7

Romance Series 4839

Puan Riana memegang pergelangan tangan Hamraa dengan kuat, hingga membuatkan gadis itu menangis.

"Dengar sini. Bapak kau tu dah tak ada kerja. Kau tu pulak still belajar lagi. Jadi, aku yang nak kema cari duit untuk bagi korang makan. Kena bayar bil semua."

Hamraa menunduk dan hanya mendengar, tidak berani mahu bertentang mata.

"Kalau kau tak nak kena pukul lagi, kau belajar kat sekolah elok elok. Pastikan exam kau semua dapat A. Aku tak kisah la kau lulus pun, tapi aku nak A. Kau faham?"

Perlahan lahan matanya memandang wajah si emak. Kepala dianggukkan.

"Bagus. Lagi satu, kalau kau tak nak bapak kau tu kena sama nasib macam kau, jangan cerita apa apa pasal kepala kau ni."

"Kalau aku dengar kau bukak mulut cerita kau kena dera dengan aku, tahu lah nasib kau."

Puan Riana melepaskan pegangannya.

"Dah. Berambuslah sana!"

Hamraa terus keluar dari rumahnya tanpa
menoleh balik ke arah Puan Riana.

___________________________

Sepanjang dia menaiki tangga, dia beristighfar dan berdoa agar dua orang gadis pembuli itu tidak menganggunya hari ni. Dia betul betul perlukan rehat.

Namun, sudah tentu itu hanyalah perkara yang dia harapkan. Realiti tidak seindah itu.

"Lama kau tak datang. Pergi mana?" Tanya Qasandra yang sudah siap menunggunya di depan pintu kelas.

"Tepi lah." Cakapnya dengan lemah.

"Cop! Cop! Kenapa dengan kepala kau ni?" Linda cuba memegang pada tempat yang dibalut, namun tangannya ditepis Hamraa.

"HOI! Kau pahal nak tepis tepis aku? Aku tanya je kan?" Tengkingnya membuatkan semua yang berada di dalam kelas itu memandang ke arah mereka. Namun sekejap saja.

"Aku tanya ni, kenapa dengan kepala kau? Kena pukul ke? Ahahahaha!" Qasandra mengambil tempat di belakang Hamraa.

"Entah entah kena pukul dengan mak dia kot? Ahahahah!" Linda ketawa terbahak bahak.

Mata Hamraa membulat. Dia tergamam.

"Eh, dia diam lah? Maksudnya betul lah apa aku cakap ni? Wow!"

"WOI!" Satu suara yang menengking daripada belakang membuatkan mereka bertiga berpaling.

"Tak habis habis nak kacau orang." Aimi datang menjadi penyelamat. Dengan pantas, dia menarik tangan gadis itu masuk ke dalam kelas.

"Kawan budak bodoh ni sibuk je la." Sempat Qasandra memerli.

"Itu la. Sesuai sangat la dorang kawan. Bodoh dan bodoh." Linda tidak ketinggalan dalam memerli juga.

"Jom ah masuk kelas. Kang ada pulak cikgu nampak kita buli dia. Nanti tak pasal pasal nama kita kena report nanti." Qasandra memasuki kelas dan dibontoti oleh Linda.

_____________________________

"Kenapa dah lama kau tak datang?" Aimi datang ke mejanya dan mengajukan soalan itu.

"Tak sihat."

"Kau demam ke?"

"Tak demam pun. Cuma, rasa tak sedap badan." Hamraa terpaksa berbohong. Dia tidak mahu orang lain tahu bahawa dia didera oleh emaknya sendiri.

"Maksudnya kau dah sihat la kan sekarang?" Aimi tanya dengan nada teruja. Seperti ada sesuatu yang mahu dia katakan.

"Aku -"

"Jom main bowling lusa ni. Aku dah ajak kawan aku yang lain dah. Tinggal kau je." Ayatnya dipotong oleh Aimi.

Hamraa mememgang kepalanya yang terasa berdenyut.

"Jangan kata tak boleh lagi. Kali ni kau kena jugak ikut."

"Sorry Aimi. Aku memang tak boleh pergi."

Wajah Aimi sudah bertukar.

"Kenapa pulak? Kau ni ada aje alasan! Kau tak suka kawan dengan aku ke?" Dia mula meninggikan suaranya.

'Masalah kat rumah tak pernah nak settle. Sekarang ni kat sini pulak.'

Kepalanya semakin berdenyut.

"Aimi, janganlah macam ni. Aku ada sebab aku sendiri." Suara Hamraa makin lemah. Kedua dua tangannya masih memegang kepalanya.

"Apa sebab dia?"

"Aku..." Hamraa tersepit. Adakah dia perlu bagitahu atau sembunyikan saja perkara tu? Kalau dia bagitahu, boleh ke dia percayakan Aimi?

"Apa sebab dia? Aku tanya kau ni!" Aimi menghentak meja. Mata mata di dalam kelas mula memandang mereka.

"Aku ada sebab aku sendiri. Aku mintak maaf, tapi aku tak boleh nak bagitahu."

"Selama ni kau memang tak ikhlas la kan kawan dengan aku? Semua tu tipu je la kan?" Mata Aimi berkaca. Nafasnya turun naik.

Hamraa mengehmbus nafas lalu melepaskannya. Dia dengan penuh lemah lembut mencapai tangan Aimi dan menggenggamnya.

"Aku memang seronok kawan dengan kau. Kau la orang pertama yang nak jadi kawan aku. Aku happy sangat. Tapi, aku ada alasan aku sendiri Aimi. Benda tu privacy aku. Aku harap kau faham."

"Kau memang tak percayakan aku daripada awal kan?" Dia bertanya dengan nada kasar.

"Mana ada -"

Aimi menolak genggaman tangan gadis itu. Hamraa kelihatan terkejut.

"Kita kan kawan! Bagitahu je la rahsia kau tu! Susah sangat ke?"

Di satu sudut, Linda dan Qasandra berbalas pandangan dan tersenyum melihat drama mereka berdua.

"Aku benci kau Hamraa!"

Sejurus mengucapkan ayat itu, Aimi berlari keluar dari kelas sambil menangis.

'Tolong jangan tinggalkan aku Aimi...'

______________________________

BUM!

Pintu dihempas kuat lalu dikunci. Mujur ketika itu tiada siapa di rumah melainkan dia.

Hamraa tersandar lemah di pintu bilik. Air mata jatuh deras. Sejak pulang dari sekolah tadi, air mata tidak henti henti turun. Hatinya hancur remuk. Satu demi satu masalah melanda hidupnya.

Muka dan tangannya lebam akibat dipukul Linda dan Qasandra.

Disebabkan apa yang terjadi di sekolah pagi tadi, dia menjadi mangsa amukan rakan sekelasnya yang lain. Kata mereka, itu balasan buat dirinya kerana menyakiti perasaan Aimi.

Aimi juga tidak ambil kisah tentang dirinya lagi. Dia memujuk dan meminta maaf banyak kali kepada gadis itu, tetapi Aimi sedikit pun tidak memandangnya apatah lagi mahu menjawab.

"Diorang fikir pasal perasaan dia je...Habis tu, aku ni macam mana?"

Dalam sedu sedan Hamraa berkata.

Tangisannya makin lama makin kuat.

Habis waktu sekolah, dia diseret ke belakang kantin oleh Linda dan Qasandra. Mereka berdua bukan setakat memukul dan menendangnya. Malah, nyawanya hampir turut melayang akibat dicekik oleh Linda.

Nasibnya baik kerana guru kelasnya, Cikgu Rauf menemui mereka. Cikgu Rauf jugalah yang menghantarnya ke klinik dan menghantarnya pulang ke rumah.

Perbualan antara dirinya dan Cikgu Rauf di dalam kereta masih segar dalam ingatan.

"Saya akan report diorang dekat pengetua. Kalau tak jalan jugak, saya terus report kat polis. Ni dah masuk kes bunuh dah ni." - Cikgu Rauf

"Cikgu, tolong jangan report. Saya mohon sangat jangan." - Hamraa

"Hamraa, sampai bila awak nak diam? Awak sedar tak diorang dah buat macam macam kat awak? Jujur saya kata. Kalau awak terus macam ni, diorang tak tergaka agak nak bunuh awak Hamraa." - Cikgu Rauf

"Saya tahu. Tapi..." - Hamraa

"Tapi apa? Awak takut?" - Cikgu Rauf

Dia bukannya takut pada mereka. Tapi dia takut pada maknya. Dia tak nak terus didera.

"Cikgu." - Hamraa

"Apa?" - Cikgu Rauf

"S...Saya ada benda nak bagitahu cikgu."
- Hamraa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience