BAB 1

Fantasy Completed 6074

Tidak semena-mena dahan-dahan besar itu bergegar. Semakin lama semakin kuat gegarannya hingga meluruhkan daun-daun hijau yang segar. Dahan besar itu tiba-tiba berhenti bergegar. Sepasang mata berurat menjalar kemerahan menderam kemarahanan. Rusiar masih di situ, tajam memerhati projek pembalakan dari atas dahan besar itu.

Sedikit demi sedikit kawasan hutan itu dicerobohi, hatinya sakit digenggam nekad dendam. Sudah sekian lama keturunannya gigih melindungi kawasan hutan itu. Sepasang kaki bersalut lumpur itu membuat terjunan ke bawah, mendarat lembut di atas muka bumi hutan itu. Rusiar berkira-kira akan strategi yang akan digunakan untuk mengsabotaj projek pembalakan itu. Dia harus berbuat sesuatu.

Mingsarianur separuh menjerit memanggil pekerjanya. Matanya melihat pelan kawasan projek seterusnya. Dia ingin berbincang terlebih dulu dengan pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan kebenaran projek pembalakan dari pihak yang berkenaan.

Mingsarianur tidak pernah bermimpi menjadi pemilik syarikat pembalakan yang diwarisi daripada bapanya. Dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai anak apabila bapanya memintanya berbuat sedemikian. Bapanya sudah tidak berapa sihat akibat diserang sakit misteri. Walaupun dia hanya seorang gadis, sifat takut tidak dimilikinya. Mungkin kerana dibesarkan sebagai anak perusahan balak, dia seperti sudah terdidik biasa di hutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience