14

Family Completed 8269

“Dina. Dina. Bangun. Kenapa tidur sini?” suara seorang wanita mengejutkanku. Aku tersedar daripada lena yang aku rasakan panjang. Ku lihat ibu Taufiq sedang duduk di sebelahku dengan wajah risau.

“Mak cik. Saya tunggu Taufiq tadi. Tertidur pulak.”

“Kan dah lewat. Kenapa tak tunggu kat dalam?” suara Taufiq kedengaran. Ye. Suara yang aku nantikan. Aku lihat Taufiq masih berpakaian yang agak formal. Pastinya dia baru sahaja pulang.

“Eh. Abang pun dah ada. Hurm. Kejap eh. Dina pergi ambilkan makanan. Tunggu kejap eh.” Aku segera masuk ke dalam rumah untuk mengambil makanan buat Taufiq. Aku melihat jam di dinding. Pukul 10 malam. Hatiku terdetik sayu. Sampai hati abang balik lambat macam ni. Setelah puas dengan makanan yang diambil, aku menatang pinggan tersebut keluar. Dari celahan pintu rumah yang tidak tertutup rapat, aku dapat mendengar perbualan Taufiq dan ibunya. Hatiku tergerak untuk mendengar perbualan tersebut.

“Ibu. Apa abang nak buat dengan Dina? Kalau lepas ni dia macam ni jugak?” itu suara Taufiq.
“Ibu pun tak tahu. Ibu ingat dia tunggu dekat dalam.”

Suasana sunyi seketika. Hanya bunyi angin dan cengkerik yang kedengaran. Aku berkira-kira untuk keluar apabila ibu Taufiq menyambung bicara.

“Abang tak nak cakap pada Dina?”

“Abang bukan tak nak. Abang takut. Sebab tu abang jauhkan diri darpada dia sekarang.”

Cakap apa ni? Kenapa pulak Taufiq takut nak cakap dengan aku? Apa pula kaitannya dengan dia jauhkan diri daripada aku? Memangla aku perasan dia jauhkan diri daripada aku. Tapi, aku tak tahu pun alasannya apa.

“Abang tahu kan ini bukan jalan yang terbaik?” aku lihat Taufiq menganggukkan kepala. Aku makin bingung. Apa ni?
“Tapi, abang tak nak dia rasa kehilangan kalau abang terus ada dengan dia.” aik!!! Takkan la nak pergi praktikal pun teruk sangat. Macam la aku tak biasa kena tinggal. Setakat praktikal 6 bulan, apa ada hal. Tunggu je la. Bukannya susah sangat.

“Abang. Ajal maut tu kerja Allah. Memang doktor cakap dah tak lama. Tapi abang yakin abang akan pergi secepat itu? Kenapa abang tak habiskan masa abang dengan Dina?”

“Abang nak pergi mana? Apa yang abang tak cakap pada Dina?” aku yang mula hairan dengan perbualan pelik mereka berdua, turut masuk campur.

“Dina??? Hurm… Tak ada apa-apa. Abang borak kosong je dengan ibu tadi.” Aku nampak muka Taufiq berubah bila aku tiba-tiba muncul. Dan dengan itu, aku tahu dia cuba sembunyikan sesuatu.

“Dina dengar semua. So, sekarang Dina nak tahu semua sekali. Apa yang doktor cakap? Apa reason abang tiba-tiba jauhkan diri daripada Dina? Dina nak tahu semua tu.”

Aku lihat Taufiq terdiam. Ibunya juga begitu. Lama dia cuba mencari kekuatan. Melihat anaknya seakan memperoleh kekuatan itu, ibu Taufiq meninggalkan kami berdua. Nafas ditarik sedalamnya sebelum memulakan bicara.

“Dina. Apapun yang terjadi, abang nak Dina tahu, abang sayangkan Dina. Dina adik abang. Dina kawan abang. Dina…”
“Cut it short.” Aku mula tak sabar.

“Okay. Hurm. Abang ada Hepatitis B. Last stage.”

Dunia aku terasa melayang mendengar berita itu. Mujurlah pinggan tadi sudah ku letakkan di tepi. Kalau tak, mesti pecah terlepas daripada genggamanku. Aku terjelepok di situ jugak. Namun, tiada air mata yang mengalir. Hanya dadaku terasa sempit. Aku menolak tangan Taufiq yang cuba membantuku.
“So?”

“Abang tak nak Dina sedih, jadi abang jauhkan diri daripada Dina. I’m sorry. Abang tak nak sebenarnya. Tapi abang tak tahu apa yang patut abang buat. Dina tahu abang sayangkan Dina kan? So abang tak nak Dina sedih macam ni.”
“Bila abang tahu?”

“Hari yang abang tukar imej tu. Dina ingat lagi?” ye. Aku masih ingat. Ya Allah. Lamanya dia cuba bersembunyi daripada aku. Mesti dia pun sedih macam aku kan.

“Abang masih buat treatment?”

“So far, yes. Tapi doktor kata, tak ada effect dah.”
“Don’t stop!!!”

“Hah?”

“Dina nak abang teruskan treatment tu. Yes it is the last stage. Tapi, treatment dapat lambatkan penyakit tu daripada makin teruk kan.”

“Dina? Dina okay tak ni?” Taufiq menggoncangkan sedikit bahuku.

“Abang expect Dina akan collapse and pengsan macam tu je? Yes. Memang Dina terkejut. Sedih. Tapi, tak sesedih abang dengan parents abang kan? Kalau abang masih boleh teruskan hidup, kenapa pulak Dina nak menangis tak tentu pasal?” aku memaksa diriku mengukir senyuman. Aku bahagia apabila Taufiq membalas senyumku. Senyuman yang aku rindukan.
“Thanks Dina.”

“Don’t worry. Dina okay. Tapi Dina rasa, Dina kena rehat. Too much surprise for me. Nah makanan abang. Kita jumpa esok okay. Dina masuk dulu. Assalamualaikum.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience