Bab 16

Fanfiction - KPOP Series 1785

Jungkook, aku datang ni………”
Hati Jungkook gembira tak terkata. Perlahan-lahan dia membuka mata. “Kau okay tak ni?” Tanya Nisha sebaik sahaja Jungkook memandangnya. Jungkook hanya mampu angguk secara perlahan.
“Kau jangan banyak sangat bergerak. Doktor kata kau dalam proses nak ingat semula.” Kata Nisha. Jungkook tersenyum. “Aku ada ingat satu benda.” Kata-kata Jungkook membuatkan Nisha terkejut. Jungkook menatap mata Nisha dengan lama.
Beberapa saat kemudian Nisha mengalihkan pandangannya. “Kau rehat dulu, esok kau ceritakan kat aku. Dah malam ni.” Kata Nisha. “Malam? Wah! Lama jugak aku tak sedar.” Kata Jungkook sambil bangun secara perlahan untuk duduk. Nisha hanya mampu mengeluh.
“Nisha…” Panggil Jungkook. “Hmmm?” Nisha memandang Jungkook kembali. “Gamsahamnida.” Ucap Jungkook sambil tersenyum. Nisha hanya angguk. “Aku balik dulu.” Kata Nisha. Jungkook hanya angguk.

~*~*

“Okay semua. Tahniah atas usaha anda sepanjang menjalankan kerja berkumpulan ini ye. Cikgu sangat bangga dengan kamu.” Kata guru mereka. Semua pelajat yang ada di kelas tersebut terus bersorak gembira. Gembira kena puji. Hehe.
“Okay. Memandangkan loceng dah berbunyi, kamu semua boleh balik ye. Ingat! Masa cuti ni buatlah benda berfaedah. Ok! Bye, selamat bercuti.” Kata guru tersebut lalu keluar dari kelas tersebut. “Nisha.” Jungkook memandang Nisha sambil membuat muka comel. Nisha hairan. “Kau ok tak ni? Risau pulak kau.” Kata Nisha dengan muka blurnya. Jungkook memuncungkan mulutnya.
“Tak kan lah dah lupa.” Kata Jungkook dengan nada kecewa. Nisha cuba ingat kembali. Apa benda yang dia lupa. “Semalam.” Kata Jungkook. Nisha terus angguk. “Owhh. Pasal tu.” Kata Nisha. Jungkook masih lagi menunggu ayat Nisha yang seterusnya. Mana tau dia diajak minum atau lepak. Sambil tu, boleh lah luangkan masa bersama. Kan?
Ji Na yang melihat aksi Jungkook semakin membara kemarahannya. Dia terus mendekati Nisha dan Jungkook. “Hai korang! Sembang apa? Share lah.” Kata Ji Na sambil memandang mereka berdua. Nisha tersenyum. “Tak de pape.” Jawab Nisha. Semakin panas hati Ji Na mendengar jawapan daripada Nisha. “Hmmm… Nisha, sejak bila pandai berahsia ni?” Ji Na pura-pura merajuk manja. Nisha tersenyum melihat tingkah laku kawannya itu. “Jungkook ni ha. Dia nak bagitau something. Dah ingat something katanya.” Jawab Nisha.
Jungkook angguk sambil tersenyum melihat Ji Na. Ji Na hanya angguk. “Kau ingat apa?” Tanya Ji Na. Jungkook mengeluh. “Aku nak Nisha je tau. Sebab kami dua membesar kat Busan sama-sama.” Kata Jungkook. Jawapan Jungkook menambahkan lagi kemarahan Ji Na.
“Ha eloklah tu. Korang tak leh share kat orang suka hati. Sesetengah hidup kita ni, perlu ada yang dirahsiakan.” Tiba-tiba Jin Young menyampuk. Dia perasan Ji Na menjelingnya. ‘Padam muka kau.’ Kata Jin young dalam hati. “Jungkook, nampak gaya kau busy, aku gerak dulu.” Kata Taehyung dari arah pintu kelas. “Eh, Taehyung! Jap tunggu aku. Aku tak busy.” Jin Young terus berlari mendekati Taehyung. “Jom! Kita single kita blah.” Kata Taehyung sambil menepuk bahu Jin Young. Mereka sengaja mengejek Jungkook depan Nisha. Muka Jungkook mula merah padam.
Ji Na hanya menjeling Jin Young dan Taehyung. “Ji Na, kau okay?” Tanya Nisha. Ji Na memandang Nisha sambil tersenyum. “Yup! Aku okay. Kau ngan Jungkook kan? Aku gerak dulu. Bye.” Kata Ji Na lalu melangkah pergi. Nisha hanya angguk. “Jom, gi makan. Time makan aku ceritakan.” Kata Jungkook. Nisha sekali lagi angguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience