Bab 2

Family Completed 11132

Zhariff mengucup lembut ubung kepala anaknya. Wajah anaknya yang sedang nyenyak direnung lama. Wajah Raykal seiras dengan isterinya. Hatinya betul-betul rindukan isterinya. Rindu yang teramat sangat. Rindu yang sudah lama dipendamkan demi kebahagiaan isterinya yang tersayang. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan isterinya bahagia walaupun dirinya yang perlu menanggung derita.

Tetapi, Zhariff kasihankan Raykal. Anaknya itu tidak pernah melihat ibunya, apatah lagi untuk mendapatkan kasih sayang. Sejak lahir lagi Raykal dihalang daripada berjumpa dengan isterinya. Peristiwa lima tahun lalu masih lagi segar dalam ingatannya.

**********

"Assalamualaikum...mak! Mak!" Zhariff mengetuk daun pintu berkali-kali. Pintu dibuka dari dalam.

"Riff! Riff ke ni? Riff pergi mana? Mak rindukan Riff..." Puan Fatimah terus memeluk Zhariff. Air matanya sudah berjujuran keluar. Rindunya pada Zhariff hanya Allah sahaja yang tahu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi bayi di pangkuan Zhariff menangis. Mungkin tidurnya terganggu dengan pelukan Puan Fatimah itu tadi. Puan Fatimah kaget. Mulutnya yang sedikit terbuka ditekup menggunakan tangan.

"Anak Riff, mak...Riff dah kahwin dengan Raisyah. Maafkan Riff sebab membelakangkan mak." Esakan Zhariff mula kedengaran.

"Ya Allah, Riff! Kenapa Riff buat macam ni?? Bagaimana dengan Datuk Zainal?"

"Datuk dan Datin dah tahu semuanya..." Zhariff menundukkan wajahnya. Esakannya sudah hilang. Namun air mata masih tidak berhenti bercucuran di pipi.

"Riff seorang? Mana Raisyah?" Puan Fatimah pelik. Namun rasa terkejutnya dengan pengakuan Zhariff masih lagi belum hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience