Episode 3 : Serious

Action Series 185

“Mulai hari ini, kita serius. Kita tak mahu kehilangan para pelabur.” Ucap Alen sambil memakai baju hazmat berwarna hijau bersama topeng muka oksigen yang bersambungan kepada tangki oksigen sebelum masuk ke dalam bilik pembedahan yang merupakan khemah yang besar.

            Alen dan Zawaq melakukan pembedahan ke atas seorang pesakit di atas katil pembedahan. Monitor degupan jantung kekal berbunyi serta mengira tekanan darah pesakit yang dirawat.

            Sarjan membaca dokumen di dalam tangannya. Jam pada dinding bilik pejabatnya kekal berdetak. Helaian demi helaian diselak. Dokumennya diletakkan ke atas meja.

            Alen dan Zawaq duduk di hadapan meja pejabat bagi menunggu reaksi Sarjan. Sarjan memikirkan perkataan yang banyak dan menyusun mereka dalam bentuk ayat sebelum memberitahu pendapatnya.

“Setakat ini, memuaskan buat beberapa bulan. Projek Super Soldier hampir masuk tiga tahun.” Jelas Sarjan.

“Teruskan. Beri reaksi kemajuan kami.” Soal Alen.

“Atau kamu hendak tahu tentang para pelabur kita?” Soal Sarjan.

“Boleh juga.” Ucap Alen.

“Para pelabur suka dengan kemajuan kamu berdua. Mereka cukup ambil minat dalam membaca report kajian eksperimen.” Kata Sarjan.

“Dia orang masih hendak melabur dengan kita?” Soal Zawaq kepada Sarjan.

“Semestinya namun dengan syarat, mereka perlukan rakaman video dan juga gambar-gambar.” Jelas Sarjan.

“Boleh. Kos tinggi tapi kami masih ada baki duit pelaburan mereka sebelum ini.” Ucap Alen.

“Maksudnya kita kena teruskan eksperimen?” Soal Zawaq.

“Ya. Para pelabur hendak super soldier daripada israhell yang ramai sebelum meminjam data kita.” Jelas Sarjan.

“Tiada masalah asalkan mereka melaburkan duit dalam masa singkat. Eksperimen super soldier 2.0 akan bermula tak lama lagi namun kali ini dengan penggambaran.” Kata Alen dengan bersemangat.

            Alen dan Zawaq berjalan ke arah bangunan sains mereka daripada bangunan ibu pejabat askar Israhell. Zawaq memandang wajah Alen yang bersinar-sinar.

“Betul ke kita hendak teruskan eksperimen super soldier ke tahap kedua? Tahap pertama yang sekarang ini pun belum habis pemerhatian kita.”

“Teruskan pemerhatian. Jangan risau. Kita akan berjaya selesaikan tahap pertama pada dalam masa yang sama menumpukan tahap kedua.” Kata Alen.

            Seminggu berlalu, Alen dan Zawaq menunggu kedatangan seseorang. Sebuah kereta besi berwarna seperti padang pasir gurun sahara. Kereta berhenti di hadapan pagar sempadan Israhell. Angin bertiupan kuat menerbangkan debu-debu pasir. Sekeliling pagar sempadan Israhell merupakan padang pasir.

            Seorang lelaki turun daripada kereta berperisai bersama tiga orang anggota tentera israhell.

            Tiga orang tentera membantu lelaki bercermin mata, berambut nipis dan bertubuh kurus kering serta berpakaian formal kemas menurunkan barang-barang penggambaran daripada belakang trak kereta berperisai.

“Nasib baik tiada pengganas serangan hendap. Barang penggambaran bukan murah. Mahal.” Ucap lelaki bercermin mata.

“Saya Alen dan ini Zawaq. Maaf kami sedang menjimatkan duit. Waktu encik balik ke rumah nanti, kami akan hantarkan menggunakan helikopter ya.” Jelas Alen.

“Bukan apa, debu-debu pasir ini pun akan merosakkan kelengkapan penggambaran. Alatan penggambaran sangat sensitif!” Tegas lelaki bercermin mata.

“Maafkan saya. Nama saya Sefton. Bukan apa. Kalau kelengkapan penggambaran rosak. Pelanggan yang kena tanggung. Saya hanya seorang kameraman.” Ucap Sefton sambil bersalaman dengan Alen dan Zawaq.

“Saya juga meminta maaf. Encik Sefton boleh masuk berehat ya. Esok kita akan mulakan eksperimen dan encik boleh mulakan penggambaran bersama kami pagi esok.” Jelas Alen.

“Dah periksa tentera-tentera eksperimen kita?” Soal Alen kepada Zawaq ketika mengiringi encik Sefton ke kediaman sementara untuknya berehat.

“Sebelum kita tunggu kedatangan encik Sefton, saya dah periksa askar-askar kita. Mereka semua dalam keadaan bersedia. Sihat. Tiada ada apa-apa kesan sampingan buruk.” Jelas Zawaq.

“Bagus-bagus. Tak sabar untuk hari esok.” Ucap Alen.

            Keesokkan hari, Alen dan Zawaq memeriksa setiap anggota tentera yang meniarap di atas tanah ketika mereka membidik tempat sasaran menggunakan M1 Garand.

            Tembakan dilepaskan seorang demi seorang manakala kameraman, encik Safton merakamkan latihan menembak menggunakan kameranya yang besar. Tembakan mengena pada wajah tempat sasaran. Tembakan kedua dilepaskan oleh semua tentera. Tembakan mengena pada leher sasaran.

“Eksperimen kami setakat ini berjaya. Hasil eksperimen menunjukkan, ketepatan tembakan meningkat. Penumpuan menjadi tajam. Bahkan senjata yang dipegang hampir tiada recoil.” Jelas Alen.

            Peluru Lewis M1914 dimasukkan ke dalam piring besi lalu dipasangkan ke atas M1914. Semua tentera menembak sasaran dan mengekalkan tembakan pada leher papan besi sasaran yang berbentuk manusia.

“Tembakan mereka sangat tepat. Pelbagai jarak kami lakukan. Semua tembakan menumpukan bahagian atas dada. Recoil tersangatlah kurang. Kekuatan tentera bertambah. Stamina turut meningkat berganda-ganda di samping hanya penumpuan dan kualiti penglihatan menaik.” Jelas Alen.

“Masa untuk eksperimen seterusnya. Perlawanan tentera palestin dan tentera israhell.” Kata Sarjan kepada para tentera.

            Seorang tahanan tentera palestine lelaki yang kurus kering dilepaskan daripada gari dan ditendang masuk ke dalam gelanggang berkawat duri. Salah seorang tentera israhell dimasukkan ke dalam gelanggang.

            Sebilah pisau dilemparkan oleh sarjan kepada tahanan palestine itu. Tahanan palestine segera mengutip sebilah pisau lalu dihunuskan ke arah seorang tentera israhell.

“Eksperimen bermula.” Kata Alen.

            Tentera palestine itu memecut lalu melibaskan pisau ke arah lawannya. Tentera israhell itu mengelak serangan pisau dengan selamba. Tenang sahaja. Tentera palestine itu menikam ke wajah tentera israhell. Tangan kanan tahanan palestine itu ditangkap lalu pisaunya dirampas muda seperti merampas mainan daripada seorang kanak.

            Tangan kanan tentera israhell melibas pada leher tahanan palestine. Darah memancut keluar daripada leher. Tahanan tentera palestine itu melutut sambil dua tangannya memegang lehernya yang terbuka.

            Darah yang keluar membuak membasahi tangannya dan mewarnai pasir di atas lantai lalu tentera palestine itu jatuh tertiarap di atas pasir hilang nyawanya.

“Lebih mengagumkan. Kekuatan dan kepantasan tentera kita memintas kebolehan manusia biasa. Seperti yang kita boleh lihat aktiviti sukan para tentera mereka.” Ucap Alen.

            Rakaman menunjukkan pergerakan para tentera amat pantas daripada atlet bola sepak dunia.

            Para tentera berebut serta menjaringkan gol kurang daripada 30 saat. Tendangan bola sepak juga hampir masuk ke dalam gawang gol daripada gawang gol lain disepak oleh penjaga gol.

“Tentera kita boleh memenangi perang dalam masa singkat.” Ucap Alen dengan yakin.

            Para tentera berpusu-pusu serta pantas melepasi semua halangan dengan lancar. Tiada sebarang kesilapan dan pergerakan yang tidak diperlukan dilakukan. Sarjan amat bangga dan gembira melihat hasil eksperimen.

            “Sarjan!” Panggil seorang tentera yang berlari ke arah Sarjan manakala di belakang mereka mayat tentera palestine diangkat serta ditarik keluar daripada gelanggang. Darah masih mengalir dan menitik daripada lehernya yang terbuka.

“Kenapa?” Soal sarjan kepada tenteranya.

“Pihak atasan minta kita meluaskan kawasan dan kepung bandar berdekatan.” Jelas tentera itu.

“Baik. Semua. Kita bersedia!” Arah sarjan kepada para tentera.

            Semua tentera membawa dan masukkan senjata mereka ke dalam kereta perisai serta lori tentera berperisai. Zawaq pergi menemui sarjan. Surat diserahkan kepada sarjan.

“Kami juga dapat telegram daripada pihak atasan. Mereka minta rakaman perjalanan kita melakukan kepungan di samping melihat eksperimen super soldier kami berjalan dengan baik.” Ucap Zawaq kepada Sarjan.

“Zawaq perlu ikut kami. Kami perlukan Zawaq sebagai analisis manakala Alen boleh teruskan eksperimen di sini. Ikut kami Zawaq.” Ucap Sarjan.

“Tapi Alen boleh ikut mereka keluar untuk rakaman. Tak perlulah saya ikut.” Kata Zawaq.

“Ikut Zawaq. Saksikan bahawa tentera-tentera eksperimen kamu akan menguasai palestine dalam masa singkat. Jangan risau, mereka akan melindungi kau. Kan tentera-tentera kau semua super. Super Soldier.” Ucap Sarjan.

“Maaf saya tolak.” Balas Zawaq.

“Kalau begitu, saya akan tangguhkan eksperimen awak dan para pelabur akan lari.” Balas Sarjan.

“Mana boleh Sarjan buat begitu.” Kata Zawaq kepada Sarjan.

“Eksperimen kamu di bawah kuasa kerajaan Israhell dan bawah jagaan saya. Kamu dan Alen hanya pelaksanaan eksperimen. Tindakan kamu akan dilaporkan kepada kerajaan dan dikategorikan sebagai pengkhianatan.” Ucap Sarjan.

“Sarjan, kami telah selamatkan anak sarjan. Sekarang anak sarjan sedang lakukan sukan di sekolah. Terpilih menjadi atlet. Sarjan, kami telah lakukan banyak untuk Sarjan. Kenapa perlu paksa saya keluar?” Soal Zawaq.

“Zawaq. Kamu tak pernah jejak luar Israhell. Alen sendiri pernah jejak luar Israhell untuk saksikan hasil eksperimen dia sendiri. Kamu juga perlu. Buktikan kamu seorang rakyat Israhell sebenar.” Ucap Sarjan kepada Zawaq.

“Baiklah.” Ucap Zawaq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience