8

Family Completed 8269

Kelas habis awal daripada biasa hari ini. Aku melihat jam di tangan. Pukul 12.15 tengah hari. Taufiq kata kursusnya akan habis pada pukul 12.30. Tak lama. Aku memilih untuk menunggunya di pondok berhampiran café. Satu mesej dihantar buat Taufiq.

Butang ‘send’ ditekan. Sementara menunggu masa berlalu, aku memilih untuk menghabiskan masa dengan mendengar muzik daripada mp3 hadiah pemberian orang tuaku. Satu lagu, dua lagu, masih tak ada bayang Taufiq. Aku menanggalkan mp3 untuk meluruskan urat-urat yang telah tersimpul dek duduk terlalu lama. Tiba-tiba, aku terasa cecair sejuk mengalir dari atas kepalaku. Ku toleh ke atas untuk melihat apa yang terjadi. Rupanya, itu adalah balasan dendam Shasha dek kata-kata ku pagi tadi. Beberapa gelas teh ais dicurahkan di atas kepalaku. Aku tidak mampu berbuat apa, hanya menerima apa yang diberi. Aku tahu melawan akan memburukkan keadaan. Gelak tawa Shasha dan rakannya jelas kedengaran di telinga.

“Puas hati aku. Ni la makannya kalau tak pandai jaga mulut. Aku tak hadap sangat la Taufiq tu. Setakat mamat nerd macam tu, aku boleh cari sepuluh la.” Shasha bersuara lantang.

“Siapa yang nerd?” tu suara Taufiq. Ya Allah. Kenapa dia muncul waktu macam ni. Dahla aku dah lencun habis. Rambut aku pulak dah melekit macam apa ni. Rasa nak menangis pun ada. Tak pasal-pasal kena mandi dengan teh ais. Gila betul Shasha tu.

“Taufiq!!! Apa yang jadi pada You ni? Wow!!! You look great.” Eh eh minah tadi. Tadi dia yang kata tak hadap mamat nerd tu. Bila nampak, dah tergedik-gedik pulak macam lintah kena garam.

“Kalau kau rasa tak nak mandi lagi teruk, baik kau blah.” Keras amaran yang diberikan. Mungkin takut solekannya akan luntur, Shasha cepat-cepat berlalu. Taufiq terus mendapatkanku.

“Sorry abang lambat. Dina okay?”

“Dina pergi toilet kejap.” Aku segera berlalu untuk mengelakkan air mataku daripada dikesan oleh Taufiq. Aku tak nak dia nampak dan membuatkan dia risau.

Di tandas, aku menangis semahunya sementara membasuh rambutku daripada lekit gula. Dahlah rambut aku panjang. Memang makan masa la nak kering ni. Setelah agak-agak hilang rasa lekit, aku segera mendapatkan Taufiq. Aku tidak mahu dia menunggu terlalu lama dan membuat andaian buruk.

“Dah puas menangis?” soalan pertama Taufiq apabila melihatku.

“Mana ada menangis. Dina pergi basuh rambut la.” Aku menafikan sekerasnya.

“Dengan abang pun nak tipu ke? Okay. Go on with your lie. Dah. Jom balik.” Alamak. Dia merajuk ke. Ni yang malas ni. Dia memang tak suka aku tipu dia. Tapi aku tak nak dia fikir aku menangis sebab dia pulak. Memang la dia punca aku kena mandi, tapi aku tak kisah pun. Cuma aku tak tahu kenapa aku menangis. Mungkin sebab aku rasa tak adil. Dan mungkin sebab dia tak ada masa aku betul-betul perlukan bantuan dia.

“I’m sorry.” Sebaik sahaja kami masuk ke dalam kereta, aku memulakan bicara. Taufiq hanya tersenyum. Dan dengan itu, aku tahu marahnya terubat. Sebelum perjalanan dimulakan, Taufiq membuat satu panggilan. Tidak lama, panggilan berjawab.

“Hello bu. Hari ni abang dengan Dina balik lambat sikit ye. Nak jalan sekejap. Okay. Bye.” Hah??? Jalan? Dia ni gila ke apa? Aku tengah basah habis macam ni dia ajak aku jalan? Ni pun aku rasa bersalah sebab basahkan kereta dia. Lagi nak ajak aku jalan. Perjalanan dimulakan. Memang betul, Taufiq tidak menggunakan jalan yang sepatutnya kami gunakan.
“Kita nak pergi mana?”

“Secret.” Dengan itu, aku hanya membisu. Aku tahu aku tidak akan dapat apa yang aku mahukan. Silap-silap, kena marah adalah. Tidak lama, kereta Taufiq berhenti di hadapan satu pusat membeli-belah. Sah mamat ni gila. Takkan aku nak turun dengan keadaan macam ni. Taufiq turun terlebih dahulu, dan pergi mendapatkan aku. Aku menolak untuk keluar.

Biarlah. Aku sendiri tidak selesa dengan keadaan basah macam ni. Sudahnya, Taufiq menarik tanganku untuk keluar.

Jaket denim yang dipakainya tadi, diletakkan di bahuku. Nak tak nak, aku hanya menurut langkahnya. Kami berhenti di hadapan salon yang agak lengang. Nak buat apa kat sini? Dia nak potong rambut ke? Aku lihat Taufiq bercakap-cakap dengan pekerja di salon itu. Kemudian, Taufiq kembali padaku dan menyuruh aku duduk di atas salah satu kerusi di situ. Alamak. Aku yang kena ke? Aku ingatkan dia yang nak potong rambut ke apa ke. Apabila pekerja itu mula memegang gunting, cepat-cepat aku berbisik pada pekerja itu.

“Jangan potong rambut saya.” Sesungguhnya aku sayang dengan rambutku. Rasanya, tidak sanggup aku melihat rambut yang ku jaga sekian lama, dipotong macam tu je. Pekerja itu tersenyum dan menganggukkan kepala.

Rupanya, aku di situ untuk mencuci rambutku yang masih melekit. Tapi kenapa dia pegang gunting tadi? Haish. Macam-macam perangai orang aku jumpa hari ni. Lebih kurang 30 minit, rambut aku kembali seperti sedia kala. Malah lebih lembut.
“Jom. Ganti baju Dina pulak.”

“Eh. Tak payah la. Tak teruk mana pun basah ni.” Aku cuba menolak sopan.
“Dina jadi macam ni sebab abang kan? Dina menangis tadi pun sebab abang. So, abang nak bayar balik. Mahal taw air mata Dina tu.”

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapi. Jom.” Aku menurut dalam paksa. Aku bukannya apa. Cuma tidak mahu dia membazirkan untuk perkara-perkara yang tak penting. Kalau balik rumah terus tadi, kan senang. Aku boleh terus mandi dan tukar baju.

“Dina. Nah.” Taufiq menghulurkan satu blouse denim kepadaku. Memang masuk taste la macam ni. Tapi apabila aku melihat harga yang melekat di tag, cepat-cepat aku menolak. Aku berbisik perlahan kepada Taufiq.
“Mahal sangat la.”

Namun Taufiq memaksa aku untuk mencuba blouse tersebut. Nak tak nak, aku hanya menurut. Aku masuk ke bilik persalinan untuk mencuba pakaian tersebut. Tidak lama, aku keluar untuk menayangkan pada Taufiq. Dia mengangkat ibu jarinya tanda ok.

“Selesa tak?”

“Okay. Tapi mahal sangat la. Tak payah la eh. Dina pergi tukar sekejap.” Baru sahaja aku hendak berlalu, Taufiq menarik tanganku. Tag harga yang tergantung di leher baju tersebut, direntap kuat. Itu tandanya Taufiq perlu membayar harga baju tersebut dan aku terpaksa menerima baju tersebut. Memang gila la Taufiq ni. Senang-senang je nak keluarkan duit. Kalau aku, fikir dua tiga kali. Aku lihat dia ke kaunter untuk membuat bayaran, manakala aku ke bilik persalinan untuk mengambil pakaianku tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience