4

Family Completed 8269

Aku mandi dengan segera, cukup sekadar menyegarkan badanku yang sangat letih. Tinggal di rumah orang buat aku tidak betah untuk berehat. Usai mandi, aku mengenakan pakaian yang agak kasual. Aku segera turun ke tingkat bawah, mendapatkan ibu Taufiq di dapur. Aku lihat wanita itu sedang asyik menggoreng sesuatu, tanpa menghiraukan kehadiran aku.

“Sedapnya bau mak cik masak ni.” Suaraku mengejutkan wanita itu. Satu senyuman dilemparkan padaku. Manisnya wajah itu walaupun sudah dimamah usia. Kala ini, betapa aku rindukan ibuku di kampung.

“Tak siap lagi ni Dina. Kenapa tak rehat dulu? Nanti mak cik panggilkan.”

“Saje nak tolong mak cik. Lagipun, kat rumah dah terbiasa tolong ibu masak. Jadi tak reti nak tengok je.” Aku mula semakin mesra dengan wanita itu.

“Untung ada anak perempuan kan. Boleh pergi beli barang sekali. Masak sekali. Nak harap Taufiq tu, tak nak nya dia tu.”

“Ada anak lelaki pun untung mak cik. Ada orang yang boleh jaga kita. Macam saya ni, terpaksa la jaga diri sendiri.” Wanita itu hanya tersenyum. Mungkin ada betulnya kata-kataku.

“Sayur ni mak cik nak masak jugak ke?” aku bertanya apabila melihat sayur yang telah dipotong, hanya dibiar di atas meja.

“Ya Allah. Mak cik lupa pulak. Nak masak la tu. Sebab tu dah siap potong. Dina biar je la kat situ. Kejap lagi mak cik masak. Gulai ni tak boleh tinggal pulak.”

“Tak apa lah. Biar saya tolong masak sayur ni.” Tanganku ligat membuat kerja-kerja yang sudah lali bagiku. Beberapa kali ibu Taufiq menyuruh aku membiarkan sahaja sayur itu. Namun, sebagai seorang tetamu, aku tahu kedudukanku. Aku tahu aku tidak patut membiarkan tuan rumah melakukan semua kerja.

Tidak lama, semua lauk sudah siap dimasak. Ada hikmahnya ibu selalu membebel meminta aku memasak. Dapat la aku tunjuk bakat dekat sini. Aku membantu ibu Taufiq menghidang makanan di atas meja. Tidak lama, sebuah kereta mewah berwarna hitam memasuki perkarangan rumah.

“Tu pak cik dah balik.” Oh. Ayah Taufiq rupanya. Aku menyiapkan kerja-kerja menghidang yang ditinggalkan ibu Taufiq untuk menjemput suaminya pulang kerja. Alangkah harmoninya keluarga ini. Aku hanya tersenyum melihat telatah suami isteri itu. Walaupun sudah lama berkahwin, kasih sayang masih terpancar dari perlakuan mereka.

“Eh. Sejak bila pula rumah kita ada anak perempuan ni?” ayat pertama ayah Taufiq apabila terpandangkanku.

“Saya Irdina.” Hanya itu pengenalan diri yang mampu aku lakukan. Selebihnya, ibu Taufiq membantu aku membuat penjelasan. Mujurlah diri ini diterima pasangan itu.

“Dah la tu. Nanti sambung berkenalan lagi. Lapar ni.” Suara Taufiq di meja makan membantutkan sesi berkenalan antara aku dan ayahnya. Kacau daun betul mamat ni. Doa makan diketuai oleh ayah Taufiq sebelum kami bersama-sama menikmati juadah tengah hari itu.

“Kenapa sayur ni tak macam biasa ibu masak?” Taufiq tiba-tiba bersuara.
“Memanglah. Dina yang masak. Bukan ibu. Sedap kan?”

“Wow!!! Awek rugged macam awak, pandai masak jugak? Hehehe. Not bad.” Aku menyepak kakinya di bawah meja. Ambik kau. Kacau lagi. Ingat perempuan kasar macam aku ni tak pandai masak ke? Silap besar okay. Taufiq ku lihat hanya tersengih.

Kami melangkah masuk ke dalam kawasan kolej yang agak besar.

“Alamak, besarnya. Boleh ke survive dalam ni?”

“Saya kan ada. Pemandu pelancong awak. Jom pergi tempat register.” Taufiq mendahului langkahku. Aku yakin akan selamat sampai jika mengekorinya. Sampainya di dalam dewan, aku lihat sudah ramai pelajar yang beratur. Lautan manusia buat aku cemas sendiri.

“Seram la awak. Ramai sangat.”

“Pergi je la. Awak kan rugged. Takkan takut kowt.” Aih!!! Ni bagi semangat ke perli. Tak boleh pakai betul mamat ni. Aku memberanikan diri, menyambung barisan di belakang untuk mendaftarkan diri. Sesi pendaftaran memakan masa lebih kurang 30 minit. Setelah selesai segalanya, aku keluar untuk mendapatkan Taufiq. Namun, bayangnya tiada. Aku hilang arah. Sudahlah aku tak kenal siapa-siapa dekat sini. Dia pulak hilang. Rasa macam nak menangis pun ada. Aku dah la trauma kena tinggal dekat khalayak ramai ni. Aku terduduk di tepi dewan. Sampai hati Taufiq tinggalkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience