Satu tumbukan ditujah. Tumbukannya amat kuat menyebabkan tulang leher askar Israhell di hadapannya patah dan berlipat. Kepalanya kini tergantung di belakang badannya. Tumbang mayat Israhell itu. Askar Israhell di sebelah kanan hadapan Zawaq menembak wajah Zawaq dengan sten machinegun setelah menukarkan magazin baharu yang berisikan peluru penuh.
30 peluru dilepaskan keluar daripada corong senjata. 30 peluru melanting daripada wajah Zawaq. Zawaq merampas senjata Sten machinegun. Sten machinegun dihayunkan lalu memukul sisi kepala askar Israhell itu.
Beberapa askar Israhell mula menembak daripada jauh menggunakan Karabiner 98k dan Lee Enfield No. 4. Sebahagian kecil daripada mereka menembak Zawaq menggunakan FN Fal.
Malangnya peluru mereka masih tidak dapat mencederakan Zawaq. Pembaziran peluru dan juga masa. Zawaq mendekati mereka. Para askar mula memberhentikan tembakan senjata mereka lalu mengisi magazin baru.
“Tolong! Tolong! Ada manusia kebal peluru di sini!!!” Jerit salah seorang askar kepada radio komunikasi setelah memusingkan laras pada radio.
“Apa?” Terkejut pegawai tentera di pusat ketenteraan berdekatan apabila mendengar laporan radio komunikasi.
“Askar kebal?” Terkejut pegawai askar yang lain ketika sedang merokok di dalam pejabat sambil bermain kad terup.
“Balik kerja. Jangan main-main. Aku nak kau tembak mati semua kambing!” Marah pegawai askar itu pada gagang telefon.
“Tolong hantarkan unit bantuan udara! Bomb tempat ini serta tembak musuh di hadapan kami! Peluru kami sudah tak banyak! Lelaki ini tebal Lelaki palestin kebal!!!” Jerit pasrah askar itu pada gagang telefon.
“Baik-baik. Cakap sahajalah kau malas nak tembak kambing-kambing palestine. Membazir sahaja guna bomb dan peluru pesawat perang kita!” Marah pegawai itu kemudian dia memusingkan tombol pada radio komunikasi lalu memberikan arahan serta koordinat.
“Baik. Koordinat, Tebing Barat XX-XX. Kami dua pesawat akan ke sana dalam beberapa saat. Kebetulan kami berdekatan. Pesawat Beta-2 kiri saya. Roger. Sedia bomb. Kita hendak bombing semut-semut palestin.”
Dua pesawat menyengetkan pesawat lalu terbang ke arah koordinat yang diarahkan. Dua pesawat P-51 Mustang terbang laju sebaik sahaja alat kawalan pesawat ditolak ke hadapan. Kipas pesawat berpusing laju menarik udara di langit ibarat perenang atlet menarik air bagi berenang laju.
Dua pesawat mulai kelihatan. Zawaq keluar daripada bangunan post Israhell berdekatan pantai Tebing Barat Palestin. Dua mayat askar Israhell dilambung jauh keluar daripada bangunan.
Zawaq berlari anak-anak dengan baju dan seluarnya yang dibasahi darah akibat membunuh puluhan askar Israhell dengan tangan kosong. Zawaq pergi mendapatkan anak-anak palestin yang masih tidak cedera. Khemah demi khemah diperiksa Zawaq. Beberapa remaja palestin turut diselamatkan Zawaq.
Zawaq memapah salah seorang remaja palestin berumur lingkungan 15 kerana kakinya yang berdarah akibat terkena tiga temabkan peluru yang ditembusi kain khemah. Bunyi kipas kedengaran. Dua pesawat D51 Mustang menghampiri mereka di hadapan.
“Pesawat itu.” Ucap Zawaq dengan matanya terbeliak melihat kehadiran pesawat cukup dikenalinya.
“Tidak!!!! Jangan!!!” Jerit Zawaq.
Salah sebuah pesawat D51 Mustang mulai menembak menggunakan machine gun. Peluru-peluru menghujani kem pelarian palestin di pantai Tebing Barat Palestin. Kanak-kanak, para remaja dan para dewasa yang cedera ringan yang telah diselamatkan Zawaq dihentam oleh hujan peluru pesawat Israhell.
Tubuh kanak-kanak koyak rabak dengan peluru saiz .50 yang menjadi cebisan daging. Peluru-peluru menembusi dan menghancurkan tubuh kanak-kanak kepada cebisan daging. Kemudian para remaja serta para dewasa.
Zawaq memeluk seorang remaja dipapahnya. Tubuh belakangnya menerima hentaman peluru pesawat Israhell. Bajunya hancur lalu hanya meninggalkan seluar dipakainya.
Zawaq melepaskan pelukannya. Remaja lelaki dipeluknya tadi bagi melindunginya daripada hujan peluru pesawat Israhell sudah pun tidak bernyawa.
“Tidak...” Zawaq menafikan kejadian yang berlaku di hadapannya.
Seorang kanak perempuan yang ajaib masih hidup dan tidak cedera terselamat daripada hujan peluru sedang duduk menangis di atas pasir. Zawaq terdengar tangisan itu lalu meninggalkan mayat remaja lelaki segera bergerak ke kanak perempuan itu bagi melindunginya.
“Bom dilepaskan.” Ucap salah seorang juruterbang pesawat D51 Mustang.
Sebaik sahaja Zawaq menyentuh tangan kanak perempuan itu, bom telah pun menyentuh tanah lalu meletup. Berlaku letupan besar yang menghasilkan cahaya serta impak yang maha kuasa. Pasir berterbangan. Khemah terbakar.
Asap tebal melitupi langit. Kanak perempuan dipegang Zawaq terbakar. Daging kanak itu dijilat api sambil tersejat ke udara. Tubuh Zawaq masih tidak apa-apa. Segala pandangannya menjadi hitam. Dua pesawat meninggalkan kawasan pantai tebing barat.
Zawaq kini terduduk di atas lantai pasir yang hitam serta berbara api. Dalam dua tangan Zawaq hanyalah dua tangan kanak perempuan yang terputus serta hangus. Hancur seperti arang api telah digunakan banyak kali.
Air mata mulai keluar lalu mengalir untuk tersejat di pipi akibat sekelilingnya yang panas akibat dimusnahkan bom. Zawaq kini tidak berbaju. Hanya dilitupi debu hitam. Sekelilingnya terbakar.
“Selesai misi kita.” Ucap salah seorang juruterbang pesawat.
“Ada apa-apa berita daripada post tebing barat?” Soal juruterbang Beta-2 melalui radio komunikasi sambil mengawal penerbangan pesawat.
“Tiada.” Balasnya.
“Tidak mengapa. Kami akan hantarkan askar penyiasat ke tebing barat. Terima kasih juruterbang Beta-1 dan Beta-2.” Ucap pegawai askar itu melalui radio komunikasi.
“Menurut perintah. Out.” Ucap juruterbang Beta-1.
Zawaq melutut dan mendongak ke langit yang dipenuhi asap hitam tebal.
Mata Zawaq perlahan-lahan dilingkari warna hitam dan menyambungkan cecair hitam pada kornea mata. Mata putih Zawaq kini bertukar menjadi hitam. Kini dua mata Zawaq seperti lohong hitam.
Setelah puluhan minit berlalu, sepuluh askar penyiasat mendekati kawasan kejadian sambil bertopeng gas. Mereka masing-masing menggalas beg besar. Mereka semua memegang senjata FN Fal. Salah seorang daripada mereka menggunakan Karabiner 98k.
Mereka memeriksa bangunan post Tebing Barat. Luar bangunan kelihatan tidak apa-apa. Pintu masuk yang tercabut mendedahkan ruang masuk. Lima orang askar penyiasat masuk ke dalam bangunan meninggalkan lima askar di luar.
“Apakah.” Terkejut salah seorang askar penyiasat.
Di dalam bangunan itu terdapat lantai yang pecah. Kepala askar Israhell terpisah daripada badan. Wajah yang hancur di mana boleh dilihat bentuk tumbukan yang menembusi bentuk tengkorak mayat. Seorang lagi mayat askar Israhell yang berlubang pada abdomennya. Dinding-dinding putih dihiasi warna darah merah askar mereka.
“Gila? Kerja gila? Apa yang dilaporkan post Tebing Barat kepada pegawai tinggi kita bukan main-main nampaknya.” Kata seorang askar penyiasat helmet hitam.
“Mana askar kebal?” Soal seorang askar Israhell yang sedang memeriksa bilik-bilik yang kosong serta hancur semua barang perabot dan kelengkapan lain ibarat dipukul tsunami.
“Jangan diminta. Mati kita semua nanti.” Balas askar helmet hitam itu.
“Argh!!! Wargh!!!” Jeritan didengari daripada arah pantai tebing barat.
Salah seorang askar penyiasat keluar daripada bangunan lalu memeriksa lima askar di luar. Dua orang askar tiada di posisi. Hanya ada tiga askar berjaga di luar bangunan.
“Di mana lagi dua?” Soal askar helmet hitam.
“Mereka pergi tengok pantai.” Jawab salah seorang askar yang berjaga di luar bangunan.
“Enam orang ikut saya. Dua orang perhatikan kami daripada tingkat atas bangunan!” Ucap askar helmet hitam kepada askar-askar Israhell lain yang memakai helmet hijau.
Mereka berenam bergegas ke pantai Tebing Barat. Pantai itu hitam. Hanya terdapat mayat-mayat palestin yang rentung serta khemah hangus runtuh di lantai.
Mereka berenam melihat Zawaq yang bertelanjang tidak berbaju akibat pakaian yang terbakar sedang memisahkan tubuh bahagian atas dan bahagian bawah salah seorang daripada dua askar Israhell.
Dua tubuh dikerat dengan dua tangan kosong. Tali perut tersembur jatuh keluar daripada badan yang dikerat dua. Darah serta isi perut menghiasi lantai.
Seorang askar Israhell berdekatan Zawaq mulai menembak Zawaq dengan FN Fal. Seluruh tembakan merupakan tindakan sia-sia. 30 peluru dibazirkan dalam masa 2 saat setelah menggunakan mod full auto.
“Askar kebal.” Ucap askar helmet hitam itu.
Satu tembakan dilepaskan menggunakan karabiner 98k daripada bumbung bangunan post tebing barat askar Israhell. Peluru itu mengena dahi Zawaq hanya untuk jatuh ke atas pasir lantai yang hitam. Peluru bengkok dan kemik.
“Aku rasa aku tahu siapa ini.” Ucap askar helmet hitam itu.
Enam askar Israhell mengangkat senjata lalu mengacukan muncung senjata mereka ke arah Zawaq. Zawaq memandang mereka dengan wajah bengis bersama dua matanya yang ibaratkan lohong hitam.
“Turunkan senjata! Dia bukan lawan kau orang!” Arah askar helmet hitam kepada skuad.
Zawaq memulakan langkah mendekati askar helmet hitam bersama skuadnya. Askar helmet hitam itu mengangkat tangan memberikan isyarat tangan berhentikan dengan menzahirkan telapak tangannya yang merapatkan semua jari.
“Berhenti Dr Zawaq.” Ucap askar helmet hitam itu kepada Zawaq. Zawaq menghentikan langkahnya. Skuadnya terkejut bahawa ketua mereka mengenali lelaki kebal itu.
Share this novel