Bab 15

Fanfiction - KPOP Series 1785

Ji Na masuk ke dalam wad yang disediakan khas untuk Nisha. Entah kenapa hatinya ketika itu rasa sakit. Sakit apabila melihat Nisha bersama Jungkook.
“Nisha~!” Kata Ji Na. Ji Na terus melompat atas katil Nisha dan menyerahkan sesuatu. “Nah, kau suka makan coklat kan kalau sakit? Aku belanja kau.” Kata Ji Na. Nisha tersenyum melihat kawannya itu lalu menyambut rezeki yang sudah disediakan di depan matanya. “Gumawo Ji Na. Saranghae.” Kata Nisha sambil menunjukkan mini love. Mereka berdua ketawa kecil melihat gelagat masing-masing.
“Ermm... Nisha.” Panggil Ji Na. Nisha memandang Ji Na tanda sedia mendengar. “Kau dengan Jungkook tu, memang suka sama suka ke?” Tanya Ji Na. Nisha yang mendengar soalanya terkejut.
“Tak pasti pulak. Mungkin aku tak suka dia time tu. Tapi lepas terima dia, lepas tengok dia ikhlas, aku dah mula suka. Lagipun kami kenal dah lama. Impossible rasa suka sikit pun tak de kan?” Jawab Nisha. Ji Na hanya menganggukkan kepalanya.
“Kenapa kau tanya?” Pertanyaan Nisha membuatkan Ji Na hilang seribu kata. Entah apa yang perlu dia jawab. Adakah dia perlu jujur, ataupun dia perlu menipu?
“Saje je tanya. Hahahahah.” Jawab Ji Na dengan kekoknya. Nisha hanya angguk lalu menikmati coklat yang diberi oleh Ji Na. Bahagia sungguh apabila menerima coklat yang menjadi kegemarannya daripada sahabat rapatnya sendiri.
Tapi, adakah kawan rapatnya itu menganggap dirinya sebagai kawan rapat juga?
‘Maafkan aku, Nisha. Kau tak kan faham perasaan aku. Jadi aku tak kan faham perasaan kau jugak.’ Bisik hati kecil Ji Na.

~*~*
Jungkook mundar-mandir di dalam biliknya. Dia memikirkan keadaan Nisha yang masih lagi di tahan di hospital. Mujurlah hanya wad biasa. Jadi Jungkook tidak berapa risau.
Dia melabuhkan punggungnya di atas katilnya yang empuk. Dia memejam matanya rapat-rapat.
Satu memori sedang terlintas di dalam fikirannya. Dia tidak pasti sama ada itu adalah memori ataupun imaginasi sahaja. Namun dia yakin semuanya itu adalah memori.
Tiba-tiba kepalanya seperti sedang berpusing. Terasa berbisa peningnya. Dia memaksa diri untuk mengingati peristiwa yang sering masuk ke dalam mimpinya. Dia bangun untuk mengambil ubat yang terletak di atas mejanya. Namun usahanya sia-sia apabila dia tidak lagi mampu kerana kesakitan mula menguasai dirinya. Dia jatuh pengsan tidak sedarkan diri.

~*~*
Jungkook POV>
Aku dapat mendengar setiap tutur kata Jin hyung dengan seseorang. Aku yakin orang tersebut adalah doktor peribadi ku.
Aku masih lagi menutup mataku. Terasa berat kelopak mata untuk dibuka. Masih terasa lagi kesakitan yang dialami oleh kepalaku. Badanku masih terasa lemah. Entah apa yang terjadi pada.
“Dia dalam proses penyembuhan. Jadi dia akan kerap pengsan. Selalunya benda ni semua terjadi sebab dia cuba memaksa dirinya untuk mengingati sesuatu. Jadi, jangan suruh dia berhenti makan ubat. Sebab ubat tu akan membantu dia dalam proses penyembuhan ni.” Kata doktor tersebut.
“Terima kasih doktor.” Kata abangku. Aku membuka mata setelah terdengar pintu bilikku ditutup. Di picit-picit kepala ku yang masih terasa peningnya. Susah untuk bangun kerana aku masih lagi rasa lemah.
Aku menutup mataku kembali. Aku mengambil keputusan untuk tidur sementara supaya rasa pening semakin berkurang.
Tiba-tiba pintu bilikku dibuka. Aku terdengar bunyi tapak kaki seseorang. Pipiku diusap lembut olehnya. Terasa kehangatan tangannya di pipi. “Jungkook, aku datang ni.......... ” Hatiku gembira selepas mendengar suara tersebut. Suara yang amat aku kenali.

----------------------------
Sorry lama tak update. Busy nak siapkan kerja sekolah. Hahaha....
Terima kasih di atas kesabaran anda semua. Saya amat menghargainya....
Saranghae, Borahae.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience