9

Family Completed 8269

Usai segala-galanya, kami hanya berjalan-jalan di kawasan pusat membeli-belah. Sekadar mencuci mata. Tidak lama, Taufiq meminta izin untuk ke tandas. Kesempatan itu aku gunakan untuk ke kedai aksesori. Mataku tertarik pada satu rantai yang dipamerkan. Namun, melihatkan harganya, mataku terbuntang. Rantai kecik macam tu pun sampai RM600.00. gila mahal. Walaupun aku berkenan, aku cepat-cepat berlalu dari situ. Takut kalau-kalau Taufiq nampak perlakuan aku dan membeli rantai tu pulak. Tak ke haru nanti.

Kami menyambung perjalanan kami. Aku membeli beberapa barang yang kurasakan patut untuk diriku. Nak beli barang dapur, ibu Taufiq menegah. Katanya, kalau ada apa-apa yang diperlukan, datang rumah je. Rumah tu sentiasa terbuka untuk aku. Hurm. Kalau dah tengah malam aku lapar ke, takkan la aku nak pergi rumah diorang pulak kan. Jadi, aku belilah apa yang aku rasakan perlu.

“Alamak. Abang lupa la ibu ada pesan beli barang tadi. Dekat atas.”
“Ish. Macam la tua sangat sampai lupa-lupa ni.”

“Tua la daripada Dina.” Aku hanya tergelak kecil dengan balasannya. Ada-ada je dia ni nak buat aku gelak.
“Dina nak ikut ke nak tunggu sini?”

“Dina tunggu sini je la. Tak apa kan?” Taufiq hanya mengangguk. Barang-barang yang dibeli tadi ditinggalkan bersamaku. Sekejap sahaja bayang lelaki itu hilang. Sementara menanti, aku hanya memerhatikan sekeliling, melihat gelagat orang. Tidak lama menunggu, Taufiq kembali dengan tangan kosong. Aku membuat muka hairan.
“Tak ada la barang ibu pesan. Jom la balik.” Aku hanya menurut.

“Esok abang ada kursus lagi ke?” aku bertanya sebelum turun daripada kereta. Sengaja aku ingin mendapatkan kepastian.
“Tak. Esok tunggu abang. Kita pergi kolej sekali.” Aku hanya mengangguk. Beg galas dan beberapa beg plastic ku capai sebelum keluar. Baru separuh badanku di luar, Taufiq memanggilku.

“Dina. Kejap.” Taufiq ku lihat mencari sesuatu di dalam beg sandangnya.
“Nah. Hadiah untuk Dina.” Dia menghulurkan

“Hadiah apa ni? Hari ni bukan birthday Dina.” Aku bertanya seperti orang bodoh.

“Saje abang nak bagi. Bukak kat dalam taw. Dah pergi masuk. Malam da ni. Kalau suka hadiah tu, nanti mesej abang.” Aku hanya mengangguk. Apa lagi la lelaki ni. Dahla dia dah berhabis duit dekat salon. Bayarkan baju aku lagi. Memang tak sayang duit betul. Hurm. Untung kau la Dina kenal orang macam tu. Jangan kau ambik kesempatan sudah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience