15

Family Completed 8269

Setiap hari adalah mimpi indah bagiku. Mimpi indah yang aku tahu akan tamat bila-bila masa sahaja. Sudah dua minggu selepas Taufiq berterus terang denganku tentang penyakitnya. Luaran, aku memang nampak tabah. Tapi, aku sebenarnya takut akan kehilangan dia. Aku tahu aku akan kehilangannya suatu hari nanti. Oleh itu, aku berdoa, meminta kekuatan untuk melepaskannya pergi.

Saban hari, kami akan keluar, mencuba perkara baru. Taufiq ku lihat seperti normal, tiada tanda-tanda dia menghidap penyakit yang kronik. Cuma kadang-kala, batuknya berdarah. Mengikut kata doktor, hatinya telah mula membengkak. Itu yang menyebabkan dia selalu batuk.

Hidup aku sentiasa dipenuhi gelak tawanya, sehinggalah suatu hari dia mula dimasukkan ke hospital. Dan dengan itu, aku tahu aku perlu bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan. Usai kuliah, aku akan ke hospital untuk menemaninya. Kakitangan di hospital juga ada yang mengenaliku dek kekerapan aku ke hospital.

“Abang tahu, hari ni Shasha tu try usha mamat lain. Lagi handsome daripada abang.”
“Hari ni Dina kena puji dalam kelas.”

“Hari ni, Dina nampak ada accident dekat depan kolej.”
Dan begitulah hari-hari seterusnya. Aku sentiasa melawatnya, menemaninya di hospital. Dan pasti ada sahaja cerita baru yang akan aku sampaikan.

“Dina tak bosan teman abang?” Suatu hari, Taufiq bertanya padaku.
“Tak. Kenapa? Abang bosan tengok Dina?”

“Apa Dina cakap ni? Abang suka Dina datang hari-hari.” Aku hanya tersenyum.
“Tapi abang nak Dina janji satu benda.”

“Apa dia?”

“Kalau abang dah tak ada, boleh tak Dina keep senyum macam sekarang?” aku tersentak mendengar permintaannya. Namun aku cuba berlagak tenang.

“Hurm. Tengok dulu la. Sebab sekarang abang ada lagi. So Dina tak nak fikir lagi.” Aku lihat Taufiq hanya terdiam.

“Hurm. Boleh abang tengok rantai tu kejap?” aku hairan dengan permintaannya. Namun, rantai pemberiannya dulu ku buka dan diserahkan kepadanya. Taufiq memasukkan cincin miliknya, menjadikan ia kelihatan seperti loket. Kemudian dia membantu aku memakaikan kembali rantai tersebut.

“Jaga cincin tu elok-elok okay.”

“Hurm. Okay.” Aku mula rasa sebak. Tapi aku tak nak menangis depan dia. Aku ingin keluar dari bilik itu apabila Taufiq menarik tanganku. Aku cuba melepaskan diri daripada genggamannya, namun ternyata kudratnya mengalahkan tenaga perempuanku.

“Abang tak nak Dina keluar lepas tu menangis. Kalau nak menangis, kat sini je. Dekat sikit abang nak pujuk.” Ya Allah. Macam mana lelaki tu faham perasaan aku. Aku tahu aku kena kuat. Aku tak nak tunjuk yang aku lemah di hadapannya.
“Fine. Dina tak keluar, and Dina tak menangis.” Aku cuba mengukir senyuman untuknya.

“Abang tak kisah Dina nak menangis sekarang. Tapi abang tak nak Dina menangis lepas ni. Ingat. Memori kita memori yang happy. So, abang nak Dina senyum je bila ingat kenangan kita. Okay. Abang pernah cakap kat Dina kan. Air mata Dina tu mahal.” Aku hanya mengangguk, faham, walaupun hatiku sukar untuk menerimanya.

“Dina. Arwah ada pesan suruh bagi surat ni pada Dina. Mak cik minta maaf sebab lambat. Mak cik terlupa.” Satu sampul surat berwarna purple di serahkan kepadaku. Aku menyambutnya dengan rasa pilu, namun ku gagahkan diri. Aku membawa diri ke dalam rumah. Sampul surat ku koyak, lantas dibaca isi kandungannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience