BAB 3

Fantasy Completed 6074

Kos gantirugi yang perlu ditanggung oleh pihak syarikat adalah terlalu tinggi. Ini merupakan sesuatu yang mencabar kewibawaannya dalam meneruskan perniagaan warisan ayahnya. Kemarahan bercampur keinginan ingin tahu telah membantu kepalanya mencapai satu keputusan. Dia harus menyiasat sendiri akan punca sabotaj tapak projek itu. Tiada erti takut muncul ketika ini. Dia akan memulakan siasatan berseorangan. Tidak mahu mengambil risiko nyawa para pekerja.

Cecair pekat kemerahan mengalir laju dari rongga pernafasan manusia lumpur itu. Rusiar membayar dengan harga yang amat mahal setelah melakukan sabotaj terhadap projek pembalakan terbabit. Dia kehilangan tenaga, dia juga terlalu banyak menggunakan kekuatan semulajadinya ketika menahan batang balak dari mengenai Mingsarianur.

Akibatnya, Rusiar memerlukan keajaiban dari air paya yang telah menjadi tempat tinggalnya sejak sekian lama. Langkahnya semakin perlahan ketika kedua kakinya mula menyentuh gigi air paya itu. Perlahan-lahan seluruh anggota badannya tenggelam ke dasar paya. Dia akan berkeadaan sedemikian untuk beberapa ketika sehingga tenaganya kembali pulih.

Pagi ini Mingsarianur telahpun memulakan langkah siasatan. Gadis itu perlu mengambil masa berhari-hari untuk menjejaki tanda-tanda yang berkemungkinan menjadi kunci kepada perbuatan sabotaj projek pembalakan milik syarikat bapanya. Gadis itu memeriksa sekali lagi segala peralatan yang dibawanya. Beg sandang berjenama itu penuh dengan segala peralatan yang diperlukan ketika di dalam hutan.

Mingsarianur begitu berhati-hati dari aspek itu, dia tidak mahu mendapat kesusahan nanti. Bapanya yang telah mengajar segala serbi ilmu hidup di hutan. Kadang-kala apabila dilihat daripada mata kasar seorang lelaki, sifat berani yang ada pada gadis itu tidak sepadan dengan penampilan dirinya yang ayu.

Dia berhenti seketika bagi melepaskan penat. Kawasan hutan yang luas itu terasa begitu riuh dengan pelbagai bunyi-bunyian unggas dan pelbagai hidupan. Dia berasa terhibur, mengambil masa menikmati keindahan dalam suasana itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience