajah Lavi. Pandangan Lavi kabur akibat pasir dimasuki mata. Dua mata Lavi berkelip-kelip.
Zawaq memberikan tumbukan yang sekuat yang mungkin. Wajah Lavi, abdomen Lavi kemudian tendangan sabit kaki kanan ditujah Zawaq. Lavi melambung ke udara berpusing-pusing lalu jatuh berdekatan bangunan operasi askar Israhell tebing barat Palestin.
Zawaq melompat ke udara setinggi 10 meter lalu menujah ke arah Lavi menendangnya melanggar di tengah bangunan antara tingkat pertama dan tingkat kedua bangunan tersebut menyebabkan runtuhnya siling dan lantai bangunan tersebut.
Kini Lavi dan Zawaq berada dalam bangunan operasi askar Israhell tebing barat Palestine. Mayat askar Israhell bergelimpangan di dalam bangunan menghiasi suasana pertarungan antara Zawaq dan Lavi.
Zawaq menujah tumbukan kepada Lavi yang baru sahaja bangkit berdiri daripada terbaring. Tumbukan tangan kanan Zawaq terhenti. Tumbukannya dipegang Lavi. Mata Lavi berubah warna daripada putih hitam dan kini menjadi hitam sepenuhnya. Tumbukan dibalas kepada Zawaq.
Zawaq berundur beberapa langkah apabila menerima satu tumbukan daripada Lavi. Kulit pada wajah Lavi turut berubah warna. Daripada cerah menjadi hitam.
Zawaq menyaksikan Lavi berubah daripada manusia kepada bukan manusia. Bertubuh manusia namun berwajah lain. Pinggang lavi bercahaya warna merah. Muncul tengkorak kecil. Rahang tengkorak kecil di bawah perut Lavi terbuka menzahirkan berlian merah menyala terang.
“Apakah.” Terkejut Zawaq akan perubahan Lavi.
“Cukuplah bermain-main. Masa untuk kau mati!” Marah Lavi lalu memecut ke Zawaq.
Tumbukan dilancarkan lalu dihalang Zawaq dengan dua lengannya. Tumbukan Lavi teramat kuat menyebabkan Zawaq melayang keluar menembusi dinding bangunan serta meruntuhkan dinding di belakangnya.
Zawaq bergolek di atas tanah pasir lalu menuruni bukit pasir yang tidak seberapa tinggi mendekati tempat di mana pantai telah dimusnahkan pesawat Israhell. Zawaq cuba bangkit daripada tertiarap. Zawaq melutut di atas tanah.
Lavi keluar daripada bangunan di mana dinding runtuh dilanggar Zawaq.
Zawaq tidak memahami apa yang terjadi namun Lavi semakin jauh lebih kuat daripada sebelumnya.
Lavi memecut lalu menendang Zawaq. Zawaq menahan tendangan Lavi dengan lengan kiri. Zawaq sekali lagi melayang puluhan meter ke belakang dan mendarat di atas pasir hitam. Lavi memecut berlari ke arah Zawaq.
Leher Zawaq ditangkap Lavi lalu Lavi menghempaskan tubuh Zawaq ke atas lantai menyebabkan tanah pasir pantai hitam itu retak merekah menghasilkan lubang besar. Kini Lavi dan Zawaq berada di lubang rekahan pasir lantai akibat impak kekuatan Lavi yang menghempas tubuh Zawaq ke atas tanah pasir.
Zawaq terbatuk mengeluarkan darah. Zawaq tercekik. Lavi mencekik Zawaq dengan sebelah tangan kanan sahaja. Zawaq cuba melawan namun Lavi kaku seperti patung batu. Kekuatannya kini lebih luar biasa.
“Mati kau di sini.” Ucap Lavi kepada Zawaq.
Lavi mencekik Zawaq lebih kuat. Zawaq tidak dapat bernafas. Wajah Lavi yang hitam legam seperti matanya yang hitam ibarat lohong hitam menyeramkan.
Lebih-lebih lagi nyawa Zawaq seperti telur dihujung tanduk. Zawaq memukul-mukul tangan kanan Lavi serta wajah Lavi yang dekat hadapannya. Tiada tindak balas.
Memukul Lavi terasa seperti memukul dinding bata yang kukuh tidak berganjak. Tangan kanan Lavi mencekik semakin kuat setiap saat melepasi. Tindakan Lavi membunuh Zawaq. Belum. Zawaq tidak kelihatan menggelupur mati. Mata Zawaq berubah warna menjadi hitam seperti Lavi.
Urat hijau berakar pada tubuh dan wajah Zawaq. Zawaq memegang tangan kanan Lavi. Seluruh tubuh Zawaq menjadi warna hijau gelap dan bercampur hijau cerah. Pinggang Zawaq bercahaya merah terang seperti mana yang terjadi pada Lavi. Zawaq menolak Lavi dengan kuat.
Lavi melambung 3 meter ke udara lalu menjejak tanah dengan dua kakinya. Lavi berjaya mengekalkan posisinya dengan baik. Lavi berdiri dan berjaga-jaga dengan Zawaq. Zawaq turut berubah. Sesuatu yang turut tidak dijangka. Zawaq juga terkejut perubahan dengan dirinya sendiri. Sedikit pun Zawaq tidak mengingati eksperimen mengubah Lavi menjadi sesuatu yang lain. Sejak bilakah eksperimennya super soldier menjadikan manusia berubah rupa.
Share this novel