"Assalamualaikum." Lemah saja suara Hamraa memberi salam. Dia bukannya suka pun duduk rumah ni. Tiada apa yang membuatkan dia gembira apabila berada di situ. Ada masa dia mahu lari rumah, tapi dia sayangkan ayahnya. Dia takut emaknya itu membuat sesuatu yang boleh mencederakan ayahnya. Dia takut dia tiada di samping ayahnya ketika ayahnya susah.
Ayahnya mungkin seorang kaki minum, dan dia akui perkara itu. Namun, ayahnya seorang yang penyayang dan ambil berat tentang dirinya. Walaupun Encik Andi jarang berada di rumah, sekurang kurangnya dia masih prihatin terhadap gadis itu.
Hamraa membuka kasutnya. Keadaan rumahnya sangat teruk. Tiada satu lampu dibuka membuatkan rumah itu gelap.
Dia berjalan ke arah Encik Andi yang sedang nyenyak tidur di atas sofa.
Selepas itu, dia berjalan pula ke arah langsir lalu menyelaknya.
Cahaya yang masuk ke dalam rumah itu membuatkan Encik Andi terjaga dan menggosok gosok matanya.
"Dah petang dah yah. Takkan nak tido lagi?"
Encik Andi menguap. Wajah anak tunggalnya itu dipandang sekilas.
"Sekarang pukul berapa?"
"Pukul tiga."
Hamraa duduk di atas sofa bersebelahan dengan ayahnya. Bau arak kuat menyelubungi lelaki itu. Hamraa menutup hidungnya.
"Ayah kena pecat lagi ke?" Hamraa bertanya.
Encik Andi mengeluh.
Dari riak wajah ayahnya, Hamraa dapat tahu bahawa ayahnya memang dibuang kerja. Itu bukan lah kali pertama.
"Sorry ya Hamraa. Ayah ni selalu sangat kena pecat. Teruk betul kan?"
Hamraa bersandar dan merenung siling.
"Mesti Hamraa malu ada bapak macam ayah ni. Yelah, ayah dah la tak pandai mana pun. Asyik kena buang kerja pulak tu. Makan minum family kita pun tak terjaga kadang kadang." Kata Encik Andi lemah.
Suasana sepi seketika.
"Hamraa tak malu pun." Akhirnya gadis itu bersuara setelah lama mendiamkan diri.
Encik Andi melihat wajah Hamraa.
"Betul ke Hamraa tak malu?"
Hamraa tersenyum nipis. Matanya masih melihat siling.
"Kenapa pulak nak malu? Hamraa sayang ayah. Walaupun ayah tak berjaya macam orang lain, sekurang kurangnya ayah still ambil berat pasal Hamraa. Ayah still masakkan makanan untuk Hamraa. Walaupun asyik makan nasi dengan telur, Hamraa still bersyukur."
Kata kata yang keluar dari mulut anak gadisnya itu membuatkan dia berasa gembira. Segera Encik Andi memeluk Hamraa.
Hamraa turut membalas pelukan itu.
Namun pelukan anak dan ayah itu tidak lama apabila enjin kereta Myvi milik Puan Riana kedengaran.
"Cepat naik atas."
Hamraa mengangguk lalu segera naik ke atas dan mengunci pintu biliknya.
______________________________
Pagi itu Hamraa sedikit bertenaga dan gembira mahu ke sekolah.
'Bestnya rasa ni. Kalau lah tiap tiap hari aku macam ni, mesti aku happy je kan?'
Dia berbual sendiri dalam hati.
Tiba saja di dalam kelas, dia ditegur oleh Aimi dengan satu senyuman lebar pada muka gadis berambut tocang itu.
"Yo Hamraa!"
Hamraa tersenyum kecil lalu berjalan ke mejanya.
"Petang ni kita makan kat luar nak?"
Hamraa berfikir sejenak. Dia tidak pernah keluar petang kecuali kerana hal sekolah. Kalau Puan Riana tahu, sudah tentu dia akan dipukul.
"Jom nak? Jom la jom la."
Mata Aimi memandangnya dengan penuh harapan.
"Sorry Aimi. Tapi saya tak boleh keluar. Petang ni saya ada hal." Bohongnya.
"Ala. Kau ada hal apa?"
"Hal keluarga." Sekali lagi dia terpaksa tipu.
"Penting sangat ke? Jom la keluar dengan aku! Dah lama aku tak keluar pergi makan." Aimi mula merengak seperti budak budak.
"Sorry. Saya betul betul tak boleh keluar. Lain kali boleh?" Setiap patah perkataan Hamraa turut dengan lembut dan berhati hati. Bimbang jika dia lukakan perasaan Aimi.
Aimi mengeluh.
"Hum yelah. Lain kali pastikan awak pergi okay!"
"In Shaa Allah."
________________________________
Aimi duduk di astaka sambil kaki disilangkan dan mata melekat pada telefonnya.
"Hui." Tegur seseorang yang baru tiba di situ.
"Lama ke nak habis? Boring la aku tunggu." Omel Aimi.
Muaz merenungnya pelik.
"Tiba tiba je kau ni. Dulu bukan main lagi singgah sini, kata nak cuci mata la bagai." Perli lelaki bertopi itu.
"Tah. Hari ni asal nak balik awal lak?" Satu suara lain di belakang Muaz pula menegur.
Aimi menyimpan telefon di dalam poket baju kurungnya. Wajah dua jejaka di hadapannya dipandang silih ganti.
"Aku ada buat kawan baru! And aku nak balik awal sebab aku nak buat satu list panjang. Kat dalam list tu, aku nak buat semua benda dengan kawan baru aku tu!" Ucapnya gembira.
"Kawan baru?" Kaz memandang Muaz, Muaz memandangnya balik.
"Siapa kawan baru kau tu? Budak baru kat sekolah kau ke?" Tanya Muaz sambil mula menyarungkan jersey yang dibawa di dalam beg galas. Kaz turut melakukan benda yang sama.
"Tak adalah. Dia dah lama kat sekolah tu, cuma aku baru start berkawan dengan dia."
Kaz menyilang tangan. "Siapa? Aku kenal ke?"
"Nama dia Hamraa. Budak kelas aku."
"Hamraa? Yang mana eh?"
"Ala, kalau kau perasan, dia duduk belakang sekali. Selalu buat hal sendiri."
Beberapa saat ketika barulah Kaz membulatkan matanya.
"Oh laaa! Dia ke?"
Muaz tidak masuk campur perbualan itu kerana dia 100% tidak kenal siapa perempuan yang dimaksudkan itu memandangkan dia berlainan sekolah.
"Haah. Dia la."
Kaz menjongekt jongket keningnya.
"Amboi. Sejak bila jadi rapat ni?"
"Suka hati aku ah. Eh dah la, aku nak balik ni! Bye Kaz! Bye Muaz!"
"Bye!"
Muaz dan Kaz melambai tangan pada Aimi sebelum turun ke padang untuk latihan ragbi.
Share this novel