Episode 9 : Battle

Action Series 185

Zawaq berubah sepenuhnya seperti Lavi namun Zawaq mempunyai pelbagai jenis warna hijau. Para tentera lain yang memerhatikan mereka berdua dalam kedudukan siap siaga untuk menyambung bertarung.

Lavi dan Zawaq meluru ke arah satu sama lain. Zawaq memberikan penumbuk kanan. Begitu juga dengan Lavi. Mereka menumbuk wajah antara satu sama lain. Lavi berpusing-pusing kemudian melutut di atas tanah. Zawaq terlangkah lima ke belakang.

Zawaq memecut ke hadapan lalu menendang Lavi yang melutut. Lavi melayang dua puluh lima meter ke belakang. Zawaq kekal menyerang Lavi. Lavi pantas bangkit menahan tendangan padu Zawaq yang meloncat kepadanya dengan dua lengannya yang bersilang.

Zawaq mendarat kembali ke tanah. Lavi melepaskan dua tangannya kemudian menolak Zawaq dengan kuat sebelum Zawaq mula kembali menyerang. Zawaq melangkah tiga ke belakang.

Tumbukan kiri dilancarkan Lavi. Mudah Zawaq menepis tumbukan Lavi. Tumbukan kanan pula dilancarkan. Lavi terus menerus menumbuk manakala Zawaq kekal menepis tanpa henti. Zawaq menolak dua tangan Lavi ke tepi.

Tumbukan sabit daripada bawah menghinggap pada bawah dagu Lavi. Lavi melambung ke udara dan jatuh ke atas tanah semula. Para tentera Israhell menembak Zawaq daripada belakang. Peluru jatuh ke atas pasir dalam keadaan kemik.

Zawaq memandang ke arah para tentera Israhell. Mereka terdiam dan tidak menukarkan maagazin senjata api kosong mereka dengan magazin baru. Lavi menendang Zawaq secara hendap. Zawaq jatuh bergolek sejauh dua puluh meter. Zawaq bangkit daripada terbaring.

Lavi di udara lalu menjunam menendang ke Zawaq. Zawaq mengelak. Tanah pasir retak musnah menghasilkan lekuk sedalam lima meter. Zawaq tidak membuang masa. Zawaq membalas tendangan. Berlaku letupan menghasilkan kawah pada dinding kanan lubang lima meter dihasilkan Lavi. Kawah itu kedalaman Tiga puluh meter.

Lavi memuntahkan darah keluar daripada topeng wajahnya. Darahnya menyembur terkena pada kaki serta badan hadapan Zawaq. Zawaq melepaskan kaki kanannya daripada dada Lavi. Lavi jatuh tertiarap ke atas tanah.

"Berambus, aku tak mahu lihat muka kau!" Arah Zawaq.

Zawaq melompat keluar daripada lubang yang dalam. Tenang sahaja berjalan Zawaq meninggalkan Lavi berseorangan meniarap di dalam lubang sedalam tiga puluh lima meter tidak diganggu para tentera Israhell lain.

Lavi bangkit daripada terbaring kemudian memanjat keluar lubang yang dalam itu dengan memacak seluruh jari jemari ke dalam pasir. Memanjat keluar daripada lubang ibarat labah-labah. Lavi keluar daripada lubang lalu melihat Zawaq yang berjalan meninggalkannya.

Tubuh Zawaq berubah kembali menjadi manusia sambil dirinya berjalan dengan tenang. Lavi terbatuk-batuk mengeluarkan darah membasahi tanah pasir.

"Zawaq! Aku belum selesai!" Jerit Lavi kepada Zawaq.

"Lavi... Jangan bangun." Pinta Zawaq ketika dia memalingkan ke belakang.

"Jangan kau harap dapat berjalan keluar daripada mengkhianati negara!" Laung Lavi.

"Aku bukan lagi rakyat Israhell." Ucap Zawaq.

Lavi memecut pantas kepada Zawaq. 50 meter direntasi Lavi dalam masa satu saat. Lavi menumbuk Zawaq. Abdomen Zawaq menerima tumbukan Lavi yang berat. Darah menyembur keluar daripada mulut Zawaq. Zawaq melayang jatuh ke atas lantai buat 10 meter daripada Lavi.

Zawaq terbatuk-batuk memuntahkan darah pada tanah. Kaki kirinya berdiri menekan bumi. Zawaq kembali berdiri daripada melutut di tanah.

"Hentikan Lavi." Ucap Zawaq.

"Aku menjalankan tugas. Bunuh kau!" Tegas Lavi.

"Aku seorang doktor. Aku sepatutnya tidak lagi mengambil nyawa orang sekalipun nyawa musuh!" Kata Zawaq lebih kuat.

"Kau cipta aku! Kau beri aku kekuatan untuk bunuh musuh-musuh kita! Jangan kau hipokrit tidak mengambil nyawa orang!!!" Jerit marah Lavi.

"Aku tak mahu lakukan ini Lavi. Aku tak mahu bunuh kau!" Balas Zawaq.

Tumbukan sabit ditahan Zawaq. Zawaq terapung di udara buat sementara kerana impak kuat serangan Lavi kekuatan manusia luar biasa. Zawaq kembali mendarat ke tanah 15 meter daripada Lavi.

"Tak guna. Aku tak boleh berubah!" Zawaq memandang dua tangannya yang tidak berubah warna kulit daripada warna cerah kepada hijau.

Lavi masih menyerang Zawaq dalam bentuk bukan manusia. Lavi memberikan tumbukan bertubi-tubi. Semuanya ditahan dan ditepis Zawaq.

"Tak guna. Aku rasa tangan aku hendak patah!" Monolog Zawaq.

Tumbukan tangan kanan padu Lavi hinggap pada wajah Zawaq. Zawaq berpusing di udara kemudian jatuh bergolek di atas tanah pasir. Lavi memijak Zawaq untuk dielak Zawaq. Tanah pasir bergegar kuat ibarat Puluhan gaja menghentak tanah dengan kaki akibat kemarahan.

Pantas Zawaq bergolek dan berdiri atas kaki sendiri semula. Zawaq melanting 20 meter ke hadapan setelah terkena tendangan sabit kaki kanan daripada Lavi.

Zawaq terjatuh ke atas tanah. Terasa rusuk kiri Zawaq patah. Lavi melompat tinggi ke udara setinggi 30 meter kemudian meluncur di udara lalu menendang Zawaq dengan kaki kanannya.

"Argh!!!!!" Zawaq menjerit kesakitan sebaik sahaja dua lengannya menahan dan menerima tendangan berat daripada Lavi.

"Mati!!!!!" Jerit Lavi.

Zawaq melanting ke belakang sejauh 50 meter. Tubuhnya bergolek-golek sepanjang sejauh 50 meter tersebut. Zawaq kembali bangkit sambil bersedia kedudukannya dengan dua tangannya mengepal penumbuk.

Lavi memecut 50 meter dalam satu saat. Kali ini Zawaq menepis tumbukan Lavi yang laju. Bang! Tumbukan padu hinggap pada abdomen Lavi. Zawaq menumbuk Lavi sekuatnya. Lavi melangkah beberapa tapak ke belakang. Lavi termuntahkan darah yang banyak keluar daripada topeng helmet muka.

"Berhenti Lavi." Rayu Zawaq.

"Zawaq!!!" Laung Lavi.

Sepantas kilat tumbukan kanan kuat dan padu Lavi menghinggap wajah kiri Zawaq. Tumbukan Zawaq lebih pantas daripada Lavi. Tumbukan tangan kanan dilancarkan daripada bawah. Menumbuk bawah dagu Lavi. Lavi dilancarkan ke udara. Sebelum dua kakinya menjejak tanah.

Zawaq menarik tangan kanannya lalu dilancarkan seperti roket berpandu. Bang! Tumbukannya mengena kepada abdomen Lavi. Lavi terjatuh ke atas tanah. Lavi terbatuk-batuk muntah mengeluarkan darah yang banyak. Lavi cuba bangkit semula namun gagal.

"Lavi berhenti." Ucap Zawaq.

Lavi terbaring lalu memandang ke langit. Seakan rohnya hilang pudar daripada dua anak matanya. Zawaq jatuh melutut di hujung kaki Lavi.

"Lavi...." Zawaq bersedih atas kehilangan Lavi.

Lavi merupakan salah seorang askar pesakit yang merupakan bawah jagaannya terdahulu. Kini mati di tangannya sendiri. Dirawat untuk dibunuh Zawaq.

"Itu dia!" Kata salah seorang askar Israhell.

Seorang askar Israhell menunjukkan jari telunjuk ke arah Zawaq. Lima askar Israhell baru tiba melihat Zawaq menangisi mayat Lavi.

"Itu..." Kata salah seorang askar Israhell baharu dengan uniform serba hitam.

"Zawaq. Doktor Zawaq." Kata salah seorang askar Israhell daripada lima orang.

"Kita perlukan dia hidup atau kita bunuh dia jika dia terlalu merbahaya." Kata salah seorang daripada mereka.

"Jangan buang masa aku!" Jerit Zawaq sambil menyapu wajah Lavi. Menutup mata Lavi serta menutup mulutnya.

"Kembali kepada Israhell." Kata salah seorang askar Israhell.

"Sampai bila-bila pun tidak." Balas Zawaq.

"Cari nahas." Balas salah seorang daripada mereka.

"Kau orang tak mahu lawan aku." Kata Zawaq yang berdiri daripada melutut berdekatan mayat Lavi.

"Kau fikir kau siapa?" Soal seorang askar Israhell yang berdiri di tengah antara empat orang.

"Aku adalah pemusnah." Kata Zawaq.

"Kau bukan seorang sahaja yang terlibat dalam projek super soldier!" Kata seorang askar Israhell.

"Saksikan kiamat. Evolusi kiamat formula cerdik pandai Israhell menamatkan nyawa pengkhianat." Kata mereka.

"Beredar! Sekarang!" Arah Zawaq kepada mereka.

"Kau bukan sesiapa." Ucap salah seorang askar Israhell yang melangkah ke hadapan.

"Tak guna." Ucap Zawaq.

Askar Israhell itu berubah warna matanya daripada putih menjadi hitam. Kulitnya menjadi kelabu gelap. Cahaya berlian merah menyala menyilaukan walaupun pada waktu tengahari.

Mereka berlima berjalan mendekati Zawaq dengan pinggang mereka yang menyala terang. Zawaq mengepal dua tangan penumbuknya. Sakit pada lengan masih terasa. Zawaq memerhatikan dua tangannya. Kemerahan dan kebiruan. Terdapat sedikit warna kehitaman.

"Nampak gaya. Tangan aku dah patah dalam tulangnya." Kata Zawaq kepada diri sendiri.

Lima askar Israhell berubah rupa. Mereka kelihatan serupa sebagaimana Lavi berubah kepada lembaga hitam. Peluh dan darah mengalir pada pipi jatuh daripada dagu ke tanah.

"Kenapa aku tak boleh berubah?" Zawaq melihat tubuhnya kehairanan.

"Zawaq, evolusi tidak memihak kepada pengkhianat." Kata salah seorang askar Israhell.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience