BAB 7

Fantasy Completed 6074

Gadis itu menutup pintu kaca makmalnya. Pandangannya dilontarkan sekali lagi ke arah pokok aneh itu. Dia akan melakukan lebih banyak lagi ujikaji pada masa akan datang hingga kepada peringkat terakhir iaitu mendapatkan teras pokok aneh itu. Buat sementara waktu ini, gadis itu akan memberi penumpuan kepada usaha siasatan yang dijalankannya. Tubuhnya berasa segar setelah membersihkan diri. Tilam katil bujang itu terasa begitu empuk ketika ini. Hanya itulah kemudahan terbaik yang ada apabila bekerja di tapak projek pembalakan.

Gadis itu baru saja ingin melelapkan mata, imbasan peristiwa terjumpa mahluk aneh segera menyegarkan kudrat pancaindera gadis itu. Mingsarianur masih ingat dengan jelas setiap detik peristiwa itu. Matanya terus berkerdip segar mengimbas kembali peristiwa itu, seketiak senyuman terbentuk dalm samar-samar cahaya bilik yang menjadi tempat tidur. Dan akhirnya kerdipan mata itu menjadi semakin perlahan dan perlahan sehingga terus tertutup.

Rusiar mula bermain dengan keseluruhan pergerakan anggota tubuhnya. Masih terasa saki baki sakit akibat luka tempoh hari. Dia melangkah keluar dari lubuk itu. Lubuk itu tidak dipenuhi air paya tetapi ruang kosong yang boleh didiami mahluk hidup. Inilah magis ciptaan tuhan. Rusiar bersedia untuk menyelam ke permukaan paya. Mahu segera memulihkan tenaganya. Dia mampu menyelam pantas, berenang pantas dan melakukan apa-apa pergerakan sama ada di permukaan atau di bawah air dengan begitu baik. Ini kelebihan yang dilahirkan bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience