11

Romance Series 4839

Hamraa menyorokkan seluruh tubuh dan mukanya di dalam selimut. Pintu juga sudah dikunci. Dia tahu sekejap lagi Puan Riana akan datang mengetuk pintu bilik dan memukulnya kerana dia tidak pergi ke sekolah. Lebih lebih lagi, minggu depan ialah minggu exam.

Mata kirinya masih lagi terasa sakit. Namun sakit itu sudah kurang berbanding semalam.

Matanya juga bengkak akibat menangis semalaman.

Dia betul betul dalam keadaan lemah ketika ini.

Untuk seketika, dia tertidur. Namun dia terjaga apabila terdengar suara Puan Riana yang memanggil namanya berulang kali.

"HAMRAA! KAU BUKAK PINTU NI SEKARANG!"

Hamraa menutup kedua dua telinganya. Dia tahu itu tidak berkesan, tapi dia betul betul sudah tidak tahan mendengar teriakan dan maki hamun wanita itu.

"AKU KATA BUKAK PINTU NI! HAMRAA!!"

"BERANI KAU KUNCI! MEMANG TERUK AKU KERJAKAN KAU NANTI!"

Air mata menitis lagi di pipi.

"BUKAK LA HAMRAA!"

"HAMRAA BUKAK LA!"

Beberapa saat kemudian, suara Encik Andi pula kedengaran.

"Dah la tu. Sampai bila awak nak seksa budak tu? Hamraa tu dah la tengah sakit. Biar la dia rehat." Encik Andi berkata dengan lemah lembut. Isterinya itu sudah seperti orang gila.

"DIAM! Kau tak ada kena mengena dalam hal ni. Ni antara aku dengan dia."

"Sudah la tu! Awak tu mak dia! Stop la jadi macam ni!"

"Aku kata jangan sibuk kan? Yang kau kisahkan snagat dia kenapa? Dia tu beban lah!"

Hamraa menangis teresak esak tatkala mendengar perkataan 'beban' itu keluar dari mulut Puan Riana. Mungkin dia sudah biasa dengar, tapi adakalanya dia terasa apabila dirinya itu dianggap beban.

"HAMRAA! BUKAK LA PINTU NI! KAU JANGAN SAMPAI AKU TENDANG PINTU NI!"

"STOP LAH RIANA!" Encik Andi menahan isterinya daripada terus terusan menendang pintu bilik Hamraa.

"LEPASLAH!"

"RIANA! BERHENTI LAH!" Melihatkan Puan Riana tidak mahu mengalah, Encik Andi juga begitu.

"KAU NI RIMAS LAH! KENAPA KAU NAK SAYANG SANGAT DIA NI? SEBAB DIA NI ANAK KAU DENGAN BETINA TU KE?!"

Jantung Hamraa bagaikan mahu terhenti. Apa maksud emaknya itu?

Encik Andi kelihatan bengang. Tangannya laju menampar wajah Puan Riana.

"Ouh. So memang dari dulu kau tak sayangkan aku pun kan? Kau sayangkan betina tu je!" Tengking Puan Riana.

"Dia dah mati! Jangan sebut sebut lagi pasal dia." Encik Andi dan Puan Riana memandang serius antara satu sama lain.

"Kenapa? Kau terasa ke aku sebut pasal orang yang dah meninggal?"

"Riana, aku -"

"Isteri lama kau tu curang dengan kau la Andi! Dia main dengan perempuan lain. Memang patut dia meninggal! Hamraa tu pulak anak haram!"

PAPP!

Sekali lagi pipinya menjadi mangsa.

Hamraa menutup mulut, cuba menahan esakannya yang semakin kuat.

"KAU MEMANG TAK GUNA LA ANDI!" Kedua dua tangannya menolak badan Encik Andi.

'Ayah!'

Hamraa segera membuka pintu tatkala mendengar suara ayahnya merintih kesakitan. Nyawanya sudah tidak dipedulikan lagi ketika ini.

"Ayah!" Baru saja mahu menuruni tangga untuk menolong si ayah, dia pula yang menjadi mangsa.

"SINI KAU HAMRAA!" Dia menarik cuping telinga Hamraa. Gadis itu meronta ronta minta dilepaskan. Tidak cukup dengan itu, dia menumbuk mukanya dan menendang perut gadis itu.

Hamraa menangis kesakitan.

"HAA NANGSI LA LAGI! INI YANG KAU DAPAT SEBAB TAK NAK DENGAR CAKAP AKU!"

BUK! Satu pukulan.

BUK! Dua pukulan.

Baru saja tangan Puan Riana mahu menumbuk Hamraa untuk kali yang ketiga, kini Encik Andi pula yang menolak isterinya itu.

"LARI HAMRAA!"

___________________________

Imran menamatkan enjin keretanya. Hujan turun dengan agak lebat pada malam itu. Dia bercadang mahu solat isyak memandangkan terdapat surau di situ.

Selepas saja menunaikan solat isyak, Imran keluar dari surau dan memakai kasutnya. Pada ketika itulah dia perasan bahawa Hamraa sedang tersandar lemah di hadapan tangga surau itu. Muka dan bajunya ada kesan darah. Baju dan tudungnya pula basah akibat terkena hujan.

'Ya Allah. Apa jadi kat dia ni?' Tanya Imran dalam nada risau. Belum pernah lagi dia ternampak seseorang dalam keadaan seteruk itu.

"Er...Dik." Tegur Imran. Dia tidak pasti sama ada Hamraa hanya pengsan ataupun tidak. Namun jauh sudut hati, dia tahu yang Hamraa tidak sedarkan diri.

"Adik..." Sekali lagi tiada jawapan.

Imran berdiri. Kepalanya menoleh kiri dan kanan.

'Patut aku angkat je ke eh dia ni? Macam tak ada orang lain je kat sini.'

Wajah Hamraa dipandang sekali lagi. Tanpa membuang masa, Imran mendukung badan kurus Hamraa dan membawa gadis itu masuk ke dalam keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience