5

Family Completed 8269

“Dina. Sorry. Saya pergi beli brunch tadi. Lapar la.” Sebaik mendengar suara Taufiq, air mata yang ku tahan mengalir juga. Untuk apa air itu mengalir, aku pun tak tahu. Sedih ada, gembira, marah pun ada.
“Kenapa awak menangis? Alamak. Sorry la.” Taufiq kalut sendiri.

“Sampai hati awak tinggal saya. Kalau saya kena culik tadi macam mana?”

“Hahahah… Dina. Ni kolej la. Security ada dekat mana-mana je. Lepas tu pulak, awak kan lagi hebat daripada saya. Berani ke orang nak culik awak?” aku memikirkan logiknya kata-kata Taufiq. Memang la. Tapi aku memang trauma kena tinggal macam tu je. Kalau dia ada cakap ke, tak apa la jugak. Aku segera berlalu tanpa menghiraukan Taufiq yang asyik gelakkan aku. Hish. Buat malu je. Rugged, tapi menangis. Sebaik sahaja kunci kereta dibuka, aku segera meloloskan diri ke dalam kereta. Malas aku nak hiraukan Taufiq.

Sepanjang perjalanan, aku memilih untuk mengunci mulut. Sebaik sampai, aku segera masuk. Kehadiran ibu Taufiq juga tidak ku hiraukan. Namun aku sempat menangkap perbualan mereka.
“Kenapa tu?”

“Merajuk dengan abang.”

Sejak kejadian aku menangis tempoh hari, Taufiq lebih berhati-hati untuk meninggalkan aku. Bukannya aku nak jadi cengeng. Cuma aku masih tak mampu menghilangkan trauma ditinggalkan. Aku dan Taufiq menjadi sangat rapat. Ada di antara rakan-rakan yang mengatakan aku bercinta dengannya. Namun, kebenarannya, aku hanyalah teman rapatnya. Aku juga menganggap dia sebagai abangku dek umurnya yang tua tiga tahun daripadaku. Aku akui kami sangat rapat. Malah, masaku banyak dihabiskan dengan Taufiq berbanding rakan sekelasku. Aku senang berada bersamanya. Dia sangat memahamiku. Kerana dia juga aku berubah menjadi semakin lembut. Tutur kata dan tingkah laku yang lebih bersesuaian dengan seorng wanita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience