13

Family Completed 8269

Hari ini, aku nekad akan bersemuka dengannya. Sebaik sahaja habis kelas, aku segera ke tempat letak kereta.

Sebaik ternampak keretanya, aku nekad akan menunggunya di situ. Aku bersandar di kereta sambil menunggu kehadirannya. 10 minit, 15 minit, 20 minit. Masih tak nampak kelibatnya. Perutku dah mula berkeroncong. Pagi tadi tak sempat nak sarapan, ni la jadinya.aku mula resah. Mana dia ni? Matahari dah mula naik. Nanti aku tunggu dekat pondok, takut tak nampak dia datang. Sudahnya, aku tunggu dia di situ juga. Panas pun, panas la. Nak buat macam mana. Setelah hampir setengah jam aku menunggu, barulah aku nampak bayang Taufiq. Rasa nak marah pun ada. Tapi aku malas nak keruhkan keadaan. Apabila dia hampir dengan kereta, terkesan riak terkejut di wajahnya dengan kewujudan aku di situ. Aku hanya tersenyum.

“Masuk.” Pendek arahannya untuk aku. Aku hanya menurut. Nanti kalau banyak cakap, kena tinggal pulak. Tapi, macam okay je mood dia ni. Siap suruh aku masuk lagi.

“Baringkan tempat duduk.”

“Hah?” keadaan yang agak bising mengurangkan deria pendengaran aku, menyebabkan aku tidak dapat mendengar ayatnya dengan jelas. Namun, dia tiba-tiba menurunkan tempat dudukku. Keadaan kami yang begitu rapat mendebarkan hatiku. Kenapa dengan dia ni? Tiba-tiba je nak suruh aku baring dalam kereta. Ingat ni hospital ke.

“Kenapa kena baring?” aku mula bertanya. Tanpa jawapan lisan, dia menghulurkan sapu tangan miliknya kepadaku.
“Hidung Dina berdarah.” Mendengar perkataan darah, kakiku mula menggigil.

“Jangan tengok. Lap je. Abang tak nak Dina pengsan kat sini. Abang nak cepat.” Seakan faham dengan tindakanku, dia cepat-cepat menegah. Aku hanya mengikut arahannya. Taufiq memandu kereta tanpa sebarang bicara. Satu situasi yang tidak pernah terjadi antara kami. Melihatkan keadaan sekeliling, aku tahu kami akan pulang ke rumah. Sebaik tiba di hadapan rumah, aku tidak terus turun. Aku hanya menanti dia berkata sesuatu.

“Kita dah sampai.” Kedengaran suara Taufiq di sebelahku. Ye. Dia berkata sesuatu tapi bukan apa yang aku nak dengar.

“Dina. Abang kena pergi kolej balik ni.” Dia semakin mendesak aku turun. Aku juga semakin berkeras. Aku tidak akan turun selagi dia tidak memberi aku sebarang penjelasan.

“Dina. Ab..”

“Fine. Saya tahu awak nak saya turun cepat. Tapi setidaknya, tolong explain kenapa awak tiba-tiba macam ni dengan saya.”
“Dina. Apasal ni?”

“Awak lagi tahu apa yang dah jadi kan?” aku segera keluar dari kereta. Bukannya aku mengalah, Cuma aku takut kata-kataku akan semakin kasar. Aku takut tak dapat mengawal marahku, dan bimbang akan mengeluarkan kata-kata yang akan buat aku menyesal nanti.

Hari ini, aku tergerak hati untuk memasak sesuatu untuk Taufiq dan keluarganya. Entah kenapa, aku juga tidak pasti. Mungkin aku rindukan keluargaku di Johor. Dah lama aku tak makan bersama mereka. Ah!!! Biarlah. Cuti semester nanti, pasti aku akan bersama mereka. Tamat sahaja kelas, aku ke pasar berdekatan untuk membeli bahan-bahan untuk dimasak. Sebelum itu, aku sempat menghantar mesej buat Taufiq.

Di rumah, aku bertungkus lumus memasak segala makanan kegemaran Taufiq. Manalah tahu lembut hatinya untuk bercakap denganku. Pada mulanya, ibu Taufiq ingin membantu, tapi aku dengan sopan, menolak. Kalah dengan kedegilanku, wanita itu hanya membiarkan aku. Usai solat Maghrib, aku menyusun segala lauk-pauk di gazebo di luar rumahku.

Sekali-sekala makan di luar, seronok jugak kan. Barulah nampak macam ada parti. Pukul 8 malam, hanya ibu dan ayah Taufiq yang datang. Aku mencari-cari kelibat Taufq, namun tiada.

“Taufiq tak balik lagi. Mungkin dia lambat sikit.” Seakan faham kegelisahanku, ibu Taufiq bersuara.

“Ye ke? Tak apalah, kita makan dulu la macam tu. Makan la. Jangan malu-malu. Kalau tak sedap, buat-buat tak tahu je ye.” Aku cuba menghiburkan hati yang sedikit luka. Untuk menemani orang tua Taufiq makan, aku hanya mengambil sedikit sahaja makanan. Aku tetap ingin menunggu Taufiq.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Taufiq masih belum sampai. Aku dan orang tuanya sudah berborak panjang. Daipada satu topik, ke satu topik.

“Mak cik rasa Taufiq lambat la. Dina kemas la dulu ni. Nanti kalau dia balik, mak cik ajak dia datang sini.”
“Hurm. Okay la. Mak cik dengan pak cik balik la dulu. Nanti, Dina kemas sendiri.”

Sebaik sahaja orang tua Taufiq hilang daripada pandangan, aku mula mengangkat pinggan mangkuk ke dalam rumah. Aku tinggalkan sahaja pinggan mangkuk yang belum bercuci di dalam sinki. Aku segera keluar, dan menunggu Taufiq pulang di gazebo. Sementara menunggu, aku membaca majalah. Entah bila aku terlelap dalam penantian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience