11

Family Completed 8269

“Sorry lambat. Lambat bangun. Nasib baik abang tolong kejutkan.” Kelam-kabut aku masuk ke dalam perut kereta. Mesti Taufiq dah lama tunggu aku. Aish. Apa nak jadi anak dara lambat bangun.
“Dina tak set alarm?”

“Tak. Sebab biasanya terbangun awal. Hari ni lambat pulak.”

“Okay. Lepas ni, abang nak Dina set alarm. Nanti kalau abang tak ada, siapa yang nak tolong kejut? Silap-silap, ponteng kelas pulak sebab lambat bangun.”

“Baik bos.” Aku hanya terdiam selepas itu. Macam marah je bunyi dia cakap. Lantak dia la. Dia ni kan memang susah nak dijangka. Nanti okey la angin dia tu.

“Lepas ni, abang tak dapat hantar Dina pergi kolej dah. So, mulai esok, abang nak Dina belajar naik bas ke kolej.”
“Apasal pulak nak kena belajar lagi? Kan Dina dah biasa naik bas ke kolej.” Protesku.

“Dah reti? Okay, pass. Hurm. Abang nak Dina buang perangai suka lepak dekat balkoni tengah malam. Sebelum ni tak apa la. Abang ada boleh teman. Nanti kalau abang tak ada, jangan. Nanti ada orang lain pulak yang teman. Awak tu perempuan.”

“Hurm. Lagi?”

“Jangan balik lewat sangat. Bahaya. Kalau terpaksa balik lambat, call ibu dulu. Jadi dia tak risau.”
“Lagi?”

“Dina kena biasakan hidup tak ada abang. Selama ni kita berdua. So, Dina kena belajar tu.”
“Hurm… Macam boring je hidup bila abang tak ada nanti.” Aku mengeluh.

“Abang nak Dina berhenti fikir yang hidup akan boring kalau abang tak ada.” Hurm. Kena lagi. Aku hanya mengangguk. Entah kenapa hari ini banyak pulak yang dipesannya pada aku. Dah la tak tegur langsung aku pakai rantai yang dia bagi tu. Semalam dia yang beria suruh aku pakai. Macam la nak pergi praktikal jauh sangat. Tapi, aku hanya telan kata-kataku. Takut dia terasa hati.

Usai kelas, aku menanti Taufiq di tempat biasa. Namun, kelibatnya tiada. Kereta pun tiada di tempat letak kereta. Aik!!! Rasanya dia satu kelas je hari ni. Takkan dia tinggal aku kowt.

Satu mesej dihantar untuknya. 10 minit. 15 minit. 20 minit. Tiada balasan. Sibuk ke dia ni? Aku ni dah kebulur. Pagi tadi tak sempat nak sarapan gara-gara bangun lambat. Nanti kalau tinggal makan, dia datang pulak. Tak pasal-pasal merajuk. Mungkin dia sibuk kowt.

Aku menghantar satu lagi pesanan buatnya. Aku menuju ke tempat menunggu bas untuk ke pusat membeli belah, meninggalkan Taufiq dengan kerjanya. Yes!!! Ini la peluang nak shopping sakan. Biasanya ada Taufiq, jadi segan nak ambik macam-macam sebab nanti dia yang bayar. Jadi, aku akan guna kesempatan ini sebaiknya.

Sebelum masuk ke pusat membeli belah, aku memeriksa telefonku, kalau-kalau ada mesej yang berbalas. Namun tiada. Aku ingin menghantar satu lagi pesanan buatnya. Namun, sedang aku asyik menaip, skrin telefonku gelap.

“Alamak. Habis bateri pulak. Hurm. Tak apalah. Yang penting dia dah tahu aku kat sini.” Aku mengorak langkah ke dalam untuk menjalankan misi membeli belah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience