“Senjata pemusnah. Kimia. Biologi. Nuklear.” Ucap seorang lelaki berjambang putih, bercermin mata kanta bulat berbingkai besi nipis. Rambut kusut warna putih. Jelas kedutan seribu pada wajahnya.
“Kita hendak mencipta senjata yang jauh lebih maju dan hebat berbanding senjata yang ada sekarang ini.” Tambah lelaki itu.
Tag nama pada kot putihnya tertera nama, ‘Alen’. Alen memandang seorang pemuda berambut hitam kemas. Berpakaian putih seperti Alen.
“Teruskan.” Ucap pemuda itu sambil berdiri mendengar kata-kata Alen yang duduk di meja panjang dan di atas kerusi kayu di hadapannya.
“Senjata Nuklear, Biologi dan Kimia merupakan senjata yang dicipta oleh manusia. Manusia itu sendiri merupakan senjata. Minda dan fizikal manusia amat berbahaya. Tanpa kewujudan manusia, maka tak wujudlah tiga jenis senjata tadi.” Jelas Alen.
“Betul.” Balas pemuda itu.
“Kita mahu mencipta senjata. Manusia itu sendiri.” Jelas Alen.
“Maksud tuan?” Soal pemuda itu.
“Saya mahu mencipta manusia sebagai senjata yang kebal terhadap senjata kimia, senjata biologi dan senjata nuklear.” Kata Alen secara terus kepada tujuan.
“Manusia luar biasa.” Balas pemuda itu.
“Ya. Kita mahu mencipta atau melahirkan ribuan tentera luar biasa. Kebal terhadap apa-apa sahaja senjata.” Ucap Alen.
“Kuasai dunia?” Soal pemuda itu.
“Belum lagi Zawaq. Projek Super Soldier masih belum bermula. Buat masa ini, kita hanya perlukan subjek cubaan bagi menguasai Palestin.” Jelas Alen.
“Baik.” Ucap Zawaq, pemuda tadi.
“Segalanya untuk Israhell.” Ucap Alen.
“Demi Israhell.” Balas Zawaq.
Cawan-cawan kaca berkilau bawah lampu yang cantik bentuknya yang berisi arak saling bertembung. Saudara-mara menyambut majlis meraikan Zawaq mendapat pekerjaan cita-citanya.
“Tahniah Zawaq!” Ucap ibu bapa saudara kepada Zawaq.
“Terima kasih.” Balas Zawaq sambil mengangkat secawan kaca berisi arak merah dalam tangan kanannya.
“Berapa lama sudah bekerja?” Soal salah seorang sepupu lelaki baya Zawaq di pondok luar rumah di bawah langit yang gelap malam.
“Dua bulan dah kerja. Gunalah gaji sebulan untuk buat parti.” Kata Zawaq sambil tersenyum kecil.
“Bagus-bagus. Kerjalah sampai setahun. Cukup duit kahwin.” Kata salah seorang sepupu lelaki Zawaq.
“Tolong! Tolong lepaskan aku!” Raung seorang lelaki bertubuh kurus kering umpama ranting kayu. Dua tangan, dua kaki serta badannya dirantai dan diikat dengan ketat pada katil pembedahan.
“Mulakan eksperimen. Ucap Alen kepada beberapa orang pembantu berpakaian gelap dan bertopeng gas.
“Argh!!! Argh!!!!” Jerit kesakitan dengan kuat lelaki tadi sambil abdomennya dibuka menggunakan pisau pembedahan tanpa ubat bius mendedahkan usus, paru-paru dan jantungnya di dalam bilik rahsia yang gelap.
“Terima kasih datang ke majlis meraikan kerjaya anak saya. Anak saya menjadi seorang saintis. Moga pekerjaannya kekal sehingga bersara.” Ucap ayah Zawaq kepada para tetamu yang merupakan saudara maranya.
Lelaki itu menggelupur. Mulutnya berbuih. Anak mata perlahan-lahan menyembunyikan diri ke bawah kelopak mata bahagian atas.
“Adrenalin! Renjat dada dia! Kita perlukan subjek melangsungkan eksperimen dalam keadaan sedar!” Arah Alen kepada para pembantu pembedahan.
Lelaki bertubuh kurus kering yang merana itu menggelengkan kepalanya dengan ganas sambil menjerit dalam keadaan tidak sedar. Dadanya menerima renjatan dengan debrifilator. Matanya kembali normal dan tidak lagi putih. Mulutnya memuntahkan air liur bercampur darah dengan banyak.
“Masukkan alat penyedut air liur ke dalam kerongkong dia! Elakkan dia tercekik darah dan air liur dia sendiri!” Arah Alen dengan garang.
Jam loceng berbunyi. Zawaq mematikan jam loceng. Jarum jam menunjukkan jam 9 pagi. Zawaq mandi lalu menyiapkan diri dengan berbaju seumpama doktor. Turun daripada tangga. Mengambil berbagai jenis buah-buahan daripada atas bakul meja makan dan dimasukkan ke dalam bekal.
“Ibu, Zawaq gerak dulu.” Kata Zawaq kepada ibunya yang membaca surat khabar di sofa sambil Zawaq menggigit epal merah dalam tangan kirinya manakala tangan kanannya membimbit beg besi.
“Eksperimen banyak gagal.” Ucap Alen sambil duduk di sofa pejabat.
“Kena bermula daripada awal.” Balas Zawaq.
“Tak semudah itu.” Balas Alen.
“Lebih mudah jika kita melatih para tentera dan menjadikan mereka sebagai tentera elit.” Jelas Zawaq sambil duduk di meja dan kerusi besi menghadap papan hitam.
“Makan masa terlalu banyak dan membazir sumber.” Balas Alen.
“Doktor Alen. Kita ambil tentera elit sedia ada. Kita jalankan eksperimen ke atas mereka.” Terang Zawaq.
“Kenapa pula tentera elit?” Soal doktor Alen.
“Manusia tak berotot. Manusia lemah. Mustahil hendak menjadi manusia luar biasa. Apa yang kita perlukan sebaliknya, manusia yang sedia kuat. Sihat. Kita bantu mereka menjadi manusia luar biasa.” Terang Zawaq.
“Betul juga. Selama ini kita bazirkan sumber ke atas tahanan penjara yang lemah tak bermaya. Sebab itu kita gagal.” Minda Alen terbuka.
“Tahanan penjara? Apa?” Soal Zawaq kepada Alen.
“Tak ada apa-apa.” Balas Alen.
“Doktor, eksperimen ke atas tahanan penjara menyalahi undang-undang dan prinsip kemanusiaan.” Tegas Zawaq.
“Sudah. Kamu pernah masuk askar sebelum ini?” Soal Alen kepada Zawaq.
“Pernah. Saya masuk askar selama tiga tahun dan lima tahun belajar dalam bidang sains perubatan.” Jelas Zawaq kehairanan.
“Sekarang kamu umur tiga puluh.” Kata Alen.
“Ya. Lima tahun sebelum ini saya belajar sains genetik manusia dan haiwan.” Tambah Zawaq.
“Apa matlamat kita dalam projek super soldier?” Soal Alen kepada Zawaq.
“Menaiktarafkan keterbatasan kebolehan manusia kepada potensi luar biasa melalui kajian eksperimen sains.” Jawab Zawaq.
“Zawaq, tugas kita untuk membantu dan mengubah manusia daripada menjadi lemah kepada kuat. Tiada istilah melanggar undang-undang dan menyalahi etika sains kemanusiaan dalam usaha kita. Kita cuma hendak buang sifat lemah daripada manusia dan hanya mengekalkan manfaat terhadap manusia.” Jelas Alen.
“Baik doktor.” Zawaq mengiyakan kenyataan Alen.
Seorang askar masuk ke dalam pejabat doktor Alen ketika Alen dan Zawaq bersembang mengenai kerja mereka.
“Sukarelawan dah bersedia untuk eksperimen.” Ucap tentera itu sambil memberi tabik hormat kepada doktor Alen.
“Baik saya akan datang sekejap lagi.” Ucap doktor Alen kepada anggota tentera itu.
Zawaq dan Alen bangun daripada tempat duduk lalu keluar pejabat menuju ke tempat eksperimen.
“Bagaimana kamu hari ini Lavi?” Soal Alen kepada seorang anggota tentera lelaki yang duduk di atas katil.
“Baik. Sihat doktor. Bahkan lebih sihat daripada sebelum ini. Lama-kelamaan saya boleh berlari. Kaki saya sepatutnya lumpuh tetapi semakin hari berlalu, saya dapat rasa kaki saya.” Ucap Lavi.
Zawaq mengambil dokumen berkenaan. Latar belakang Lavi dibaca. Lavi lumpuh dua kakinya ketika peperangan 1948. Dua kakinya ditembak ketika menyerang balas pengganas di bandar.
“Berapa lama nak baik daripada lumpuh bahagian bawah badan?” Soal Zawaq kepada Lavi.
“Perkenalkan ini anak murid saya, Zawaq. Dia juga telah mengambil bahagian dalam merawat awak daripada sebalik tabir.” Ucap Alen kepada Lavi.
“Terima kasih doktor.” Ucap Lavi kepada Zawaq.
Zawaq terus membalas ucapan Lavi itu dengan menganggukkan kepala dan menyambut salam tangan daripada Lavi.
“Lavi, turun daripada katil dan tunjukkan kepada Zawaq yang awak boleh berjalan.” Pinta Alen kepada Lavi.
Lavi turun daripada katil. Dua kakinya melompat-lompat. Lavi turut berlari setempat. Doktor Alen menepuk dua tangannya beberapa kali kerana bergembira dengan eksperimennya yang berjaya.
“Eksperimen berjaya?” Soal Zawaq.
“Ya! Ini satu-satunya eksperimen yang tidak memerlukan pembedahan!” Kata doktor Alen dengan teruja.
“Terima kasih doktor!” Ucap Lavi kepada Alen.
“Eksperimen tanpa pembedahan ini bukan hasil saya. Eksperimen berjaya tanpa pembedahan ini dilakukan oleh Zawaq. Saya jenis suka bedah orang. Bayangkan kalau eksperimen pembedahan berjaya.” Ketawa kuat doktor Alen.
“Eh tak mengapalah. Saya takut pembedahan.” Ucap Lavi.
Share this novel