BAB 9

Fantasy Completed 6074

Rusiar kembali tenggelam perlahan. Dan gadis itu hanya memerhati situasi itu. Kakinya perlahan melangkah pulang. Mungkin esok dia akan datang kembali ke paya ini, ada sesuatu yang menarik minatnya akan keadaan aneh itu. Bukan rasa takut yang di hadiahkan, tetapi lebih keadaan perasaan yang sukar di fahami. Mingsarianur tersenyum pelik. Pasti dengan kata-kata hatinya. Tapak projek tidak dirasakn begitu jauh lagi di saat ini.

Petang itu seperti biasa manusia lumpur itu mula menampakkan susuk tubuhnya kepada seisi alam. Tiada nada ketakutan dari persekitaran kerana alam di situ sudah terlalu biasa dengan keganjilan dimiliki manusia lumpur itu. Ianya turut dikongsi bersama pemilik sepasang mata yang memerhati dengan penuh minat.

“Kamu tentu ingat pada saya.”

Mingsarianur bertutur lembut, memulakan bicara.

Rusiar berpaling dengan sepantas kilat. Tidak ada ayat yang keluar. Cuma memerhati tajam perilaku gadis itu yang berani datang lagi ke paya ini. Setahunya, tidak ada manusia yang berani menjejakkan lagi kaki di paya ini setelah terserempak atau dihalau olehnya.

“Yaa…aku masih ingat, kamulah pemilik jentera-jentera yang memusnahkan hutan ini.”

Garau seperti guruh saja nada itu membalas. Ternyata, kehadiran gadis itu tidak disenangi Rusiar.

“Kamu tahu siapa saya?’

Kening gadis itu sedikit terangkat, agak kehairanan. Identitinya tidak perlu lagi diceritakan.

“Apa yang kamu cari di paya ini? Segalanya habis jentera-jentera kamu musnahkan.”

“Maaf, saya tak faham maksud kamu…”

Mendatar saja.

“Pulanglah, aku tidak mahu jadi mangsa kamu.”

“Tak baik buruk sangka, saya tak berniat buruk pada kamu.”

“Apa yang kamu mahukan datang ke sini?”

“Saya cuma kagum dengan kewujudan mahluk seperti kamu, ini yang mendorong saya ke mari…”

Gadis itu berterus terang.

“Kamu tahu sesuatu? Aku juga manusia seperti kamu…cuma aku dijadikan tuhan sebagai spesies manusia berkulit lumpur.”

“Oohh….bagaimana…”

Gadis itu semakin berminat mengajukan pelbagai persoalan. Dan Rusiar leka melayani permintaan manusia biasa itu. Ini bukanlah kebiasaan manusia lumpur itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience