Bab 1

Fanfiction - KPOP Series 1785

Nisha duduk menghadap tingkap biliknya. Rasa rindu dia kepada seseorang tak kan pernah pudar malah semakin lama semakin bertambah. Kemana kah dia? Adakah dia dah lupa tentang janji yang telah dibuat? Kenapa dia hilang cam tu je?
Semua soalan tu tak dapat dijawab jika dia tak jumpa dengan seseorang yang dia rindu selama ni. Rasa menyesal bercampur marah sebab pindah Seoul dan meninggalkan orang yang dia sayang.
Nisha hanya berharap semua ni cuma mimpi.....

Setahun sebelum tu...

Nisha menaiki tangga sekolahnya dengan penuh gembira. Dia menuju ke tingkat paling atas bangunan sekolahnya. Dia ternampak sesusuk badan yang amat dikenalinya.
Dengan langkah yang perlahan, Nisha berjalan menuju ke arah orang tersebut. “Jungkook!" Jerit Nisha sambil menepuk bahu remaja lelaki yang bernama Jungkook.
Jungkook ketawa bahagia. “Tak terkejut pun." Kata Jungkook. “Huh!" Nisha memuncungkan bibirnya sambil duduk di sebelah Jungkook. “Cam mana kelas kau? Okey?" Tanya Jungkook. Nisha hanya angguk. Jungkook tersenyum melihat wanita yang bergelar teman wanita atau lebih dikatakan 'girlfriend'nya.
“Hmmm.. Jungkook." Panggil Nisha sambil menoleh ke arah Jungkook. Dan kini mereka bertentangan mata. “Hmmm." Balas Jungkook. Nisha menarik nafas lalu menghembusnya. “Aku kena pindah tau." Kata Nisha lalu tunduk memandang lantai. Perasaan yang gembira tadi terus bertukar jadi sedih. Sedih sebab mereka bakal terpisah.
Jungkook yang melihat Nisha di dalam kesedihan mengeluh. Seronok tengok dia gembira tadi. Sekarang ni tetiba berubah sedih. “Bila?" Tanya Jungkook. Dia terus memandang Nisha. “Dalam minggu ni kot." Jawab Nisha. Jungkook terkejut. “Awalnye. Kat mana pindah?"
“Seoul...." Jawab Nisha. Dia masih lagi memandang lantai. Jungkook mengusap kepala Nisha. “Kau tunggu aku ea. Aku akan pindah sana jumpa kau." Kata Jungkook. Nisha mengangkat mukanya untuk memandang Jungkook yang masih lagi mengusap kepalanya. Nisha hanya angguk.

3 hari kemudian...

“Jungkook! Cepat bersiap! Kang lambat nak jumpa gf kau tu!" Jerit abang Jungkook yang merupakan CEO kat sebuah syarikat. “Kejap!" Balas Jungkook.
Jungkook cepat cepat mengambil hadiah yang ingin diberi kepada Nisha. Dia terus berlari menuju ke ruang tamu rumahnya. “Dah siap. Jom." Ajak Jungkook tanpa memandang abangnya kerana fokus pada hadiah yang bakal menjadi milik buah hatinya.
Dalam perjalanan. Jungkook melayan perasaan dia. Perasaan sedih bercampur gembira. Sedih kerana mereka tidak dapat bersemuka. Gembira kerana dia bangga dapat beli hadiah yang diminati Nisha. Abangnya yang sedang memandu hanya mengeluh. Kesian tengok mereka yang akan terpisah.
“Jin hyung." Panggil Jungkook. Jin hanya membuat reaksi muka tanda sedia mendengar. “Bila Jungkook dapat pindah Seoul?" Tanya Jungkook. Jin menarik nafas. “Tunggu kerja hyung siap sepenuhnya hyung bawak satu keluarga sekali pindah." Jawab Jin sambil memandang Jungkook lalu fokus pada jalan raya. Jungkook tak sabar nak pindah kat Seoul.
Kalau boleh, dia nak pindah sekarang jugak dengan Nisha.
“Dah sampai." Kata Jin sambil membuka tali pinggang keledarnya. Jungkook yang dari tadi berangan terus kembali ke dunia nyata lalu memandang kiri kanan. Takut jugak abang dia bawa dia kat tempat lain.
Jungkook membuka tali pinggang keledar lalu keluar kereta sambil membawa hadiah yang ingin diberinya kepada Nisha. Dengan perasaan bercampur baur dia melangkah menuju ke rumah Nisha. Semua keluarga Nisha sedang mengemas barang untuk dibawa ke Seoul. Jin hanya mengikuti langkah adiknya.
Orang yang pertama perasan akan kehadiran Jungkook adalah Song Ji Hyo, kakak angkat Nisha. “Oh, Jungkook. Jap! Nuna panggilkan Nisha." Kata Ji hyo sambil melangkah menuju ke dalam rumah. Beberapa minit kemudian Nisha berlari keluar menuju ke arah Jungkook.
“Jungkook!" Nisha terus memeluk Jungkook. Jungkook membalas pelukan Nisha. Beberapa saat kemudian mereka melepaskan pelukan masing masing. “Nah." Jungkook menghulurkan kotak yang berwarna biru. Warna kegemaran Nisha.
“Bukak bila dah sampai Seoul nanti." Pesan Jungkook. Nisha hanya angguk. Matanya terus jadi pantai. “Lah. Janganlah nangis. Nanti pun aku pindah kat Seoul jugak." Kata Jungkook sambil mengelap air mata Nisha. “Jungkook, janji tau jangan cari lain. Jaga kesihatan jugak. Jangan lupa tu." Pesan Nisha. “Kau pun sama gak. Janji jangan cari lain, jaga kesihatan, always call tau. Ingat tu." Mereka tergelak sama sama.
Dari sudut lain, Ji Hyo dengan Jin memandang mereka. “Sweet en adik kita." Kata Ji Hyo. Jin tergelak. “Nape? Kau still single ea. Wuahahahaha!" Ejek Jin. Ji Hyo terus menjeling Jin. “Hello! Single tapi ramai orang nak k.“ Kata Ji Hyo.
“Ye lah tu." Jin tak berhenti mengejek Ji Hyo. “Cakap orang tapi dia sendiri single." Ji Hyo membalas dengan rasa geramnya. Jungkook dengan Nisha yang perasan akan pergaduhan abang dan kakak masing masing hanya mengeluh. Dari sekolah lagi suka bergaduh, tak hairan lah mereka ni dah memang dijodohkan.

Share this novel

marylina
2021-05-24 22:03:55 

not bad


NovelPlus Premium

The best ads free experience