3

Family Completed 8269

“Ibu. Dia sedar da ni. Awak.. Awak… Awak dengar suara saya tak ni?” aku cuba membuka mata yang masih berpinar-pinar. Kepalaku berat. Aku mengamati kawasan sekelilingku. Asing. Semuanya asing bagiku.

“Kamu dah sedar? Syukurlah.” Seorang wanita separuh umur mengambil tempat di sebelahku.

“Mak cik ni siapa? Saya kat mana ni?” aku bertanya bagai orang bodoh.

“Ni ibu saya. Tadi tiba-tiba awak pengsan dalam kereta. Saya tak tahu nak buat apa. Saya bawak awak balik rumah saya.” Itu lelaki yang ku bantu tadi. Kenapa aku pengsan ye? Aku cuba memutar ingatanku sehingga bayangan itu jelas di mindaku. Ya!!! Darah. Aku nampak darah tadi. Sebab tu aku pengsan. Aku segera memeriksa jariku yang tadi berlumuran darah. Bersih. Cuma yang ada, kesan luka yang dibalut dengan handiplast.

“Makcik dah bersihkan luka kamu. Tadi ada darah.”

“Maaf sebab saya susahkan semua orang. Saya trauma tengok darah. Tu yang pengsan tiba-tiba tadi.” Aku hanya tertunduk malu. Siapa yang angkat aku masuk tadi? Alamak. Aku ni dahla berat. Buat malu je. Aku lihat lelaki di hadapanku itu tersenyum kecil. Aku mengangkat kening, tanda meminta penjelasannya.

“Tak ada la. Awek cool yang tak takut dengan Iskandar, tapi boleh pengsan tengok darah. Terus hilang cool taw.”

“Eh!!! Suka hati la. Siapa juga yang buat tangan saya berdarah?” aku menghadiahkannya dengan satu jelingan tajam. Padan muka kau.

“Taufiq cakap kamu nak cari rumah sewa ya?”

“Irdina. Panggil saya Dina. Haah mak cik. Saya ni dari Johor. Datang sini sebab dapat tawaran belajar dekat Kolej X. Sengaja datang sini awal sebab nak uruskan rumah semua la. Baru je sampai tadi.” Panjang tak pengenalan diri aku? Depan orang tua, kena la sopan santun sikit.

“Kolej X? Awak budak baru eh? Saya belajar kat sana jugak. Tapi masuk sem 5 dah la.” Yes!!! Lagi senang kerja aku. Nampaknya, jalan aku dipermudahkanNya.

“Kalau macam tu, tak payah la susah-susah cari rumah sewa. Tinggal je dengan makcik. Kami tinggal bertiga je. Pak cik selalu outstation. Taufiq ni pulak, memerap je dalam bilik. Sunyi jugak mak cik ni haa.” Hah?? Tinggal dengan diorang. Memang tak la kan.

“Eh. Tak apa la mak cik. Nanti mati sakit jantung pulak orang tua saya kalau tahu saya tinggal dengan keluarga makcik. Cuma, saya nak minta tolong Taufiq temankan saya cari rumah sewa je. Saya tak biasa kawasan sini. Pertama kali sampai sini.”aku lihat ibu Taufiq menganggukkan kepala. Mungkin memikirkan rasional kata-kataku tadi.

“Ibu. Bukan jiran kita ni nak sewakan rumah dia ke?” tiba-tiba Taufiq bersuara memecahkan kesunyian.

“Haah la. Dina sewa kat sini je la. Sebelah rumah mak cik ni je. Senang mak cik nak tengok-tengokkan kamu. Ye la. Kamu tu anak gadis. Bahaya jugak kan. Lagipun, boleh pergi kolej dengan Taufiq nanti.” Aku memandang sekeliling rumah Taufiq. Rumah itu jauh lebih besar daripada rumahku di Johor. Dua tingkat pulak tu. Aku yakin rumah jirannya juga seperti ini. Mana mampu aku nak sewa. Dahlah aku ni pelajar je.

“Bukan saya tak nak makcik. Cuma, saya takut tak mampu. Rumah besar macam ni. Dah lah saya tinggal sorang je. Lari bajet bulanan saya nanti. Saya anggar dalam RM500-RM600 je untuk sewa rumah.” Aku menyuarakan rasa hatiku tanpa berselindung.

“Macam ni la. Nanti mak cik runding dengan jiran mak cik. Dia pun tak kisah sangat. Asalkan ada orang yang duduk rumah dia ni. Buat sementara ni, Dina duduk rumah mak cik dulu la. Ada bilik kosong kat atas. Dina rehat-rehat dulu. Mak cik pun nak masak ni. Kejap lagi pak cik kamu balik.”

“Hurm. Terima kasih mak cik.” Aku hanya tersenyum. Tak sangka kan, masih ada orang yang baik macam ni. Dulu, minda aku sering dibayangi perangai-perangai kejam orang bandar. Rupanya, tak semua orang macam tu. Aku bersyukur ditemukan dengan Taufiq hari ini. Setidak-tidaknya, tak la aku terumbang ambing di tempat orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience