Zawaq terpelanting jauh. Kini Zawaq berada di tengah-tengah lautan batu-bata. Seorang lagi askar super Israhell menendang Zawaq. Terpelanting sekali lagi setelah baru sahaja Zawaq bangkit dan dia berlanggar dengan sebuah batu besar setinggi tiga meter. Batu besar itu pecah hancur bersepai berderai.
Zawaq bangkit kembali hanya untuk ditumbuk pada wajahnya. Dia berpusing dan jatuh tertiarap pada bukti yang menaik. Hidung Zawaq patah. Bibirnya pecah. Hidung dan mulut tidak berhenti mengalirkan darah yang banyak. Dua tangannya tidak lagi berfungsi.
Seorang askar super israhell memberikan tendangan sabit dan dielak pantas oleh Zawaq. Tendangan diberikan kepada askar super israhell itu. Askar israhell tersebut melangkah beberapa ke belakang dan jatuh.
Tiga askar Israhell daripada atas bukti berdekatan Zawaq menembak Zawaq. Mereka menggunakan Hotchkiss 1914 dan Bren Gun. Seorang daripada tiga askar israhell menggunakan Sten Machine gun. 90 peluru menghujani Zawaq. Zawaq menutup matanya serta memalingkan wajahnya agar tidak kena hujan peluru.
90 peluru menghujani tubuh Zawaq. 90 peluru dipersia-siakan. Peluru-peluru jatuh ke tanah dalam keadaan bengkok dan kemik. Dua askar Israhell menendang Zawaq bersama-sama. Zawaq melayang keluar daripada kawasan batu-bata.
Ketika bergolek-golek, tulang sikunya terkeluar daripada kedudukannya. Zawaq bangkit dengan dua tangannya terkulai. Lima askar israhell menyerbu Zawaq. Zawaq menendang leher salah seorang musuh. Zawaq menunduk mengelak tumbukan musuh lain.
Zawaq melompat ke udara dan berlipat. Kini Zawaq berada di belakang mereka. Tendangan padu diberikan kepada salah seorang musuh yang belum berpaling ke hadapan. Satu lagi tendangan sabit mengena pada wajah salah seorang askar Israhell. Askar ditendang tadi berpusing lalu jatuh ke atas tanah.
Satu lagi tendang dilancarkan daripada Zawaq dalam keadaan berpusing. Tendangannya dihalang oleh seorang musuh yang belum tumbang. Musuh itu menumbuk lutut Zawaq menyebabkan kaki Zawaq bengkok arah berlawanan. Zawaq menjerit kesakitan lalu jatuh ke atas tanah.
Lima askar Israhell mengerumuni Zawaq. Zawaq hanya mampu memandang lima askar tersebut mengelilingi serta memandang dirinya yang tidak terdaya untuk bangkit.
Berlaku letupan di hadapan Zawaq di mana menerbangkan lima askar Israhell jauh daripadanya namun Zawaq turut terkesan dengan letupan tadi. Zawaq melayang dan bergolek-golek jatuh ke dalam lubang bukit di mana dia bertarung tadi
Beberapa askar Arab menjerit-jerit dalam bahasa arab serta melaungkan takbir sambil menembak senjata mereka ke arah lima askar super Israhell. Salah seorang askar Arab menarik Zawaq menyeret jauh daripada kawasan pertarungan itu. Tiba lagi tiga orang askar Arab membantu mengangkat Zawaq. Zawaq terkejut dan terpinga-pinga akan kehadiran askar-askar arab tersebut.
Sembilan askar arab menembak askar super Israhell sambil bergilir-gilir. Salah seorang askar arab terputus dua badannya kepada bahagian atas dan bawah. Organ dalamannya bersepai berterabur terbang di udara setelah menerima hayunan tumbukan salah seorang askar super Israhell. Organ-organ tadi jatuh ke atas tanah dan membasahi tanah dengan darah.
Enam lagi askar arab menembak lima askar super Israhell tanpa henti. Tiga orang askar melemparkan bom asap ke sekeliling. Pandangan askar super Israhell menjadi kabur. Seorang askar arab ditangkap lehernya oleh salah seorang askar super Israhell.
Separuh lehernya digenggam hancur meninggalkan tulang leher belakang. Muda lehernya digenggam hancur seperti menggenggam kuih yang terkeluar segala isi. Lima askar arab berbaki menembak secara bergilir-gilir terhadap lima musuh askar super.
Seorang lagi askar arab ditendang pada dadanya. Melayang askar arab itu sambil memuntahkan darah serta darah tersembur keluar daripada hidung bersama bronchioles terkeluar daripada mulut mereka.
Empat lagi askar arab berbaki menarik pin bom tangan dilemparkan ke hadapan kemudian melarikan diri. Beberapa bom tangan meletup berdekatan kaki dua askar super Israhell.
Tiga askar Israhell yang lain melompat lalu mendarat ke atas tiga askar arab yang hancur tubuh mereka ibarat dipijak atau ditimpa gajah atau bongkah batu besar. Seorang lagi askar arab menembak ke arah tiga askar Israhell yang mendekatinya.
Seorang askar Israhell menumbuk wajah askar arab itu. Kepalanya pecah bersepai menghamburkan darah dan isi kepala seperti telur yang pecah setelah ditumbuk.
Muncul lagi puluhan askar arab yang melindungi Zawaq yang diangkat masuk ke dalam kereta jeep Willys MB kemudian dibawa meninggalkan kawasan tersebut. Lima askar Israhell mula berlari mengejar ke arah kereta Jeep tersebut. Dua orang penembak RPG askar arab melancarkan roket ke arah lima askar Israhell.
Dua roket RPG itu meletupkan lima askar Israhell. Seorang penembak tepat sniper yang menyamar bagaikan pasir juga berada bawah timbunan pasir di atas gunung pasir membidik menggunakan kanta skop. Seorang askar Israhell berlari meninggalkan rakannya mengejar kereta Jeep itu.
Penembak tepat itu menarik picu melepaskan tembakan. Tembakannya mengena pada kepala Israhell yang berlari pantas secara tunggal namun peluru sniper itu melanting jauh jatuh ke tanah. Mata penembak tepat terbeliak terkejut tembakannya tidak mengapa-apakan askar super Israhell itu.
"Hey." Ucap seorang askar Israhell yang berdiri di sebelahnya ketika penembak tepat meniarap.
Penembak tepat askar arab itu menoleh memandang ke atas. Lembaga hitam berdiri di tepi kepalanya. Askar super Israhell itu memijak kuat ke atas kepala penembak tepat arab itu. Bersembur darah ke sekeliling membasahi selaras sniper M40 milik askar itu dan turut mewarnai tanah.
Sebuah pesawat Hawker Tempest terbang di udara. Lima askar super Israhell memandang ke langit. Hawker Tempest itu melepaskan beberapa bom lalu meletupkan seorang askar super Israhell. Satu lagi pesawat Hawker Tempest dipandu juruterbang askar udara arab terbang menuju ke empat lagi askar super Israhell kemudian turut melepaskan bom. Lima askar Israhell diletupkan dengan sekumpulan bom.
Zawaq memejamkan mata dan pengsan sambil wajahnya menghadap ke langit terbaring di dalam Jeep. Tiga askar arab yang mengiringinya kekal memandang sekeliling serta seorang pemandu Jeep memberikan tumpuan sepenuhnya.
Dua orang askar super Israhell merangkak jauh daripada kawasan letupan yang dibom oleh dua pesawat ketenteraan arab. Salah seorang daripada mereka berdua tiada tubuh bahagian bawah. Usus perut berpanjangan. Seorang lagi hancur tangan kakinya merangkak. Askar-askar arab mengerumuni mereka dan menarik mereka naik ke dalam lori tentera milik mereka.
Pada waktu malam, Zawaq terbaring di atas tanah berlantaikan tilam berdekatan unggun api. Ramai askar arab berehat dan juga bersembang antara satu sama lain. Sebahagian besar daripada mereka menunaikan solat isyak secara berjemaah. Zawaq terjaga. Dia memandang sekelilingnya. Dua tangannya serta kakinya merasakan sesuatu.
Zawaq mengangkat perlahan-lahan ke tepi. Tangannya berbalut dengan kain serta diikat bersama batang besi. Zawaq mengangkat kepalanya sedikit untuk melihat kaki kanannya. Kaki kanannya turut berbalut dan diikat bersama besi.
Salah seorang askar arab menghulurkan air minuman daripada kantin air. Askar arab itu tersenyum. Zawaq menerima air yang disuapkan askar arab itu. Zawaq terbatuk-batuk sementara. Askar arab itu menunggu Zawaq habis batuk. Dia kembali menyuapkan air kepada Zawaq. Zawaq kembali meletakkan kepala dan memandang ke langit.
"Kamu okay ke?" Soal askar arab itu.
"Rasa penat." Balas Zawaq.
"Ada rasa sakit lagi?" Soalnya lagi.
"Pukul berapa?" Soal Zawaq.
"Jam 10 malam." Jawab askar itu.
"Saya kat mana?" Soal Zawaq.
"Saya askar perubatan. Nama saya Zaqwan. Lokasi tempat ini dirahsiakan." Ucap Zaqwan.
"Kenapa kau orang selamatkan saya? Saya askar Israhell." Ucap Zawaq.
"Kamu bukan askar Israhell. Kami dah lama perhatikan kamu. Hidup bersama rakyat Palestin buat beberapa bulan. Kamu juga yang telah membantu dan menyelamatkan askar-askar arab kami dalam melawan askar-askar Israhell." Ucap Zaqwan.
Zawaq mengeluh. Zaqwan memeriksa dua tangan dan kaki kanan Zawaq. Zaqwan membuka dua balutan tangan Zawaq. Dua besi panjang turut dipisahkan daripada balutan kain.
"Masya Allah." Ucap Zaqwan.
"Kenapa?" Soal Zawaq.
"Tangan kau, dah sembuh!" Teruja Zaqwan.
Zawaq melihat dua tangannya. Tidak lagi hitam dan patah. Pantas Zawaq membuka balutan kakinya dan memeriksa keadaan kaki kanan. Sembuh. Zawaq dan Zaqwan memandang antara satu sama lain.
"Apa nama kau? Tak mahu beritahu tak mengapa." Ucap Zaqwan.
"Zawaq." Ucap Zawaq.
Zaqwan memberikan semangkuk besi berisikan sup ayam dan juga semangkuk nasi disediakan dalam mangkuk besi. Zawaq terus memakan nasi arab itu. Zaqwan meletakkan lauk sayur ke dalam mangkuk di mana Zawaq sedang makan.
"Nama kita lebih kurang sama!" Kata Zaqwan dengan teruja. Zawaq hanya membalas dengan senyuman.
Askar-askar lain baru sahaja tamat menunaikan solat fardhu isyak serta melafazkan doa selepas solat, mereka memandang ke arah Zawaq yang sedang makan malam ditemani oleh Zaqwan.
"Bukan tangan dengan kaki dia patah ke?" Soal salah seorang askar arab kepada rakannya.
"Mungkin dia adalah jawapan doa kita." Ucap seorang askar arab yang mengetuai solat fardhu isyak berjemaah tadi.
Semua askar memandang Zawaq yang sedang makan nasi dengan sungguh berlapar. Zaqwan menambahkan nasi, kuah sup ayam, ayam dan juga lauk sayur ke dalam mangkuk Zawaq. Zawaq tidak berhenti-henti makan. Tidak lama kemudian, semua askar arab mengerumuni Zawaq dan memandang Zawaq.
Zawaq memandang mereka semua dengan kehairanan. Zaqwan pula bersembang dengan imam solat fardhu isyak sebelum ini. Imam itu berjalan ke arah Zawaq.
"Nama kamu apa?" Soal Imam askar arab itu.
Share this novel