Bab 12

Fanfiction - KPOP Series 1785

Ji Na berlari menuju ke arah Jungkook dan Jin Young. “Hai Jungkook!" Sapa Ji Na. Jungkook menoleh dan membalasnya dengan senyuman.
“Bukan kau kena tolong Nisha ke hari ni?" Tanya Jin Young dengan nada hairan. Hairan kenapa tiba tiba Ji Na dapat balik. Ji Na hanya tersenyum. Dia mengabaikan pertanyaan Jin Young. “Jom balik." Ajak Ji Na
Jungkook memandang Jin Young. Dia sebenarnya nak tau jugak jawapan daripada pertanyaan Jin Young tadi. “Kenapa ni? Tak sihat? Ke korang ada plan lain ni?" Tanya Ji Na sambil memandang mereka berdua.
“Bukan ke Kau ke-" Jungkook tak sempat nak habiskan kata kata dia, Ji Na dah memotong. “Korang ada plan lain kan ni? Nak gi mana? Makan?" Perubahan Ji Na sangat ketara. Jin Young tau apa yang Ji Na cuba buat. Jin Young pernah tengok situasi macam ni. Dalam drama lah. Hahahaha.
“Ermm... Aku nak balik je." Kata Jungkook. Ji Na mengeluh dengan kasar lalu memandang arah lain. Jin Young mula menyampah dengan perangai Ji Na. Tak kan dengan Jungkook pun nak manja? Bf orang kot woi!
Jin Young menarik tangan Jungkook untuk memberi isyarat ‘Jangan layan dia.' Jungkook memegang tangan Jin Young. “Tak pe. Kawan kita jugak." Bisik Jungkook. Jin Young mengeluh. “Jom lah kita gi makan." Ajak Jungkook. Ji Na memandang Jungkook dengan penuh gembira. “Jinjja?!" Ji Na terlompat lompat. Jin Young menjeling Ji Na. Manja tak bertempat.
“Jom." Ajak Jungkook sambil menarik tangan Jin Young. Ji Na berjalan disebelah kanan Jungkook. Semasa nak keluar dari gate sekolah, Ji Na pura pura terjatuh dan Jungkook menahan Ji Na daripada terjatuh.
“Gwaenchana?" Tanya Jungkook. Ji Na hanya angguk. “Auch!" Ji Na mengerang kesakitan. “Sakit sangat ke?" Tanya Jin Young lalu menghadap Ji Na. ‘Ish! Kau jangan sibuklah!' Bisik hati Ji Na. “Tak de lah. Masih boleh jalan ni." Kata Ji Na. Jungkook mengeluh. Dah tak de cara lain dah. Dia terpaksa angkat Ji Na. “Aku angkat kau lah." Kata Jungkook. Jin Young memandang Jungkook dengan hairan. “Biar aku angkat dia." Kata Jin Young.
Jin Young sebenarnya tak nak Nisha nampak semua ni. Takut pulak kalau Nisha cemburu. Ye lah, bf dia kot.

~*~*

Nisha baru je nak lelapkan matanya, telefonnya berbunyi tanda satu notifakasi masuk. Dia terus membuka telefonnya.
Ji Na menghantar satu gambar. Dia dengan Jungkook di sebuah kedai makan.
“Thanks Jungkook sebab temankan." Nisha membaca caption Ji Na.
Nisha menutup telefonnya lalu baling di sisinya. “Kawan baik kau tu Nisha. Jangan fikir negatif." Kata Nisha. Telefon Nisha berbunyi lagi. Kali ni Jin Young pula yang menelefonnya. Nisha menjawab panggilan tersebut.
Jin Young: Nisha, kenapa Ji Na balik awal tadi?
Nisha: Dia kata dia sakit perut. Aku suruhlah dia balik awal.
Jin Young: Owhh. Cam tu. Tapi........
.............
Nisha: Tapi apa?
Jin Young:............ Erm... Tak de papelah. Aku nak gi buat kerja sekolah ni. Esok kan kena hantar.
Nisha: Ye ke? Kerja apa weih?
Jin Young: Lain kali catat homework yang cikgu bagi. Ish kau ni.
Nisha: Sorrylah. Aku ni busy lah. Maklumlah, murid berdisiplin.
Mereka terus bersembang dan bergurau senda. Tanpa Nisha sedar, Jungkook dengar semua perbualan Jin Young dengan Nisha.
Kenapa Jungkook tiba tiba ada kat situ?
Ji Hyo ajak keluarga Jungkook untuk makan malam bersama. Ji Hyo tak bagitau Nisha sebab dia nak buat suprise. Tapi lain pulak jadi. Jungkook menggenggam tangannya. ‘Sabar Jungkook.' Kata dalam hati Jungkook sambil memejamkan matanya.
Tanpa Jungkook sedar, Ji Hyo memerhatinya dari jarak jauh. Ji Hyo tak tau apa yang berlaku. Tapi Ji Hyo tau Jungkook tengah marah. Jin pun perasan akan genggaman tangan adiknya.

~*~*

“Ji Hyo!" Jerit kawan baik Ji Hyo iaitu Chae Young. “Hurmm.. Sejak belajar kat luar negara ni, kau langsung tak vc aku ea." Kata Ji Hyo seolah olah merajuk.
Chae Young terlampau teruja jumpa Ji Hyo walaupun melalui vc. “Ala Ji Hyo~ Aku busy lah. Janganlag merajuk." Pujuk Chae Young. Ji Hyo mengeluh. Rindu dia pada Chae Young terubat sikit melalui vc. Dah dekat sebulan mereka tak vc. Sebulan macam setahun. “By the way, berapa tahun lagi kau belajar?" Tanya Ji Hyo. Chae Young membetulkan cermin matanya dan posisi duduknya.
“Pertengahan tahun ni weih! Tak sabar nak jumpa kau!" Teruja sangat Chae Young ni. Telefon pun bergegar sebab teruja. “Ha baguslah. Balik nanti terus cari jodoh ea." Guarau Ji Hyo sambil ketawa. Chae Young terus menjeling Ji Hyo. “Aku nak keja dululah. Hmmm.. Kau pulak? Bila habis belajar?" Tanya Chae Young pula. Ji Hyo berfikir.
“Tak lama lagilah kot. Tak tau pulak bila. Maybe after final exam." Jawab Ji Hyo. Chae Young angguk tanda faham. Kekadang dalam pelajaran ni kita tak tau bila nak habis.
“Erm.. Chae Young." Panggil Ji Hyo. Chae Young terus memandang Ji Hyo. Ji Hyo menarik nafas dulu.
_______________________
Acam mane? Best ke? :)
Teruskan bersama Nisha dan Jungkook okey. Borahae...XD Typo sila abaikan.. hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience