Bab 1

Family Completed 11132

Raisyah menggosok-gosok dadanya. Air mata sudah mengalir laju di pipi. Kerap kali dadanya terasa sakit. Sakit yang tidak tahu di mana puncanya. Sakit seperti merindukan sesuatu. Merindukan seseorang! Seseorang yang Raisyah tidak tahu siapa. Puas diperah segala memori di dalam otaknya, namun, tetap juga tidak ingat. Hatinya sakit merindu. Jiwanya kosong seperti ada sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya hilang. Sudah lima tahun hidupnya hambar.

Gulp! Gulp!

Air mineral di sisi katil diteguk Raisyah sebelum dua biji pil ditelannya. Pil yang diberikan oleh doktor pakar psikitri kepadanya. Pil itulah yang menjadi penenang buat dirinya sejak lima tahun lalu. Pil yang akan ditelan saat hati dan jiwanya terasa sakit secara tiba-tiba.

"Syah...are you okay?" Datin Rohana bertanya risau. Kakinya melangkah masuk ke bilik Raisyah setelah beberapa minit di muka pintu bilik.

"Hurmmm...okay saja ma." Raisyah cuba memberikan senyuman tetapi hambar.

Datin Rohana hanya mengeluh. Tak sanggup dia melihat jiwa anaknya yang terseksa. Namun apakan daya, itu sahajalah cara untuk dia dan suaminya, Datuk Zainal untuk membahagiakan Raisyah.

Raisyah membaringkan dirinya di atas katil. Selimut ditarik paras pinggang. Matanya dipejamkan rapat untuk tidur. Raisyah berharap dengan cara ini jiwanya akan tenang.

Datin Rohana hanya mengelus lembut anak rambut Raisyah. Dia bangun perlahan untuk keluar dari bilik itu. Dia ingin memberikan ruang untuk anaknya rehat.

********

"Abang...saya dah tak sanggup nak tengok Raisyah tu menderita. Dia tak tahu apa-apa. Semua ini salah kita, bang..." Datin Rohana menyeka air mata yang hampir menitis. Hati ibunya terseksa melihat keadaan Raisyah. Datuk Zainal hanya mendengus.

"Habis tu awak nak saya buat apa, Ana? Nak suruh saya cerita hal sebenar kat Raisyah tu? Jangan harap!" Datuk Zainal mambalas. Mendatar sahaja suaranya.

Walau apa pun yang akan terjadi, dia tidak akan membocorkan rahsia itu. Rahsia yang disimpan sejak lima tahun lalu. Dia tidak mahu Raisyah lari dan memilih lelaki tak guna itu seperti lima tahun dulu. Dia tidak mahu keluarganya malu dengan menerima lelaki miskin dan tidak setaraf. Hati Datuk Zainal nekad.

Datuk Zainal berlalu ke bilik bacaan. Dia ingin menenangkan fikirannya. Datin Rohana hanya melihat sahaja perlakuan suaminya. Hatinya sebak. Jauh di sudut hatinya berdoa agar hati Datuk Zainal berubah. Dia tidak mampu melembutkan hati suaminya yng keras itu kecuali dengan pertolongan Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience