Pertengkaran antara Puan Riana dan Encik Andi menganggu Hamraa yang sedang belajar.
Buku teks Biologi di hadapannya itu ditutup. Dia sudah tidak fokus lagi.
'Sampai bila aku kena hadap semua ni? Tak lama nak exam dah. Aku nak study kat rumah pun susah...'
Rambut yang tidak gatal digaru. Dia baru study setengah jam. Itupun baru satu subjek.
Hamraa menggeleng secara tiba tiba. Dia berdiri dan membuat beberapa senaman sebelum membuka semula buku.
'Aku kena paksa diri. Kalau tak nak kena pukul, baik aku belajar dan dapat result yang elok.'
Baru beberapa minit mengulang kaji pelajaran, pintu biliknya dibuka dengan kasar.
Jantung Hamraa berdegup laju. Kelibat Puan Riana di hadapan biliknya membuatkan dia sesak nafas dan takut. Semakin teruk, di tangan wanita itu ada helmet milik Encik Andi.
"Sini kau!"
Belum sempat mahu lari, tangannya direntap oleh si emak.
"Meh sini! Aku nak ajar sikit kau ni!" Kepalanya dipukul menggunakan helmet tersebut.
"Ibu sakit lah!" Tangisan Hamraa bergema, namun sedikit pun Puan Riana tidak kisah.
Darah merah keluar dari kepala gadis itu.
"Kenapa ibu langsung tak rasa kesian kat Hamraa? Apa dosa Hamraa kat ibu?!" Buat pertama kalinya, dia meninggikan suara. Dia betul betul dah tak tahan.
Puan Riana tergamam. Dia menjadi lagi baran apabila gadis itu sudah berani melawan.
"Ibu sakit lah!"
"Berani dah eh kau melawan! Sape ajar kau ni hah? SAPE AJAR?!" Dia menghentak dan terus menghentak kepala Hamraa.
"Riana! Stop lah buat macam tu dekat anak kita!" Encik Andi muncul dan cuba menghalang isterinya.
Pandangannya semakin kabur. Lama kelamaan,
semuanya menjadi hitam.
_____________________________________
Sebaik saja guru mata pelajaran subjek Kimia keluar dari kelas itu, majoriti sudah ramai yang bergerak ke kantin atau koop.
Linda menyiul perlahan terhadap Qasandra yang baru menyimpan buku buku di dalam begnya.
"Pelik ah. Dah seminggu dia tak datang. Takut sangat ke?" Tanya Linda sambil memandang sekilas pada meja Hamraa di belakang.
Qasandra tergelak.
"Kau ingat dia berani sangat ke? Dia bukannya ada kawan pun. Semua orang tak suka dia."
"Tapi kan..." Linda terdiam sejenak.
"Pe?" Tanya Qasandra ingin tahu.
"Tiba tiba je Aimi tu nak berkawan dengan dia? Kau tak nampak ke minggu lepas. Berkepit je dia dengan budak bodoh tu. Macam tak ada kawan lain pulak." Luah Linda.
"Ye ah tu. Asal eh? Aku pun pelik."
"Nak gi tanya dia ke?" Suara Linda berubah serius.
Melihat Qasandra yang hanya membisu, Linda menyambung.
"Just tanya direct je. Tak payah nak berlakon ah depan dia. Dia pun dah nampak kan kita buli Aimi selama ni? Kat tandas tu bukan first time?"
"Hum. Okay."
Mereka berdua keluar bersama dan mencari Aimi. Selalunya, gadis berambut tocang itu makan di kantin bersama dengan kawannya yang lain.
______________________________
Aimi menyilangkan tangannya. Dua orang gadis di hadapan direnung tajam.
Ketika itu, hanya mereka bertiga di belakang dewan. Memandangkan sekarang waktu rehat, tiada pelajar atau guru yang menggunakan dewan ketika ini.
"Cepatlah cakap. Buang masa je hadap muka korang ni."
Qasandra tersenyum sinis.
"Kitorang pun tak nak lah hadap kawan budak bodoh ni."
"Dia bukan budak bodoh. Dia ada nama okay?"
"Ah, lantak lah!" Herdik Linda.
"Asal kau tiba tiba je eh nak berkawan dengan dia? Selama kitorang buli dia ni, tak ada pulak kau nak masuk campur ke apa. Hari tu kat tandas tiba tiba je. Asal? Dah dapat hidayah nak tolong dia?" Linda bergerak selangkah ke hadapan.
"Haah. Dah dapat hidayah."
"Yeke? Ke kau nak tunjuk kat orang lain yang kau ni sebenarnya baik? Nak show off la ni?" Qasandra menjadi batu api.
Aimi membulatkan matanya.
"Excuse me? Apa aku dapat kalau aku buat macam tu?"
"Ahahahahaha!" Linda tergelak.
"Yelah, kau kan budak popular. Mesti la kena tunjuk dekat semua orang yang kau ni baik jugak!" Linda dan Aimi berkunci pandangan untuk beberapa saat.
"Cakaplah apa kau nak cakap. Orang dengki memang macam tu." Sebaik saja berkata demikian, Aimi terus meninggalkan mereka berdua.
"Huh. Berlagak." Kata Qasandra sambil menghantar pemergian Aimi dengan pandangan matanya.
Share this novel