BAB 2

Fantasy Completed 6074

Alunan nyaring jentera-jentera projek pembalakan itu tiba-tiba mati. Satu persatu mesin-mesin berat itu kelihatan berterbangan di udara. Mingsarianur tersentak, terkejut melihat situasi tersebut. Semua pekerjanya bertempiaran menyelamatkan diri. Seperti ada satu kuasa yang mengangkat setiap batang balak yang ada dan dilemparkan ke kawasan sekeliling. Kawasan projek itu benar-benar gegak gempar, diserang oleh kuasa misteri yang entah dari mana datangnya.

Mingsarianur masih disitu, kakinya seakan kaku. Tidak berupaya melangkah lari. Dia hanya mampu melihat sebatang balak besar terbang tepat ke arahnya, hilang sudah suara pekerja-pekerjanya menjerit menyuruhnya lari menyelamatkan diri. Mingsarianur cuma kekal di situ seperti menunggu ajal.

Rusiar tampil secara pantas dengan pergerakan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Sekuat tenaganya digunakan untuk menahan batang balak besar yang dilemparkan tadi dari mengenai Mingsarianur. Walaupun dia yang bertanggungjawab meranapkan jentera-jentera dan melakukan kerosakan ke atas kawasan projek pembalakan itu, namun dia tidak akan sesekali melakukan pembunuhan.

Menggunakan sepasang tangannya yang tegap, Rusiar melakukan tangkapan kemas ke atas batang balak besar itu dan dilemparkannya kembali ke arah yang diyakini tidak ada nyawa manusia bersembunyi. Langkahnya ini amat menelan tenaga, dia harus berundur segera. Dia tidak mahu dirinya diperlihatkan kepada manusia-manusia di situ di saat kudratnya semakin memakan diri. Sekilas kilat, Rusiar menghilangkan diri.

“Selamat pagi semua, tujuan saya memanggil semua pekerja untuk mesyuarat tergempar ini kerana ingin memberitahu kamu yang pihak syarikat telah mengambil keputusan menghentikan sementara projek ini serta-merta.”

Mendatar saja nada suara Minsarianur. Seketika kemudian, dia menghembus nafas berat. Mencari kata-kata yang sesuai bagi meneruskan ucapannya.

“Pekerja yang terlibat dalam proses baik pulih jentera yang rosak saja yang akan tinggal di tapak projek. Dan yang lain bolehlah bercuti sementara semua keadaan kembali beroperasi seperti biasa.”

Tiada bantahan yang dikemukakan. Para pekerja telah mengadakan perbincangan tidak rasmi akan tindakan yang sepatutnya diambil pihak syarikat. Minsarianur menangguhkan mesyuarat itu. Dia masih tidak berganjak dari tempat duduknya, memikirkan tindakan seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience