1

Family Completed 8269

“Alahh… Ibu jangan risau la. Kakak okay, ni dah nak sampai dekat Shah Alam ni. Tengah cari teksi. Ala. Kakak okay la. Ibu jangan risau okay. Bye. Assalamualaikum.” Talian dimatikan. Hurm. Itulah hati seorang ibu. Risau terlebih. Lebih-lebih lagi aku ni anak tunggal dia. Akulah intan, permata, hempedu, semualah.

Orang panggil aku Dina. Aku ni agak lasak berbanding dengan perempuan-perempuan lain. Almaklumlah. Anak tunggal. Jadi, kecik-kecik lagi orang tua aku dah hantar aku ke kelas taekwando. Katanya, berguna untuk aku suatu hari nanti. Tapi setakat ni, aku tak pernah lagi la karate orang.

Dari jauh, aku nampak kelibat kenderaan berwarna merah putih sedang menanti untuk dinaiki. Aku mempercepatkan langkah. Bukannya apa, cuaca panas semakin menggigit aku. Walaupun aku lasak, cuaca panas tetap menguji aku sebagai seorang perempuan. Sebaik sahaja aku menghampiri sebuah teksi, kelihatan satu kumpulan manusia sedang berasak-asak, memerhatikan sesuatu. Aku jadi musykil serta-merta. Perasaan ingin tahu bertandang, lebih-lebih lagi apabila aku mendengar satu suara meminta tolong. Aku ni pantang dengar orang minta tolong. Beg sandang yang berisi pakaian, ku tinggalkan di tepi jalan. Langkah diatur penuh berhati-hati. Dari celahan manusia, dapat kuperhatikan seorang lelaki berkaca mata sedang terduduk dengan buku yang berterabur.

“Kenapa tu pakcik?” aku bertanya kepada seorang pakcik yang berdiri di sebelahku.

“Biasala nak. Orang muda. Lain sikit cara gurau. Hari-hari diorang bergurau macam tu. Naik bosan pun ada.” Eh eh pak cik ni. Kalau dah naik muak, yang awak sibuk jadi penonton kenapa? Bergurau? Tak nampak macam bergurau pun. Buta agaknya pakcik ni.

“Kan aku dah cakap. Kalau kau tak nak bagi aku tumpang, jangan bawak kereta tu.” Suara seorang lelaki mengalih pandanganku. Hurm. Muka boleh tahan. Tapi perangai macam hantu. Tak boleh buat laki macam ni. Hatiku berderau melihat lelaki tersebut dengan selamba menyepak jauh buku-buku yang berterabur. Selamba dia je. Ingat buku tu dapat free ke nak sepak sesuka hati.

Aku menyelit di antara manusia, dengan selamba mengutip buku-buku yang disepak sebentar tadi. Dapat aku dengar suara-suara halus yang menyebut tentang perilaku aku kala itu.
‘Gila ke perempuan tu?’

‘Memang tak takut mati la minah ni.’

‘Wow!!! Kakak tu cool kot.’

Aku hanya buat-buat tak dengar. Malas aku nak layan cakap-cakap orang di belakang aku. Aku menyerahkan buku-buku tersebut kepada lelaki yang berkaca mata itu. Aku yakin itu adalah miliknya. Tangan dihulurkan, tanda aku ingin membantu dia daripada terus duduk di atas jalan yang kotor itu. Tanganku disambut. Lelaki itu bangun sambil mengibas-ngibas bajunya yang terkena kotoran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience