BAB 4

Fantasy Completed 6074

Mingsarianur sebenarnya adalah seorang yang amat meminati alam semulajadi, tetapi dia terpaksa memikul tanggungjawab menguruskan syarikat yang diwarisinya. Dia tidak ada pilihan, bapanya sedang sakit tenat. Tidak ada calon lain yang boleh mengambil tanggungjawab itu. Mingsarianur terus hanyut dalam leka, menghayati sifat-sifat semulajadi hutan besar itu. Bekas minuman di buka, air berkarbonat itu di sedut, Mingsarianur, terasa kembali segar. Dia menyambung langkah.

Ombak-ombak kecil berbentuk bulatan tiba-tiba terbentuk di tengah-tengah paya itu. Jika dilihat dari mata kasar manusia normal, seakan tunggul batang pokok yang mula timbul di situ. Semakin lama semakin tinggi objek itu timbul di tengah-tengah paya itu. Sebenarnya ia adalah anggota tubuh Rusiar.

Walaupun berkulit lumpur, Rusiar tetap berdarah merah, bermata seperti manusia normal. Cuma cara pemakannya adalah seperti ikan. Dia hidup dengan hanya memakan plankton-plankton air tawar. Dia adalah yang terakhir daripada spesies manusia lumpur yang masih bernyawa. Keturunannya kesemuanya telah kembali kepada sang pencipta. Dan dialah yang tinggal untuk dipertanggungjawabkan memelihara hutan itu. Sebab itulah dia tidak teragak-agak melakukan perbuatan sabotaj tempoh hari. Tidak ada terasa penyesalan di hatinya.

Daun-daundi dahan-dahan gergasi hutan tidak lagi galak menari, angin sejuk mula bertiup lembut menandakan ketika hari sudah semakin gelap. Mingsarianur mempercepatkan hayunan langkahnya. Dia harus keluar dari kawasan hutan tebal itu dan kembali ke tapak projek pembalakan sebelum hari semakin gelap. Langkah kakinya tiba-tiba mati, Mingsarianur kehairanan. Sudah dua kali dia berjalan di tempat yang sama.

Hatinya mula menimbang kebimbangan, fikirannya mula menerjah seribu kerisauan. Matanya meliar memerhati keadaan sekeliling, tidak ada satu pun tanda arah yang ditandainya sepanjang perjalanan tadi. Hari semakin beransur gelap. Lampu suluh besar bewarna merah itu dinyalakan. Mingsarianur meneruskan usahanya untuk keluar dari keadaan itu. Pengcahayaan lampu suluh itu tidak banyak membantu kerana hayat bateri yang sudah agak lama digunakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience