Episode 2 : Regeneration

Action Series 185

Di dalam khemah berwarna hijau di mana merupakan tempat eksperimen kecil-kecilan. Lavi melompat-lompat beberapa kali. Kepalanya hampir mengena siling khemah yang tinggi. Lavi terkejut dengan lompatannya.

“Apakah?” Terkejut Lavi dengan dua pasang kakinya.

            Lavi telah melompat dua kali melebihi ketinggian semua orang yang berada di bawah siling khemah itu. Alen mengangguk-angguk kepala. Teruja dengan hasil eksperimennya. Alen menepuk bahu kiri Zawaq dengan tangan kanannya sebagai tanda tahniah dan teruja.

“Alen. Ucap Sarjan dengan dada yang penuh lencana berdiri megah di pintu masuk khemah.

“Sarjan!” Balas Alen.

            Semua anggota tentera memberikan tabik hormat kepada Sarjan itu kecuali Alen. Zawaq turut memberikan tabik hormat.

“Lavi lompat lagi!” Minta Alen kepada Lavi.

            Lavi melompat lalu kepalanya terhantuk pada siling khemah hampir sahaja mengena kipas. Sarjan terkejut melihat perbuatan Lavi yang luar biasa.

“Alen, mari keluar sekejap. Saya ada perkara hendak bercakap dengan kamu.” Ucap Sarjan itu kepada Alen.

“Baik.” Ucap Alen.

            Sarjan berjalan keluar daripada khemah diiringi Alen. Lavi dan Zawaq hanya memandang mereka keluar. Zawaq dan Lavi memandang antara satu sama lain.

“Silakan duduk dan terus rehat. Ambil masa sebulan untuk dua pasang kaki awak boleh bergerak daripada lumpuh. Hebat.” Kata Zawaq kepada Lavi.

“Ada apa Sarjan?” Soal Alen kepada Sarjan di tengah padang sahara bawah matahari yang terik.

“Tahniah saya ucapkan. R&D Projek Super Soldier mendapat dana sebanyak 10 Billion daripada para jutawan daripada amerika syarikat dan british tetapi malangnya atas perintah kerajaan, 7 billion disalurkan kepada ketenteraan. Projek Super Soldier hanya menerima baki 3 billion.” Jelas panjang Sarjan.

“3 billion? Bolehlah daripada tak ada.” Balas Alen.

“Tak mengapa. Saya akan usahakan juga supaya Alen dapat lagi 2 billion sebagai sumbangan daripada pihak tentera sebab Alen sedang menjalankan projek Super Soldier di mana meningkatkan lagi kekuatan ketenteraan Israhell.” Ucap Sarjan.

“Terima kasih banyak-banyak Sarjan.” Ucap Alen.

“Tak mengapa Alen. Sebagai balasan, boleh saya minta sesuatu?” Soal Sarjan.

“Apa dia? Biarkan saya dengar dulu.” Ucap Alen.

“Boleh Alen rawat anak saya? Dia lumpuh satu badan. Umur dia 15. Lelaki. Terkena letupan roket. Doktor kata, kos untuk pembedahan terlalu mahal di mana saya tak mampu. Boleh Alen bantu?” Soal Sarjan.

“Boleh-boleh tetapi kena ada perjanjian. Sarjan perlu serahkan segala-galanya daripada makan minum anak sarjan kepada perubatan anak Sarjan, saya tanggung.” Jelas Alen.

“Terima kasih Alen. Terima kasih.” Ucap Sarjan.

“Serahkan kepada saya.” Kata Alen dengan yakin.

            Selepas 9 bulan. Pada waktu pagi indah, ramai anggota tentera beratur dalam formasi. Beberapa orang penting dalam ketenteraan duduk di atas pentas yang menghadap para tentera dalam formasi sambil memegang senjata masing-masing tidak berpeluru.

            Alen dan Zawaq dipanggil naik ke atas pentas. Para tentera memberikan tepukan gemuruh kepada Alen dan Zawaq. Alen dan Zawaq menerima anugerah pingat kerana sumbangan mereka dalam perubatan moden kepada negara dalam membantu menyembuhkan ratusan tentera daripada kecacatan fizikal.

            Pada hari yang lain, Alen dan Zawaq berada di stadium. Zawaq memegang jam. Alen menembak pistol ke arah dinding stadium yang khas untuk melepaskan tembakan. Punat jam ditekan oleh Zawaq. Tujuh anggota tentera mulai berlari mengeliling tengah stadium.

            Tapak kaki mereka memijak serta menendang lantai bagi melonjakkan diri mereka supaya dapat menambahkan kelajuan dalam larian. Tangan kiri dan kanan anggota-anggota mengayuh angin.

            Mata Zawaq terbeliak melihat kelajuan mereka. Dalam lima saat, mereka telah berlari separuh daripada bulatan. Tujuh anggota melepasi hadapan Zawaq dan Alen. Angin ribut dapat dirasakan menghembus ke Zawaq dan Alen ibarat sebuah trak tentera yang dipandu penuh kelajuan melepasi hadapan mereka.

            Tujuh anggota menghentikan larian mereka. Mereka terkejut dengan kebolehan masing-masing. Zawaq membetulkan rambutnya dengan sikat. Sukar hendak percaya. Mereka berdua, Alen dan Zawaq benar-benar bergerak dalam kajian eksperimen.

            Di waktu lain. Alen dan Zawaq berada dalam makmal. Anak lelaki Sarjan terbaring di atas katil. Alen dan Zawaq memerhatikan perkembangan anak lelaki Sarjan.

“Kamu bagaimana hari ini Jaron?” Soal Zawaq kepada anak Sarjan.

“Siapa?” Soal Jaron yang terbaring di atas katil.

“Jaron?! Jaron boleh bercakap?! Jaron!!!” Sarjan terkejut mendengar suara anak lelakinya.

“Ambil masa yang lama juga untuk Jaron boleh bercakap daripada lumpuh satu badan dan hanya mampu mengelip mata.” Ucap Alen kepada Zawaq.

“Ini satu kemajuan Alen!” Kata Zawaq dengan gembira.

“Jaron!!!” Sarjan bergegas daripada pintu makmal lalu masuk terus memeluk anak lelakinya yang terbaring di atas katil.

“Abah?” Soal Jaron kepada bapanya.

“Ya Jaron! Ini abah! Ini abah! Kamu sudah boleh bercakap!” Teriak gembira sarjan.

            Zawaq senyum menumpang kegembiraan Sarjan. Kemudian Jaron bangkit bangun daripada terbaring kepada posisi duduk di atas katil. Zawaq, Alen dan Sarjan menganga mulut luas. Terkejut dengan Jaron mampu bangun setelah lumpuh satu badan selama 3 tahun.

“Eh.” Jaron memandang tubuhnya sendiri lalu melihat dua pasang tangannya.

            Di dalam bilik pejabat Sarjan, gambar-gambar Sarjan bergantungan menghiasi dinding bilik pejabat. Alen dan Zawaq duduk pada kerusi di hadapan meja Sarjan. Mereka berdua senyap menunggu kehadiran Sarjan.

“Alen. Projek Super Soldier kita berjaya!” Kata Zawaq kepada Alen.

“Zawaq. Projek yang kita lakukan selama ini hanyalah projek menyembuhkan penyakit mustahil untuk sembuh kepada sembuh sedia kala seolah-olah tiada penyakit. Bukan projek super soldier.” Balas Alen.

“Alen. Lavi boleh lompat enam meter! Hampir seluruh anggota tentera yang kita sembuhkan mereka daripada kecacatan kekal, mereka boleh berlari 500 meter bawah sepuluh saat! Ini pencapaian terbaik!” Kata Zawaq cuba meyakinkan Alen.

“Terlalu sedikit. Aku tak nafikan sejauh mana kita berada sekarang tetapi aku tak rasa bukti-bukti kejayaan eksperimen kita dapat meyakinkan para pelabur untuk terus melabur dalam projek kita.” Jelas Alen.

“Tapi..” Kata Zawaq.

“Alen. Zawaq.” Ucap Sarjan di pintu masuk bilik pejabatnya.

“Sarjan.” Ucap Alen.

“Terima kasih menunggu.” Ucap Sarjan lalu duduk di kerusinya.

“Bagaimana dengan Jaron?” Soal Zawaq kepada Sarjan.

“Mengejutkan dan saya sangat gembira. Dia terus turun daripada katil dan berjalan berlegar sekeliling katil dia. Rasa bagaikan mimpi.” Jawab Sarjan dengan gembira.

“Dahsyat. Apa-apa pun, Jaron perlu jalankan terapi fizikal untuk kepastian Jaron benar-benar kuat dan boleh menjalankan aktiviti fizikal seperti orang normal.” Pesan Zawaq.

“Tak perlu. Sarjan boleh bawa Jaron pulang ke rumah.” Nyata Alen.

“Apa?! Alen!” Zawaq tidak bersetuju dan terkejut dengan kenyataan Alen.

“Tak mengapa. Tak lama lagi, satu padang bola sepak dia boleh lari dalam masa sepuluh saat.” Kata Alen dengan selamba.

“Betul ke ni? Saya boleh bawa dia balik?” Soal Sarjan.

“Boleh Sarjan. Boleh. Hari ini juga boleh bawa dia balik.” Alen membenarkan Sarjan membawa anaknya pulang.

“Terima kasih Alen. Okay, saya ada berita hendak sampaikan.” Ucap Sarjan.

            Zawaq dan Alen memasang telinga.

“Para pelabur tak gembira dengan hasil kajian Alen dan Zawaq. Mereka tak percaya dengan pencapaian Alen dan Zawaq. Mereka mungkin tidak akan melabur lagi dana pada tahun depan. Beberapa pelabur akan menarik diri.” Jelas Sarjan.

“Tetapi kita hampir selesaikan projek!” Tegas Alen.

“Apa kata kita minta para pelabur buat lawatan ke sini?” Soal Zawaq kepada Sarjan.

“Mustahil. Mereka takut akan Palestine.” Jawab Sarjan.

“Palestine tak membimbangkan kita. Ketenteraan kita jauh lebih hebat berbanding palestine? Apa yang para pelabur mahu risaukan?” Alen kehairanan.

            Zawaq pula hairan dengan kenyataan Alen. Sarjan mengeluh. Alen mengelap dahinya dengan telapak tangan kanan.

“Minta maaf. Dana bakal dikurangkan dan hanya menumpukan ketenteraan. Saya akan sedaya upaya menyalurkan sebahagian daripada dana tentera kepada projek super soldier.” Ucap Sarjan.

“Terima kasih sangat-sangat Sarjan. Sarjan banyak membantu kajian kami.” Ucap Zawaq kepada Alen.

“Projek sains eksperimen bukan mudah. Ianya makan masa bertahun-tahun.” Tegas Alen.

“Para pelabur hanya tahu melabur duit banyak dan pulangan semula. Mereka mahu pelaburan masa singkat.” Jelas Sarjan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience