BAB 10

Fantasy Completed 6074

Beberapa hari kemudian, Mingsarianur semakin kerap mengunjungi paya itu. Tidak ada lagi perasaan takut kepada pemilik paya itu. Gadis itu mula senang mengenali manusia lumpur itu. Berkongsi cerita, bertukar nada.

“Kamu tahu sesuatu Mingsarianur?”

“Aku adalah spesies manusia lumpur terakhir di dunia ini. Selepas aku, tidak ada lagi yang akan mempertahankan keharmonian hutan ini”.

“Rusiar…aku tak bermaksud merosakkan suasana harmoni di sini….”

Mata gadis mula meredup, melambangkan keresahan hatinya pabila ditujukan kenyataan sedemikian.

“Jika kamu tak bermaksud seperti itu, kamu harus menghentikan segera kerja-kerja memusnahkan pokok-pokok balak di sini.”

Rusiar bersuara agak keras.

“Aku di sini kerana aku tak punya pilihan. Syarikat ini harus aku warisi dari bapaku. Aku tak punya adik beradik yang lain. Seperti kamu, aku tak punya sesiapa lagi di dunia ini. Aku kematian ibu sejak kecil, hanya bapaku yang aku ada. Dan sekarang bapaku terlantar di hospital, tenat kerana sakit yang dideritainya. Apakah aku…sebagai anak, harus membiarkan syarikat hasil penat lelah bapaku ini tidak berpengerusi?”

Gadis itu mula mengalirkan air mata.

Manusia lumpur itu idak segera menjawab, hatinya berasa kasihan. Kerana kekerasan soalannya tadi…secara tidak langsung ianya menyentuh perasaan sensitif gadis itu. Sebenarnya, dia dan Mingsarianur di ikat oleh tanggungjawab yang sama.Diikat hakikat harus mempertahankan keharmonian hutan dan diikat tanggungjawab menguruskan perjalanan syarikat peninggalan keluarga.

Sebelum sempat Rusiar bersuara, gadis itu telah pun meninggalkan paya itu. Tenggelam kerana kesedihan. Rusiar berasa serba salah. Sekarang, dia tidak tahu bagaimana mahu menjernihkan keadaan.

Dia mendongak ke langit, ternyata langit tidak mahu membantu, ia menunjukkan simbol-simbol kesedihan, awan yang gelap, angin yang sejuk dan bertiup kuat, menandakan hujan akan membasahi sebentar lagi. Dia pasti, dia akan dibasahi air hujan bila-bila masa namun terasa basah lagi hatinya ketika ini. Manusia lumpur itu masuh tidak berganjak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience