Bab 3

Fanfiction - KPOP Series 1785

“Sorry kalau aku kacau kau. Boleh aku tau apa nama kau?" Tanya Jungkook. Nisha diam seribu kata. Ji Na yang tengah jadi penonton hanya dapat tengok. Dah nama penonton, of course lah tugas dia tengok.
“Hello?" Jungkook memandang Nisha dengan hairan. Lamunan Nisha terus mati akibat tangan Jungkook. “Kenapa kau nak tau nama aku?" Tanya Nisha. Jungkook memandang Nisha dengan pelik. “Sebab aku tengok cara kau pandang tadi macam dah lama kenal aku. Aku pun ada dengar kau sebut nama aku. " Jawab Jungkook sambil mendekatkan mukanya ke arah Nisha.
“Ye, aku memang kenal kau." Kata Nisha. Dia menahan tangisan supaya tak nampak pelik and terlampau manja. Jungkook 65% terkejut.
“Dulu kita rapat. Masa tu kita sekolah sama sama kat Busan. Kau tak ingat ke?" Tanya Nisha. Jungkook memandang mejanya. “Kalau betullah apa kau cakap, buktikan." Kata Jungkook.
“Kenapa nak kena buktikan? Kau betul betul tak ingat aku ke?" Nisha hampir nak menangis. Mana tak, orang yang dia percaya and sayang tetiba jadi cam tu. “Aku... Aku tak taulah. Bila aku bangun je, aku ada kat hospital. Aku tak tau apa yang dah jadi." Jawab Jungkook dengan rasa serba salah. Nisha hanya mampu berdiam. Rasa serba salah sebab serang dia tadi.

~*~*

Nisha melihat kenangan lamanya bersama Jungkook. Betul ke apa yang Jungkook kata kat sekolah tadi?
“Nisha." Panggil Ji Hyo. Nisha menoleh ke arah Ji Hyo yang dah ada kat pintu bilik dia. “Jin oppa datang nak jumpa Nisha." Kata Ji Hyo. Nisha angguk lalu menyimpan semua kenangan dia dan Jungkook di dalam kotak yang berwarna biru.
Nisha melangkah keluar bilik dan menuju ke ruang tamu. Jin berdiri dan Nisha terus tunduk tanda hormat. Ji Hyo dan Nisha duduk berhadapan dengan Jin
“Oppa sebenarnya....." Kata kata Jin terhenti. Jin memandang Ji Hyo. Nisha hairan tengok mereka berdua. “Kenapa ni oppa? Oppa sebenarnya apa?" Tanya Nisha. Jin menarik nafas lalu memandang Nisha dengan wajah serius. “Oppa rasa sekaranglah waktu yang sesuai sebab Jungkook kata dia ada jumpa Nisha. Oppa nak bagitau, sebenarnya....... "

Setahun yang lalu......

Jungkook memandang pemandangan yang indah dengan perasaan sedih. Baru je tadi jumpa Nisha, dah rasa rindu.
“Jungkook, nanti kita pindah kat Seoul jugak, okey?" Kata Jin sambil fokus kat jalan raya. Hari ni jumpa Nisha, hari ni jugaklah Nisha pindah.
“Bila?" Tanya Jungkook dengan sayu. Sayu mengenangkan kisah mereka berdua kelak. “Dalam masa terdekat ni. Napelah nak sedih sangat. Tak macho lah." Perli Jin untuk menenangkan adiknya itu. Jungkook tersenyum. “Kalau Jungkook tak macho, nape Nisha pun suka Jungkook?" Jungkook macam biasa. Tak nak mengalah dengan abangnya itu.
Maka bermulalah sesi perli satu sama lain. Tak lah sepanjang perjalanan Jungkook ni asyik sedih je. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tetapi setiap perpisahan, akan ada pertemuan semula. Percayalah.

~*~*
Seminggu kemudian....

Jungkook berjalan menuju ke rumahnya yang tidak jauh dari sekolahnya. Selalunya dia berjalan dengan Nisha. Memandangkan Nisha dah pindah, Jungkook terpaksa berjalan ditemani angin.
Jungkook berhenti sekejap kat kedai makan untuk membeli makanan. Sementara tunggu makanan sampai, Jungkook memeriksa telefonnya. Mana tau Nisha ada chat ke en.
Yup! Memang ada.
Nisha: Annyeonghaseyo Jungkookie
Nisha: Cam mana sekolah sana? Okey?
Jungkook tersenyum melihat mesej Nisha. Rasa rindunya semakin bertambah. Huhuhuhu. Sweetnye.
Jungkook: Annyeonghaseyo chagia
Jungkook: Okey je. Best sangat!
Jungkook memang suka mengusik Nisha. Bagi dia, Nisha tu comel kalau merajuk. Cam bebudak.
Nisha: Hmmm. Dah okey lah ni ye.
Nisha: Tak pe lah, orang dah tak nak kita
Jungkook: Gurau je. Okey je sekolah sini. Tapi lagi okey kalau ada kau.
Nisha: Yela tu. ~_~
Jungkook: Yela. Kau tau tak? Semua kawan aku ejek aku ni single lagi. Padahal aku ada kau.
Nisha: Hahaha. Pandai gak diorang usik kau ea.
Mereka pun terus chat sampai makanan yang dipesan Jungkook sampai. Sesudah membuat bayaran, Jungkook terus bagi Nisha 'Bye' sticker dan berjalan menuju ke rumahnya.
Semasa dalam perjalanan, Jungkook ternampak ada seorang perempuan lari macam kena kejar hantu. Perempuan tersebut melintas jalan tanpa melihat kiri kanan. Kebetulan masa tu kereta lalu situ. Jungkook berlari dan cuba menyelamatkan perempuan tersebut. Malangnya dia........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience