Bab 4

Fanfiction - KPOP Series 1785

“Dia terlibat dalam kemalangan sebab nak selamatkan perempuan tu." Kata Jin dengan nada kesal. Time tu jugak lah Nisha last berkomunikasi dengan Jungkook.
Sekarang Nisha dah tau perkara sebenar. Semua soalan dia selama ni dah terjawab. Nisha menahan air matanya. Dapat ke Jungkook ingat dia balik?

~*~*

Nisha mengambil bukunya di dalam loker.
“Maafkan oppa sebab rahsiakan semua ni. Oppa bukan nak Nisha terluka." Kata kata Jin terngiang ngiang di dalam kepala Nisha. Sejak tau semuanya Nisha semakin nak menjauhkan diri dari Jungkook.
Mungkin dia salahkan diri dia. Dia menutup lokernya dengan perasaan sedih. Dan dia dah fikir masak masak. Dia nak jauhkan diri dari Jungkook.
“Nisha!" Kejut Ji Na dari belakang. Nisha sedikit pun tak terkejut. Fikirannya masih melayang memikirkan masalah dia dan Jungkook. “Nisha!" Ji Na menepuk tangannya di hadapan mata Nisha.
Lamunan Nisha melayang entah ke mana. “Kau okey?" Tanya Ji Na dengan risau. Nisha hanya angguk. Ji Na mengeluh. Dia terlampau kenal kawannya itu.
“Jangan tipulah. Kau tak okey kan?" Ji Na seolah olah dapat membaca fikiran Nisha. Nisha memandang lantai. Dia menangis. Tangisannya itu disedari oleh kawannya itu.
“Nisha?! Kau okey tak ni?!" Ji Na panik. Tak tau nak buat apa. Dia hanya mampu mengusap belakang kawannya itu dan memeluknya. “Luahkan je apa yang kau nak luahkan kat aku. Aku ada." Kata Ji Na.

~*~*
Jungkook POV
Dari jauh aku ternampak Nisha dengan Ji Na berpelukan. Ji Na nampak macam tengah tenangkan Nisha. Kenapa dengan Nisha? Kenapa aku risau sangat pasal dia?
“Jungkook, jom." Ajak kawan aku. Aku hanya angguk. Aku masih tak tau apa hubungan aku dengan Nisha. Kenapa Nisha dengan hyung tak nak bagitau perkara sebenar.
Sepatutnya mereka tolong aku pulihkan ingatan aku. Bukan buat aku makin stress.
Sepanjang perjalanan menuju ke kelas aku hanya senyap. Aku masih blur. Macam mana aku nak dapatkan balik ingatan aku kalau tak de sorang pun tolong aku?
“Jungkook!" Panggil Taehyung. Aku menoleh ke arahnya. Aku dah sampai kat kelas rupanya. Kenapalah aku nak fikirkan masalah tu sekarang? Lebih baik aku fokus belajar dulu.
Beberapa minit kemudian Nisha dengab Ji Na masuk ke dalam kelas aku. Nisha memandang aku lalu menoleh ke tempat lain. Seolah olah dia tengah merajuk. Apa salah aku?

~*~*

“Saya akan bahagikan awak kepada beberapa kumpulan okey." Kata guru matapelajaran Bahasa Inggeris. Semua murid yang berada di situ hanya angguk.
Beberapa minit kemudian.....
“Song Nisha, Jeon Jungkook, Park Jin Young dan Kang Hye Won." Kata cikgu tersebut. “Oleh kerana Kang Hye Won tak datang dan Park Jin Young ada latihan bola keranjang, awak berdua bincang dulu ye."
Nisha terkejut. Cam mana nak jauhkan diri ni?
Cikgu tersebut keluar dari kelas kerana masanya sudah tamat. Dan sekarang waktu rehat. Nisha berkemas untuk pergi ke cafe.
Jungkook memegang pergelangan tangan Nisha. Nisha terkejut melihat tingkah laku Jungkook. “Bagi nombor fon kau. Senanglah aku nak call kau nanti." Kata Jungkook sambil tersenyum sehingga ternampak gigi arnabnya. Nisha mengeluarkan telefonnya lalu beri kepada Jungkook.
“Kau simpan nombor kau dalam fon aku. Nanti bagi balik fon aku. Password dia ******." Kata Nisha sambil tersenyum paksa dan berlalu pergi. Dia sebenarnya nak jauh dari Jungkook. Tapi dia terlupa pulak kawan dia Ji Na.
Ji Na dengan keadaan blur terus mengejar Nisha yang entah kenapa berubah perangai dia. Jungkook hanya memandang tingkah laku mereka dua. Tangannya masih lagi memegang telefon pintar milik Nisha.
“Dia tu tak takut ke kalau aku gi check fon dia ni?" Tanya Jungkook sendirian. Dia membuka telefon Nisha. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambar Nisha dengan dia sedang berseronok sambil memegang belon berbentuk love.
Jungkook terus memeriksa telefon pintar Nisha. “Dia sengaja ke bagi aku fon dia ni?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience