Bab 11

Fanfiction - KPOP Series 1785

Jungkook baring kat atas katil sambil mengelamun.
Jungkook teringat akan kata kata Nisha. “Kesian Nisha." Kata Jungkook.

Tadi....

“Sebenarnya....." Kata kata Nisha terhenti. “Sebenarnya apa?" Tanya Jungkook. Jungkook tak sabar sabar nak tau.
“Aku bukan dari keluarga Song." Jawab Nisha. Reaksi Jungkook sekarang terkejut.
“Bis tu?" Jungkook nak tau. Dulu dia mungkin dah tau. Tapi sekarang dia hilang ingatan.
“Aku anak keluarga Kang. Tapi aku tak tau lah pulak cam mana aku boleh jadi Song." Jawab Nisha. Nisha terus memandang pemandangan luar tingkap bilik Jungkook.
“Aku ngan appa sekarang tak ngam. Kau tau tau lah." Sambung Nisha lagi. Jungkook angguk tanda faham. “Jangan lah sedih." Kata Jungkook sambil tersenyum. Gigi arnab dia.. Hurmmm... Membuatkan hati para wanita cair.

Sekarang.......

Jungkook menutup matanya perlahan lahan. Akhirnya terlelap

Manakala Nisha.....

Nisha termenung memandang pemandangan luar tingkap biliknya. Dia teringin sangat nak jumpa mak ayah kandung dia.
Kenapa dia tetiba jadi anak Song?
Macam mana dia boleh tau?
Biasalah, Ayahnya Song Jong Ki bencikan dia sesangat sampai terlepas dari mulutnya rahsia tu...
Nisha tergelak. Benda yang jadi ni betul betul cam drama. Lagi sakit daripada drama.

Keesokan harinya.......
Jungkook masuk ke kelas macam biasa dengan Taehyung. “Morning Nisha." Sapa Jungkook. Nisha tersenyum. “Morning too." Jawab Nisha.
Ji Na memandang Jungkook dengan penuh harapan. “Owhh. Ji Na. Gumawoyo sebab selamatkan saya semalam." Kata Jungkook sambil tersenyum. Ji Na hanya angguk.
“Nisha!" Jerit seseorang dari arah koridor kelas. Mereka bertiga menoleh ke arah empunya suara. “Oh. Hye Won." Kata Nisha. Hye Won terus berlari menuju ke arah Nisha. “Sorry lah. Saya tak berapa sihat hari tu. Nah." Kata Hye Won. “Awak, janganlah paksa diri. Cikgu bagi tempoh untuk siapkan. Janganlah risau." Nisha terharu dengan Hye Won. Walaupun sakit, dia tetap buat tugasan yang cikgu bagi. Terharunye.
“Tak pe. Tanggungjawab saya." Kata Hye Won. Nisha hanya tersenyum. Hye Won duduk di tempat duduknya.

~*~*

Loceng berbunyi tanda waktu sekolah dah tamat. Nisha menoleh ke belakang memandang Jungkook. “Kookie, kau balik dulu dengan Jin Young. Aku ada hal nanti." Kata Nisha. Jungkook hanya angguk.
Jungkook melambai Nisha lalu melangkah pergi. “Jom Ji Na." Ajak Nisha. Ji Na memegang perutnya. Nisha yang perasan akan perubahan Ji Na terus bertanya.
“Weih, kau okey tak ni?" Tanya Nisha dengan risau. Ji Na mengerang kesakitan. “Weih, pahal ni? Nak aku bawa gi klinik tak?" Tanya Nisha sambil memegang bahu Ji Na. Ji Na menggeleng. “Aku okey. Sakit perut sebab datang haid je." Jawabnya sambil tersenyum. Nisha mengeluh. “Lah ye ke. Tak pe lah. Hal tu, biar aku uruskan. Kau gi balik ngan mereka." Kata Nisha. Ji Na angguk tanda setuju.
Ji Na dengan Nisha terpisah di koridor kelas mereka kerana orang ramai. Nisha berjalan menuju ke tempat yang ditujunya.
Ji Na pula berhenti mengusap perutnya. “Bodoh! Senang je kau percayakan orang en Nisha." Kata Ji Na sambil tersenyum smirk.
---------------------------
Sorry lambat. Maklumlah sekolah dah buka. Harap korang sukalah walaupun tak best. Teruskan menyokong Song Nisha dan Jeon Jungkook ye.. Hehehe.. Borahae..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience