BAB 5

Fantasy Completed 6074

Mingsarianur mengalami sedikit kesukaran untuk terus bergerak. Di dalam kepayahan yang ditemani bunyi ungas-unggas malam yang semakin rancak menyanyi, matanya pantas menangkap samar-samar cahaya. Dia memberanikan diri mendekati sumber cahaya itu. Dia berharap segala kemungkinan yang baik saja. Mingsarianur berhenti mencari. Sumber cahaya itu datang dari sebatang pokok aneh. Saiznya tidak besar, hanya berdiameter 200 sentimeter, dan setinggi tiga kaki. Pokok itu hanya memilik tiga helai daun lebar berbentuk seperti daun pisang. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyaksikan wujudnya spesies aneh seperti itu. Di dorong rasa ingin tahu, dia nekad mengambil keputusan ingin membawa pulang pokok itu untuk di kaji di makmal miliknya.

Rusiar yang sedang menjalani proses pemulihan tenaga tiba-tiba terjaga, berasa sesuatu yang buruk bakal berlaku. Setelah di amatinya, barulah dia sedar akan pokok istimewa yang menjadi kembar nyawanya itu telah diganggu manusia. Terbayang jelas di fikirannya akan wajah seorang gadis.

Dia bertempik marah, mahu berbuat sesuatu tetapi ternyata dia tidak mampu.Kudratnya masih tidak mengizikan, dia masih terlalu lemah untuk itu. Dia hanya mampu membiarkan pokok istimewa yang menyimpan nyawanya itu di ambil untuk dijadikan bahan kajian oleh gadis yang telah diselamatkannya tempoh hari. Dia pasti akan datang mengambil semula pokok istimewa itu setelah tenaganya kembali pulih.

Gadis itu sedikit menyanyi apabila selamat tiba di tapak projek pembalakan itu. Matanya bersinar melihat pokok aneh yang di jumpai. Mingsarianur berkira-kira akan melakukan kajian terhadap pokok aneh itu nanti. Segala maklumat yang diperolehi kelak akan disimpan untuk kegunaannya di masa hadapan. Bukan mudah untuk mencari spesies tumbuh-tumbuhan aneh. Hatinya berasa sedikit berbaloi dalam usaha menjejaki perbuatan sabotaj tempoh hari tanpa mengetahui pokok aneh itu mengandungi nyawa Rusiar dan ia akan turut mati jika sesuatu perkara buruk terjadi kepada manusia lumpur itu.

Rusiar hanya berdiri di atas permukaan air paya itu. Bukan ada kuasa luarbiasa tapi teknik apungan di permukaan air adalah salah satu keistimewaan dimiliki mahluk berlumpur itu. Dia mendongak ke atas, lalu meluruskan tangan mengikut arah kiri dan kanan bahunya. Dirinya kembali meraih segar setelah beberapa hari kehilangan tenaga.

Rusiar mula mengerakkan bibir, suaranya mula mengeluarkan halwa pelik tetapi merdu dan lembut. Kawanan-kawanan burung mula terbang rendah dan mengelilinginya, ada yang terus hinggap di merata-rata tubuhnya. Di bawah tapak kaki manusia lumpur itu, kumpulan-kumpulan ikan besar dan kecil turut membentuk bulatan mengelilingi. Semuanya kelihatan ceria dan gembira. Burung-burung itu turut mengeluarkan siulan seolah-olah mengiringi nyanyian Rusiar. Ikan-ikan seakan-akan melompat-lompat mengikut irama yang dinyanyikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience