Zawaq berada dalam lori bersama anggota askar yang lain. Zawaq memakai baju vest kalis peluru. Zawaq memandang sekeliling. Para anggota kemas memegang senjata masing-masing dengan kemas.
Tiba di suatu bandar yang senyap sunyi. Zawaq dan para anggota turun daripada tiga buah lori. Mereka terus memeriksa kawasan sekeliling. Zawaq ditemani lima orang anggota tentera Israhell. Zawaq mengeluarkan dokumennya dan terus menulis laporan.
“Semua ini askar super soldier atau ada campur?” Soal Zawaq kepada salah seorang askar daripada yang ramai.
“Anggota yang pakai uniform warna hijau merupakan super soldier.” Ucap seorang kapten segerombolan tentera itu sambil memegang teropong dalam tangan kirinya.
“Sebesar mana kita hendak kepung dan luaskan kawasan kita?” Soal Zawaq kepada kapten.
“Kita kena pastikan tiada orang dalam bandar kosong ini. Tiada perangkap. Banyak lagi. Penempatan haram patut dirampas semula hak kita.” Jelas kapten.
“Tunggu sekejap. Saya ada dengar suara.” Kata Zawaq kepada kapten.
Zawaq berjalan ke arah punca suara tersebut. Para anggota tentera terkejut melihat pergerakan Zawaq yang berlari ke arah punca suara.
Sebahagian kecil anggota tentera Israhell diarahkan kapten untuk mengikut Zawaq. Pantas tentera berlari mendapatkan Zawaq. Zawaq berhenti di lapangan luas. Terdapat dua gawang gol. Kanak-kanak berkulit gelap bermain bola sepak. Zawaq terkejut melihat terdapat kanak-kanak di luar kawasan selamat selain Israhell.
“Kenapa ada kanak-kanak? Ini zon perang.” Ucap Zawaq dengan kehairanan.
Sebahagian kecil daripada kanak-kanak yang bermain bola sepak itu melihat kehadiran Zawaq dan para tentera lalu melarikan diri meninggalkan sekumpulan kanak-kanak yang asyik merebut bola di bawah matahari yang panas.
“Anak siapa budak-budak ini?” Soal Zawaq.
“Mereka anak-anak pengganas daripada palestine. Palestine adalah zon perang.” Balas seorang anggota tentera yang mendekati Zawaq sambil membidik senjata ke arah kanak-kanak palestine.
“Apa kau buat ini!?” Soal Zawaq kepada anggota tentera itu.
Tembakan demi tembakan menggunakan M1 Garand dilepaskan ke arah kanak-kanak yang melarikan diri. Seorang demi seorang tumbang. Kanak-kanak yang bermain bola sepak terhenti kerana terkejut mendengar bunyi letupan bagi mereka yang merupakan bunyi tembakan senjata api.
Diikuti anggota tentera lain yang juga menembak ke arah kanak-kanak. Zawaq ketakutan dan amat terkejut melihat kanak-kanak di hadapan ditembak ibarat tempat sasaran latihan mereka. Peluru-peluru menembusi kepala kanak-kanak dengan tepat.
“Berhenti!!!” Jerit Zawaq kepada para tentera.
“Kami dah habis tembak dah.” Balas salah seorang tentera.
“Dia orang kanak-kanak! Bukan musuh!” Jerit Zawaq lalu berlari ke arah kanak-kanak yang terbaring merata-rata di atas lapangan pasir yang dikelilingi bangunan.
Sekujur tubuh demi sekujur tubuh. Tubuh kanak-kanak diperiksa. Mereka semua mati tepat ditembak pada kepala. Zawaq jatuh terduduk di atas lapangan pasir. Sekumpulan tentera mendekati Zawaq.
“Dia orang akan jadi musuh kita bila membesar. Lebih baik kita bunuh mereka daripada awal.” Ucap salah seorang tentera.
“Dia orang cuma kanak-kanak! Tak berdosa!!!” Jerit Zawaq membalas ucapan seorang tentera yang memandang remeh membunuh nyawa tidak bersalah.
“Ini protokol, doktor Zawaq.” Ucap salah seorang tentera.
Salah seorang tentera menarik radio komunikasi bimbit yang bersambungan kepada beg mesin radio pemancar komunikasi lalu memberikan laporan.
“Dahsyatlah walaupun budak-budak tadi melarikan diri, aku boleh tembak tepat kepala dia orang.” Bangga seorang tentera Israhell.
Zawaq berdiri lalu melemparkan dokumennya ke arah mayat kanak-kanak namun dokumen hanya mengena pada darah kanak-kanak yang bertakung di atas lantai. Dua tangan Zawaq menangkap lalu menarik kolar uniform tentera berdekatan.
“Bangsat!” Carut Zawaq kepada anggota beruniform hijau itu.
“Aku ubahsuai kau bukan untuk bunuh orang tak bersalah!!! Aku ubahsuai kau untuk melawan kejahatan!” Jerit Zawaq pada wajah tentera itu dengan bersahaja.
“Lepaskan aku.” Tentera itu menolak Zawaq lalu Zawaq terpelanting berguling-guling di atas lantai melepasi mayat kanak-kanak bergelimpangan.
Zawaq terbaring lemah di atas lantai. Kakinya patah mengeluarkan tulang tajam. Dua tangannya turut patah tidak lagi berupa lengan. Kelihatan seperti ular yang keras. Zawaq memuntahkan darah sambil tertiarap.
Semua tentera terkejut dengan kekuatan tentera super soldier itu. Zawaq mengerang kesakitan dengan perlahan. Seluruh tubuhnya sakit. Dirinya merasakan seluruh tulang badannya retak, pecah dan patah.
Mata Zawaq terpejam. Darah mengalir keluar daripada dua kakinya yang patah. Seluruh tentera bergegas ke arah Zawaq. Mereka cepat-cepat mengangkat Zawaq ke lori tentera. Seluruh pandangannya gelap-gelita.
“Mana Alen?” Soal seorang doktor pembedahan kepada doktor yang lain di dalam bilik pembedahan.
“Alen tak sanggup menjalankan eksperimen ke atas Zawaq.” Jelas pakar bedah yang lain.
“Siapa sangka, pencipta super soldier turut menjadi super soldier.” Ucap pakar bedah di sebelah kanan Zawaq.
Mata Zawaq terbuka namun hanya tipis terbuka. Pemandangannya kabur namun masih dapat dilihat dua empat batang tubuh pakar pembedahan di hadapan kiri dan kanannya.
“7 Julai 1950, jam 8 petang. Pembedahan bermula.” Ucap salah seorang pakar pembedahan.
Zawaq kembali memejam mata.
“Zawaq. Zawaq! Tak guna!” Marah Alen cuba membangkitkan Zawaq yang tidak sedarkan diri namun Zawaq hanya mampu mendengar suara Alen walaupun tidak dapat bergerak.
“Zawaq maafkan aku. Aku terpaksa. Jangan benci aku. Aku akan sempurnakan kau.” Ucap Alen kepada Zawaq.
Zawaq kembali membuka mata namun pada kali ini tiada kehadiran Alen. Hanya beberapa orang memakai baju hazmat bertopeng gas serta beberapa pegawai tertinggi askar berada di hadapan Zawaq yang terbaring.
“Padam memori? Untuk apa?” Soal Sarjan kepada Pegawai pertahanan negara.
“Kau fikir apa akan jadi kalau Zawaq bangun dan lihat diri dia bukan lagi manusia biasa? Kau tahu Zawaq sendiri akan tak sengaja bunuh mak dia sendiri. Lebih baik kita palsukan kematian Zawaq. Zawaq sekarang super soldier. Bukan lagi rakyat biasa atau saintis.” Jelas pegawai pertahanan.
“Alen dah ubahsuai Zawaq tak lagi seperti yang kita rancang.” Jelas Sarjan.
“Tak mengapa. Jadikan Zawaq askar paling terkuat yang kita tak pernah cipta. Libatkan Alen.” Balas pegawai pertahanan.
“Itu perlukan lebih banyak kajian. Kajian berjalan perlahan sebab Zawaq tak lagi terlibat dalam projek super soldier. Zawaq sendiri menjadi subjek uji kaji projek kita. Tak boleh mengharapkan Alen seorang. Lambat. Mungkin ambil masa setahun.” Jelas Sarjan.
“Jangan risau Sarjan. Saya dah maklumkan hal ini kepada para pelabur. Mereka terkejut tapi aku datangkan idea kepada dia orang. Mereka teruja dan hendak melaburkan 100 billion dolar hanya untuk tukarkan Zawaq kepada super soldier supaya Zawaq boleh terus menghasilkan lagi banyak super soldier. Zawaq dan Alen merupakan aset terpenting kita.” Jelas pegawai pertahanan.
Mata Zawaq pejam sekali lagi. Masa berlalu. Zawaq tidak dapat mengira berapa lama masa sudah berlalu. Mata Zawaq terbuka luas. Zawaq melihat dirinya memegang senjata bersama anggota askar yang lain. Zawaq berada dalam lori perisai.
Pintu lori belakang dibuka. Para musuh menembak ke arah lori perisai askar Israhell.
Peluru-peluru melenting daripada tubuh lori. Salah seorang musuh menembak ke arah dalam perut lori melalui pintu belakang lori yang terbuka. Beberapa musuh turut menembak bersama rakan. Semua askar yang berada dalam perut lori kekal duduk menerima tembakan dengan bersahaja.
Seluruh askar keluar daripada perut lori lalu berdiri dalam barisan hadapan pintu belakang lori sambil memegang kemas senjata masing-masing. Para musuh kekal menembak menggunakan Lee-Enfield Mk3. Sedikit pun mereka tidak berganjak apabila ditembak hujan peluru.
Zawaq dan askar-askar lain mengangkat senjata mereka lalu membalas tembakan sambil menerima tembakan. Satu per satu tembakan mengena kepala musuh yang bersembunyi menembak daripada dalam bangunan serta di sebalik batu konkrit bangunan yang pernah jatuh runtuh daripada bangunan berdekatan.
Zawaq dan para tentera Israhell berpecah dan mengambil langkah sendiri. Mereka mendekati para musuh sambil menembak. Kelongsong peluru jatuh menghiasi lantai bersama peluru musuh yang jatuh daripada tubuh para askar Israhell kerana tidak berjaya menembusi masuk tubuh mereka.
Satu tembakan demi satu tembakan. Kelongsong peluru meloncat keluar daripada slot. Laras dimasukkan semula sebaik sahaja peluru baru menaik. Picu ditarik. Tembakan menembusi wajah seorang askar.
Mereka berjalan melepasi bandar-bandar di palestine. Mereka menemui ramai wanita dan kanak-kanak melarikan diri apabila melihat kehadiran tentera palestin.
Para askar super daripada Israhell memasukkan klip baharu ke dalam tubuh rifle Lee-Enfield MK 1 dan MK 3 masing-masing. Laras Rifle dibidik ke arah rakyat palestin ketika para wanita dan kanak-kanak berlari lintang pukang. Picu ditarik. Menumbangkan ramai ibu dan anak. Zawaq membidik namun jari telunjuknya tidak menarik picu. Dua lengannya bergetar.
Lee-Enfield MK 3 yang dipegang bersamanya turut bergetar. Dua tangannya tersentak lalu melepaskan senjatanya jatuh ke atas lantai. Para askar Israhell di kiri dan kanannya kekal menembak tidak menghiraukan Zawaq.
Zawaq kembali memandang hadapannya. Setiap saat berlalu, jatuh sebatang tubuh rakyat palestin tak berdosa merupakan ibu dan anak-anak. Para ibu dan anak hanya mampu melarikan diri dan meminta tolong.
Share this novel