BAB 6

Fantasy Completed 6074

Hari ini telah genap seminggu Mingsarianur menjalankan penyiasatan. Tidak ada sebarang petanda untuk jejak yang dicari. Saat ini letih mula menguasai, dia menghampiri paya yang kelihatan. Gadis itu melepaskan lelah sambil bersandar pada sebatang pokok. Fikirannya ditumpukan seketika akan keadaan bapanya yang terlantar di hospital. Gadis itu amat merindui kelibat bapanya itu. Dia berasa sedikit kehilangan ketika ini.

Saat demi saat berlalu barulah dia menangkap keganjilan suasana di situ. Sepasang mata gadis Mingsarianur memerhati penuh minat situasi ganjildi situ. Untuk beberapa ketika dia kekal sebegitu. Hati hawanya berasa begitu kagum. Dia tidak terfikir akan wujudnya mahluk seperti Rusiar. Dan yang lebih mengejutkan, bagaimana dia dipertontonkan akan keakraban manusia lumpur itu dengan alam. Menerbitkan rasa kagum luar biasa di minda manusia normal Mingsarianur, membuatkan dia terlupa akan tujuan utamanya. Dan keadaan itu berlarutan untuk beberapa ketika.

Tubuh manusia lumpur itu kembali perlahan-lahan kembali tenggelam ke dasar paya. Rusiar menyelam menuju lubuk tempat tinggalnya. Dia mahu menyambung rehatnya.Dia mahu mensabotaj kembali projek pembalakan terbabit. Tetapi sebelum itu, dia harus mengambil kembali pokok istimewa yang telah diambil Mingsarianur. Kali ini dia akan memastikan pokok istimewa yang mengandungi nyawanya itu akan ditanam di kedudukan paling terpencil hutan.

Sedikit torehan dilakukan dengan begitu berhati-hati oleh Mingsarianur terhadap batang pokok aneh yang di temui. Matanya tidak sekalipun berkerdip. Segala penumpuan diberi sebaik mungkin. Gadis itu mahu memanfaatkan sebaik mungkin data yang baru diperolehi dari batang pokok aneh itu. Tidak ada sesiapa pun yang menemaninya ketika itu. Para pekerjanya sibuk membaik- pulih jentera dan kawasan itu bagi projek pembalakan yang akan disambung kelak.

Rusiar berteriak sekuat mungkin. Ombak-ombak besar dan kecil terhasil di permukaan paya akibat kekuatan jeritannya itu. Manusia lumpur itu mengalami luka dengan tiba-tiba. Dia amat pasti luka itu datangnya akibat kesan torehan mata pisau ujikaji Mingsarianur terhadap pokok aneh itu. Urat-urat merah mula menjalar membentuk jaluran pada bebola putih mata Rusiar menandakan kesakitan yang amat sangat. Ini bermakna, segala rancangannya mahu mengambil semula pokok aneh itu tidak akan berhasil dalam waktu terdekat ini. Dia hanya mampu terus menahan marah. Lubuk itu terus hingar-bingar dengan jeritan manusia lumpur itu.

Dia harus berehat beberapa waktu lagi bagi memulihkan luka dan sambil berharap Mingsarianur tidak menyambung ujikaji dan melakukan torehan baru pada batang pokok istimewa terbabit. Selagi luka itu tidak sembuh, dia tidak akan mampu meninggalkan paya itu, segala khasiat yang diperlukan manusia lumpur terdapat di situ. Meninggalkan paya itu dalam keadaan begini bermakna Rusiar hanya menambah parah pada luka yang ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience