BAB 11

Fantasy Completed 6074

Pisau kecil itu di pegang lembut, satu persatu lapisan kulit pokok aneh itu dikupas. Seketika kemudian, gadis itu menggunakan kanta pembesar bagi mencari sesuatu. Kemudian penglihatannya dialihkan kembali kepada pokok aneh itu. Tidak ada tanda-tanda yang di carinya pada lapisan kulit pokok itu. Ini bermakna, dia harus menoreh lebih dalam bahagian batang pokok itu bagi mendapatkan apa yang dicarinya. Gadis itu mahu contoh dna pokok aneh itu tujuan pembiakan.

Keadaan berlainan sekali di permukaan paya itu. Ada ketika arus berombak perlahan, ada ketika arus berombak laju. Reaksi ini terhasil kerana pergerakan dan bunyi di dasar paya itu. Rusiar terdampar lemah di lantai lubuk. Darah pekat kelihatan di mana-mana. Kerana torehan Mingsarianur pada pokok aneh itu, manusia lumpur itu turut mengalami kesannya.

Tempoh hari masih tidak berpihak kepada manusia lumpur itu untuk menceritakan perkara penting ini. Dan anehnya, Rusiar sendiri keberatan memberitahu gadis itu walaupun ianya ternyata begitu penting. Rusiar dan pokok aneh itu berkongsi nyawa sejak lahir. Kejadian ini pasti memudaratkan dirinya sendiri, jika torehan lbih dalam dilakukan oleh Mingsarianur, hakikat manusia lumpur ini pasti kehilangan nyawa pasti berlaku.

Gadis itu melangkah lesu. Terus saja menghempaskan diri di atas katil. Sudah beberapa hari Mingsarianur datang ke paya itu, namun hampa. Kelibat manusia lumpur yang dicarinya tidak dijumpainya. Sebenanrnya, Rusiar masih di dasar paya, terbaring lesu menanggung kesakitan akbat torehan yang dilakukan gadis itu terhadap pokok aneh tempat tersimpannya nyawa manusia lumpur itu. Kerana keadaan itu, gadis itu mengambil keputusan mahu meneruskan ujikaji terhadap pokok aneh yang di simpan di makmalnya.

Tangan gadis itu sedikit menggeletar, mata pisaunya sudah di arahkan tepat. Seketika sebelumnya, dia begitu pasti mahu mendapatkan teras yang mengandungi dna pokok aneh itu namun sekarang…pergerakannya terhenti. Masa seakan terhenti, seketika kemudian…mata pisau kecil itu dibenamkan jauh kedalam batang pokok itu. Ia ditarik lurus hingga ke hujung, terserlah teras batang pokok isitimewa itu. Putih bersih. Mingsarianur tersenyum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience