Bab 13

Fanfiction - KPOP Series 1785

Jungkook mendail nombor telefon Nisha. Tapi dia rasa ragu ragu untuk membuat panggilan. “Call ke tak?” tanya jungkook sambil mundar mandir di dalam biliknya. Dia terus membaling telefon pintarnya di meja. Dia merebahkan dirinya di atas tilam. “Jungkook!” Panggil Jin dari luar bilik.
Jungkook cepat cepat bangun dan berlari menuju ke pintu biliknya untuk dibuka. “Ye hyung…..” Sahut Jungkook setelah membuka pintu biliknya yang berwarna unggu.
“Nisha dah tunggu kat bawah tu. Siap cepat.” Arah Jin. Jungkook hairan. Kenapa Nisha datang? Nak buat projek sekolah lagi ke? “Hmmmm….. ye lah. Nanti Jungkook turun.” Jawab Jungkook. Jin hanya angguk lalu membuka langkah meninggalkan jungkook yang masih lagi diserang dengan seribu tanda tanya.
Jungkook mengambil masa 10 minit untuk bersiap. Selepas bersiap, dia terus turun menuju ke ruang tamu untuk berjumpa Nisha. Nisha dan Jin rancak bersembang. Tak tau apa yang rancak sangat sehingga ketawa Jin tu boleh menembusi dinding bilik jiran sebelah.

~*~*
Jungkook POV>
Langkah aku terhenti setelah melihat senyuman indah Nisha. Jantung aku berdegup dengan kencang. Agaknya orang Afrika boleh dengar sekali. Aku memegang jantung aku yang dah terlampau kuat bunyi. “Jungkook? Kenapa?” Tanya hyung sambil tersenyum senget. Perli lah tu!
“Jom.” Ajak Nisha. Aku blur. Dia nak bawa aku pergi mana ni? Jangan culik aku dah lah. “Pergi mana?” Tanya aku. Takut jugak kalau Nisha ni nak culik aku. Hahaha.
“Ikut je Nisha tu. Dia tu pompuanlah. Tak de nye nak culik kau.” Sekali lagi hyung perli aku. Aku hanya mampu menjeling hyung dengan jelingan tajam. Tapi cute. Hehe. “Okey lah. Bye hyung.” Aku terus menarik tangan Nisha sehingga ke luar rumah. “Jap, jap. Kau ni.” Nisha menggosok tangannya yang aku tarik tadi. Sakit sangat ke aku tarik? Rasanya, tak de lah kuat sangat aku tarik. “Kau nak bawak aku gi mana?” Tanya aku dengan dingin. Entah sejak bila aku boleh jadi sedingin kutub utara dan selatan. Untung kalau ada orang dekat ngan aku ni. Sejuk je rasa. Kebetulan sekarang musim panasa en.
“Aku nak bawa kau gi Busan.” Jawab Nisha dengan sengajanya. Muka aku terus tunjuk reaksi terkejut. Jangan macam macam weih, aku tak susun pakaian aku lagi. Kau ingat Seoul dekat ke dengan busan? Tak okey. Lagipun aku belum lagi kemas almari pakaian aku. Huhuhu.
Nisha ketawa selepas melihat reaksi terkejut aku yang agak…………. Comel. Hahaha. “Ala kau ni. Tak kan lah aku nak bawak kau gi Busan.” Nisha terus berjalan tanpa menjawab soalan KBAT yang akan membawa anda semua ke arah kejayaan. Memperoleh 100 markah dengan hanyaa menjawab soalan KBAT tadi. Malangnya, hanya Nisha sahaja yang tahu jawapannya. Huhuhuhu.
30 minit perjalanan akhirnya kami sampai kat destinasi yang Nisha sorang je tau. “Dah sampai.” Kata Nisha sambil memandang sekeliling dengan tenang. Aku kat sini tengah cari oksigen segar, dia boleh lak tenang? Tak penat ke? Hebat gak tenaga dia ni?
Aku terus memandang sekeliling. Apa yang best sangat pasal tempat ni? Sama je macam taman bunga yang ada kat Busan sana. Bezanya, kat sini lebih luas berbanding sana. “Kenapa ngan tempat ni?” Tanya aku dengan penuh hairan. “Kau ni. Cantik kot tempat ni. Tak kan tak teruja.” Nisha seolah olah menyesal dengan reaksi aku. Haih! Serius aku tak tau apa yang best sangat pasal tempat ni. “Ermm…. Sebenarnya kau nak tolong kau cari ingatan kau balik.” Kata Nisha dengan nada sedih. Awww,sweetnye.
Baik jugak niat kau Nisha. Sebab tu lah Jin young dengan ji Na rapat dengan kau. “Aku harap kau tak pengsanlah. Cukuplah kau hanya menyusahkan aku bawa kau gi sini sebab nak ingatkan kau balik.” kata Nisha dengan nada serius. Aku terkejut. Entah kali keberapa. “Kalau cam tu aku baliklah.” Kata aku. Ingat pompuan je ke boleh merajuk hah? Laki pun bolehlah.
Nisha terus pegang tangan aku. “Ala, aku gurau je lah. Cepat sangat merajuk.” Kata Nisha sambil ketawa kecik. Aku masih lagi merajuk. “Dah lah tu. Jangan buat muka baby tu. Kat sini banyak pompuan. Kang tersangkut satu, ada yang merana.” Kata Nisha lalu melangkah. ‘Merana?’ Aku masih tak faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience