Bab 10

Family Completed 11132

"Assalamualaikum...Zhariff...mak..." Raisyah cuba mengetuk pintu banglo sederhana besar itu setelah salamnya tidak berjawab. Tiba-tiba jiran di sebelah rumah Zhariff keluar.

"Cari siap Cik?" Tanya wanita lewat 50an tersebut.

"Saya cari Zhariff. Dia tak ada ke?" Raisyah mendekati wanita tersebut dan menyalaminya.

"Ohh...Zhariff dah dua minggu masuk hospital. Sakit teruk rasanya. Sebelum ni pun makcik ada nampak ambulans datang ambil dia." Jelas wanita yang dikenali sebagai Mak Nab itu.

"Allahh...iya ke makcik? Zhariff sakit apa?" Soal Raisyah lagi dengan nada kerisauan. Mak Nab hanya menggeleng tidak tahu.

**********

"Assalamualaikum..."

Raisyah memberi salam perlahan setelah kakinya melangkah masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Zhariff. Terkejut Puan Fatimah dengan kehadiran Raisyah yang tidak diduganya.

"Raisyah..." Panggil Puan Fatimah sebak. Raisyah terus menerpa Puan Fatimah dan memeluknya erat. Kelihatan seorang anak kecil berumur 5 tahun berada di samping Puan Fatimah.

"Ini Raykal...anak Syah." Puan Fatimah memberitahu apabila melihat reaksi Raisyah yang memandang lama ke arah Raykal. Raykal terus menyalami tangan Raisyah. Berkaca-kaca matanya menahan tangis. Tubuh Raykal terus dirangkulnya kemas. Teresak-esak dia di situ. Betapa rindunya dia kepada Raykal dan Zhariff.

"Zhariff kenapa, mak?" Raisyah bertanya. Rangkulan tubuh kecil itu dilepaskan. Matanya memandang tubuh Zhariff yang sedang terbaring tidur setelah doktor memberikan ubat tadi. Mungkin kesan daripada ubat itu membuatkan Zhariff tertidur.

"Zhariff sakit, Syah. Dah dua tahun dia menghidap tumor otak. Sekarang sakit dia dah merebak. Itu yang sampai kena tahan masuk hospital." Menangis Puan Fatimah menceritakan penyakit Zhariff.

"Ya Allah, abang...Syah minta maaf sebab lambat datang. Syah minta maaf sebab tak ingat abang. Kenapa abang tanggung derita ini seorang? Kenapa tak datang jumpa Syah, abang..." Kuat esakan Raisyah. Tangannya menggenggam erat tangan Zhariff. Dipeluknya Zhariff yang sedang lena. Tiba-tiba mata Zhariff terbuka sedikit.

"Raisyah..." Zhariff bersuara lemah. Bibirnya cuba mengukir senyum. Terubat rindunya kepada Raisyah selama ini. Raishah mencapai tangan Zhariff untuk menyalaminya. Lama Raisyah menciumnya. Betapa dia tersangat rindu kepada suami dan anaknya. Rindunya kepada Zhariff dan Raykal. Rindu yang sudah lama tertangguh. Zhariff hanya mengusap kepala Raisyah yang dilitupi tudung itu.

"Abang...ampunkan Syah! Syah sayangkan abang. Abang cepatlah sembuh ya." Raisyah bersuara serak. Masih bersisa tangisan.

"Iya sayang. Abang sentiasa ampunkan Syah. Lagipun Syah tak ada salah apa pun dengan abang. Abang yang salah sebab tak dapat nak bahagiakan Syah. Abang minta maaf, sayang. Abang pun sayangkan Syah." Zhariff bersuara perlahan. Tubuhnya terasa semakin lemah. Namun, dalam hati Zhariff tetap bersyukur kerana masih sempat dipertemukan dengan Raisyah.

Zhariff tersenyum. Senyuman semanis mungkin yang diberikan kepada Raisyah dicuba sedaya upayanya. Tangannya membelai wajah Raisyah. Air mata disapunya perlahan.

Puan Fatimah yang melihatnya sudah teresak. Dia memeluk Raykal apabila perasan yang anak kecil itu turut merasa sedih melihat ayah dan ibunya.

"

**********

"Mak! Kenapa dengan Zhariff? Apa dah jadi??" Raisyah terus menerpa Puan Fatimah.

"Syah...sabar! Tunggu doktor keluar dulu..." Datin Rohana cuba menenangkan Raisyah. Setelah mendapat berita Zhariff tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke ICU, Datin Rohana dan Datuk Zainal terus bergegas membuntuti Raisyah.

Datuk Zainal sudah banyak berubah apabila syarikat yang disanjungnya selama ini telah lingkup akibat ditipu oleh orang kepercayaannya sendiri. Malah, harta yang diagungkan selamat ini juga sudah habis digunakan untuk membayar hutang kerugian syarikat. Kini tiada lagi darjat yang dimuliakan selama ini. Datuk Zainal malu. Malu dengan keluarga Zhariff. Tujuan dia datang ini pun adalah untuk meminta maaf akan segala kesalahan dan kekejaman yang dilakukannya selama ini kepada Zhariff.

Tiba-tiba pintu bilik kecemasan terbuka. Kelihatan seorang doktor berpakaian biru keluar. Mask yang dipakainya ditarik ke bawah dagu.

"Maaf...siapa saudara En. Zhariff?"

"Saya isterinya, doktor!" Raisyah cepat-cepat menjawab.

"Iya Puan...suami Puan sekarang dalam keadaan kritikal. Tumornya sudah membesar. Kami cuba untuk membuangnya tetapi terlalu berisiko. Mungkin peluang untuknya hidup agak tipis. Harap Puan bersabar. Banyakkan berdoa." Doktor tersebut berlalu pergi setelah penjelasan diberikan.

Melurut Raisyah jatuh terduduk. Puan Rohana segera memeluk Raisyah. Puan Fatimah hanya mempu menangis sahaja. Tangannya erat memeluk Raykal di sisi. Datuk Zainal meraup mukanya berkali-kali. Rasa berdosanya terhadap Zhariff semakin menebal.

"Abang...kenapa abang macam ni? Bangunlah abang. Syah nak bawak abang balik. Abang tak sayangkan Syah ke?" Tidak henti-henti Raisyah menangis. Tubuh Zhariff peluknya. Zhariff membuka mata sedikit.

"Syah...panggil mak, papa, mama dan Raykal..." Zhariff bersuara tersekat-sekat. Kelihatan susah untuk dia bersuara dengan memakai topeng oksigen itu.

Setelah semua masuk memenuhi bilik ICU dengan kebenaran doktor, Zhariff mula bersuara.

"Mak...ampunkan Riff. Halalkan makan minum Riff, mak. Maafkan Riff buat mak sedih." Puan Fatimah menggenggam tangan Zhariff. Berlinang air matanya. Wajahnya dianggukkan.

"Iyaa...mak selalu ampunkan Riff. Mak tak pernah simpan dalam hati." Puan Fatimah pula bersuara.

"Mama...papa, Riff minta maaf sebab banyak menyusahkan dan buat mama dan papa sakit hati dengan Riff. Riff minta ampun..." Datuk Zainal dan Datin Rohana mengangguk laju.

" Zhariff...kamu tak ada salah apa pun dengan kami. Hanya papa saja yang berdosa dengan Riff. Riff ampunkan papa ya, Riff." Datuk Zainal bersuara.

"Sebenarnya...kemalangan yang berlaku lima tahun dulu itu papa lah yang rancang. Papa upah orang supaya langgar Riff tapi Raisyah yang kena. Papa tak tahu kenapa papa boleh bertindak sekejam itu. Yang papa tahu, papa benci sangat kat Riff sebab kahwin dengan Raisyah. Papa tak boleh terima. Bila Syah yang kena dan bukannya Riff, papa rasa bersalah sangat. Papa tak dapat maafkan diri papa."

"Disebabkan itulah papa cuba letakkan semua kesalahan itu kepada Riff. Papa cuba nak sedapkan hati papa dengan buat Riff rasa terseksa. Papa tahu papa zalim dan papa tak patut dimaafkan." Menangis Datuk Zainal di hadapan Zhariff. Tangan Zhariff dipegang kemas.

Laju sahaja air mata Zhariff menitis. Habis lencun bantalnya. Zhariff memandang Datuk Zainal. Dia mengangguk tanda memaafkan. Tangisan Datuk Zainal semakin kuat. Tidak sangka Zhariff yang telah dizaliminya selama ini berhati mulia dengan mamaafkan segala dosa-dosanya. Dia betul-betul insaf.

Semua yang mendengar terpana dengan pengakuan Datuk Zainal itu. Raisyah menggeleng-geleng kepalanya. Dia tidak sangka yang papanya boleh bertindak sekejam itu. Tiba-tiba nafas Zhariff tersekat-sekat. Turun naik dadanya cuba bernafas. Mesin disebelah katilnya juga berbunyi laju. Datuk Zainal pantas mendekatkan dirinya kepada Zhariff. Bibirnya didekatkan ke telinga Zhariff. Datuk Zainal cuba mengajar Zhariff mengucap. Bibir Zhariff bergerak-gerak mengikuti kalimah tersebut.

Mesin talian hayat ber'bip' panjang. Doktor berlari masuk. Namun, tubuh Zhariff sudah kaku. Matanya tertutup rapat bersama linangan air mata. Doktor yang masuk tadi menggeleng-geleng setelah memeriksa nadi dan mata Zhariff.

"Abanngggg!!!" Mengongoi Raisyah menangis di sisi Zhariff. Begitu cepat Zhariff pergi meninggalkannya dan Raykal. Dia tidak sempat lagi membahagiakan Zhariff. Kuat esakan Raisyah sehingga suaranya sudah hilang. Datin Rohana terus membawa Raisyah ke dalam pelukannya. Wajahnya juga sudah basah dengan air mata.

Tiada lagi rindu yang tertangguh. Yang ada kini hanya rindu yang tidak berpenghujung. Rindu kepada yang sudah tiada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience