Bab 5

Fanfiction - KPOP Series 1785

Nisha POV
Aku rasa macam ada benda yang tak kena je. Aku macam menyesal sebab sesuatu. Apa ea. Lantaklah!
“Weih, Nisha. Kau bagi fon kau cam tu je kat Jungkook?" Tanya Ji Na hairan. Aku hanya angguk. Jap! Ye la!
Kenapa lah aku bagi fon aku kat dia? Aku terus berlari masuk ke dalam kelas lalu merampas fon aku. Malangnya Jungkook dah tengok semua kenangan aku dengan dia. Menyesal bagi dia tadi. Adoi!
Jungkook memandang aku. “Sorry aku tak berniat nak....."
“It's okay." Kata ku. Aku terus menyimpan telefon dalam beg aku. “By the way kau dah save nombor kau dalam fon aku?" Tanya aku. Takut juga kalau dia dah mengembara dalam fon aku ni. Jungkook hanya angguk.
Tak pe lah kan. Dia cuma tengok gambar. Bukannya tau semua kan?
“Nisha, petang ni kita start." Kata Jungkook. Aku terkejut. Pahal cepat sangat?
“Aku nak cepat siap." Jawabnya seolah olah dapat membaca fikiran aku. Aku hanya mampu menganggukkan kepala. Aku pun nak cepat siapkan kerja aku sebab aku nak jauhkan diri dari dia.

~*~*

Nisha bersiap siap untuk menuju ke cafe book bersekatan rumahnya. Seperti yang dijanjikan Jungkook. Nasib baik Jin Young dapat join. Tak lah dia kekok nak layan Jungkook nanti. Even dia masih sayangkan dia.
Hye Won masih lagi tak sihat. Jadi dia tak dapat join. Tak pe lah kot. At least ada Jin Young yang temankan dia.
Nisha berjalan menuju ke ruang tamu rumahnya. Dia terkejut melihat Jin yang sedang duduk bersama kakaknya. Dengan senyuman manis Nisha berjalan menuju ke arah mereka.
“Unnie, oppa." Kata Nisha sambil tertunduk. Jin memandang Nisha sambil tersenyum. “Nak jumpa Jungkook ke?" Tanya Jin. Nisha hanya angguk. Jin memandang Ji Hyo. “Eloklah tu dik. Ni, Jin oppa nak Nisha tolong pulihkan ingatan Jungkook sebab korang ni lah yang banyak buat kenangan." Kata Ji Hyo.
Nisha terkejut. Entah berapa kali dia terkejut hari ni. “Nisha, oppa tau Nisha nak jauhkan diri dari Jungkook. Nisha ingatkan Nisha yang salah kan sebab tu oppa rahsiakan?" Kata Jin. Nisha melarikan pandangannya ke arah lain.
“Nisha, sorry. Semua ni salah oppa. Oppa tak patut rahsiakan." Kata Jin. Nisha salahkan diri sendiri sebab masa tu dia tengah chat Jungkook. Mungkin dia ingatkan Jungkook layan chat dia sambil berjalan.
Nisha nak larikan diri tapi dia bahagia sebab dapat jumpa Jungkook balik selepas setahun. Bila Nisha fikir balik, mungkin dia kena hadap semua ni.
“Okey. Nisha tolong pulihkan ingatan Jungkook. Nisha pergi dulu." Kata Nisha sambil mencium pipi kakaknya. Entah kenapa Nisha yang selama ni sedih dah gembira kembali.
Nisha hilang dari pandangan mereka. “Tak pe. Adik kau tu akan okey. Macam aku cakap. Aku tak kan pisahkan diorang sebab aku ni worldwide handsome." Kata Jin. Ji Hyo menjeling.
“Apa kena mengena diorang ngan handsome kau tu?" Ji Hyo menyampah tengok Jin. Tapi hakikatnya memang handsome pun. Wuahahaha.
“Eleh, cakap je kau terjatuh ngan wajah aku yang tampan ni." Kata Jin sambil mendekatkan mukanya dengan muka Ji Hyo. Ji Hyo menolak muka Jin. Senyap?
Ke Ji Hyo ni betul betul terfall in love ngan Jin? Ha, eloklah tu. Jin tersenyum 'smirk'.

~*~*

“Sorry lambat." Kata Nisha sambil duduk dengan tergesa gesa. Jin Young hanya tersenyum. Jungkook melihat Jin Young dengan perasaan cemburu.
Cemburu? Sejak bila dia cemburu ngan Jin Young ni? Mungkin Jungkook dah mula terbuka hati untuk Nisha. “Aku gi oder dulu. Korang nak apa apa tak?" Tanya Jin Young.
“Oder je lah apa apa untuk aku. Asalkan ada alas perut." Kata Nisha. Jin Young angguk. “Kau Jungkook?" Tanyanya sambil memandang Jungkook yang tengah berangan.
Jungkook secara automatik kembali kat dunia realiti. “Ah, sama macam Nisha." Kata Jungkook. Nisha tertanya tanya. Apa yang Jungkook fikirkan?
Jin Young pun pergi lah oder. Tinggal mereka dua. Sunyi~ sepi~
“Nisha." Panggil Jungkook untuk memecahkan kesunyian. Nisha menoleh ke arah Jungkook. Jungkook menarik nafas. “Apa hubungan aku ngan kau ea? Kenapa gambar dalam fon kau tu....." Jungkook tak dapat nak teruskan kata katanya.
“Kau dah tengoklah semua gambar dalam fon aku ye." Kata Nisha dengan nada sedih. Dah memang takdir kau tak leh lari dari dia Nisha.
“Aku..." Jungkook serba salah. Nisha memandang Jungkook dengan muka serius. “Aku akan tolong kau dapatkan semula ingatan kau." Kata Nisha. Jungkook terus memandang tepat ke arah anak mata Nisha. ‘Mungkin hubungan aku dengan dia lebih dari kawan.' Bisik hati Jungkook.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience