"Saya dengar ada dua orang pengawas jumpa kamu dekat stor. Diorang kata waktu diorang jumpa awak tu, awak pengsan. Betul?" Pengetua Mawaddah membetulkan blazernya. Dia masih mengunci pandangan dengan Hamraa.
"Betul."
"Dan tak silap saya, waktu tu ada kebakaran. Nasib baik lah tak besar. Betul?" Tanya wanita berusia 40 an itu lagi.
"Betul pengetua." Hamraa bermain main dengan jarinya. Suasana di antara mereka agak tegang.
"Saya nak tahu, siapa yang buat awak macam tu? Orang yang sama jugak ke yang start kan kebakaran tu?"
Hamraa diam. Dia tidak tahu sama ada mahu jujur atau tidak.
'Kalau aku jujur, dia percaya ke?' Mindanya menerjah.
"Hamraa. Saya tanya awak ni."
Dia kelihatan teragak agak untuk beritahu, tetapi akhirnya dia membuka mulut.
"Linda dengan Qasandra."
Mata Puan Mawaddah bulat dan merenung Hamraa yang duduk di hadapannya.
"Aiyani Linda dengan Qasandra? Dua orang pelajar cemerlang tu? Mereka kelas kamu kan?" Tanya wanita itu, seakan akan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
"Ya... Diorang kelas saya."
Dengan pantas, Pengetua Mawaddah menafikan pengakuannya.
"Tolong jangan buat fitnah. Saya tak percaya mereka buat semua tu. Lagi lagi pasal isu kebakaran tu. Saya kenal diorang lagi lama dari saya kenal awak. Saya tahu diorang tak akan buat macam tu." Ada nada tegas dalam suaranya.
Hamraa rasa geram. Hujung baju kurung dia genggam kuat.
"Tapi saya mangsa kat sini. Saya kena pukul dan saya kena tendang!"
"Ya, awak memang mangsa dekat sini. Tapi awak menipu pasal diorang! Selama saya kat sekolah ni, saya tak pernah pulak terima aduan yang Linda dengan Qasandra tu buli atau buat vandalisme kat sekolah ni. Tak ada. Yang saya dengar cumalah diorang tu dapat anugerah pelajar cemeralng dan pelajar contoh. Awak ada ke?" Pengetua Mawaddah bermati matian mempertahankan dua orang gadis itu.
Kerana rasa dianiaya, Hamraa menghentak meja.
"Memang diorang pelajar contoh, tapi hakikatnya diorang tu pembuli! Mungkin ada ramai lagi yang dah jadi mangsa diorang, cuma takut nak buat report." Hamraa sebaik mungkin mengawal nadanya.
"Hamraa, awak fikir saya percaya apa awak cakap? Awak jangan main tuduh diorang berdua ya!"
Hamraa mengepal tangannya.
"Saya tak tuduh! Saya cakap benda yang jelas, yang betul! Dan bukti dia, muka saya ni lah." Dia menunding jari pada mata dan bibirnya yang bengkak.
Pengetua Mawaddah tergamam seketika.
"Pengetua masih tak percaya saya lagi ke? Saya kena pukul, kena tendang dengan diorang tapi pengetua masih lagi nak back up diorang?"
"Biadap!" Katanya dengan nada paling maksimum.
"Memang patut pun saya tak percayakan kamu. Tak reti langsung hormat orang tua!"
"Saya mintak maaf. Saya langsung tak ada niat nak biadap. Saya cuma -"
Pengetua Mawaddah mengisyaratkannya agar keluar.
"Pengetua, saya -"
"Tolong keluar. Jangan buat saya ulang lagi sekali."
Dengan perasaan kecewa, Hamraa keluar dari pejabat.
___________________________
Segala tangisan dilepaskan di tandas. Waktu itu waktu rehat, jadi tidak ramai yang pergi ke tandas. Hamraa menggunakan peluang itu untuk menenangkan dirinya.
Segala rasa tertekan sama ada di sekolah mahupun di rumah dilepaskan di situ. Dia tidak mahu menangis di hadapan orang lain. Dia tidak mahu kelihatan lemah.
Lama Hamraa bercangkung sambil memeluk dirinya. Setelah memastikan dirinya betul betul sudah tenang, dia bangun dan pergi ke sinki. Dia membasuh mukanya.
"Kan betul tekaan aku dia ada kat sini." Satu suara menyapanya. Dia tahu suara itu.
Hamraa buat tidak tahu dan membasuh mukanya lagi.
"Tak baiklah kau ni Linda. Tengok tu. Dia mesti menangis tadi. Kesian dia kan?" Kata Qasandra dengan penuh sarkastik.
Tawa mereka berdua saja sudah kuat di dalam tandas itu.
Hamraa buat buat tidak dengar. Dia melihat sekilas wajahnya. Dia bersyukur matanya yang menangis tadi tidak lagi merah.
"Hamraa oh Hamraa. Sorry la ek pasal apa kitorang buat hari tu kat kau. Kau tak marah kan?" Linda sedikit pun tidak ikhlas meminta maaf pada gadis itu.
'Sabar Hamraa sabar. Jangan cari gaduh lagi.'
Walaupun sentiasa dipukul dan didera oleh emaknya, dia tak nak kerana dia bergaduh di sekolah menjadi sebab Puan Riana menderanya dengan lebih teruk lagi.
"Bisu ke dia ni? Ke kau marah hah?" Qasandra menapak selangkah mendekati Hamraa.
"Benda dah lepas. Tak payah nak ungkit lah." Jawabnya kasar.
"Eh, mampus aku lah nak ungkit ke tak. Ni mulut aku kan. Yang kau baran sangat apahal?" Bahu Hamraa ditolak oleh Qasandra.
"Suka hati aku lah. Ni kan mulut aku." Balasnya semula.
Qasandra mengetap giginya. Dengan laju dia menampar pipi Hamraa. Tak cukup dengan itu, dia menolak Hamraa jatuh lalu memijak kuat kakinya.
"Erghh..." Hamraa cuba menahan kesakitan yang dialaminya. Dia tidak mahu merayu lagi di hadapan dua orang gadis yang tidak berhati perut itu.
'Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah...'
Linda dan Qasandra gelak sepuas puasnya.
"Itulah kau! Lain kali jangan cari pasal lagi dengan aku! Kan dah kena. AHAHAHA!"
Tiba tiba, seseorang masuk ke tandas dan menghentikan perbuatan mereka.
"Woi! Apa korang buat ni!"
Linda dan Qasandra tergamam. Begitu juga dengan Hamraa. Serentak mereka semua menoleh.
'Aimi.'
Aimi yang berambut tocang satu memandang sinis ke arah Qasandra. Selepas itu dia mengalihkan matanya dan memandang pula Linda.
"Apa korang buat ni?" Tiada senyuman pada wajahnya apabila dia bertanya.
"Apa kitorang buat? Kitorang cuma borak borak je. Kenapa?" Linda cepat cepat menayangkan muka tidak bersalahnya. Suaranya juga ditekan menjadi lembut.
"Borak borak?" Aimi tergelak sinis.
"Borak apa sampai Hamraa kat lantai tu? Borak ke buli?"
Qasandra menggaru pipinya yang tidak gatal.
"Eh Linda! Cikgu ada panggil kita kan tadi suruh mintak tolong? Jom la cepat!" Tangan Linda ditarik lalu mereka berdua pantas beredar dari situ.
Hamraa memegang tempat di mana dia dipijak. Nasib baik tidak lebam atau luka, cuma rasa sakit itu ada.
"Kau okay?" Aimi menghulurkan tangannya.
Tanpa teragak agak, Hamraa menyambut huluran itu.
"Okay."
___________________________________
"Teruk betul la diorang tu. Tak habis habis nak buli kau." Luah Aimi sebaik saja mereka berada di dalam kelas. Memandangkan Linda dan Qasandra adalah pengawas, jadi mereka sedang bertugas pada waktu ini.
Hamraa diam. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Dia pelik, kenapa gadis sepopular dan secantik Aimi mahu menolongnya?
"Lain kali kalau diorang buli kau lagi, bagitahu je terus cikgu cikgu tu. Okay?"
'Tak berkesan.' Mindanya bersuara.
"Hamraa?"
Hamraa yang sedari tadi memandang luar tingkap segera memusingkan kepalanya.
"Ah...Ya?"
"Kau dengar tak apa aku cakap?" Lembut sekali Aimi bertanya.
Hamraa mengangguk lemah.
Dia kembali memandang ke luar tingkap. Tiada topik yang mahu dibualkan. Lagipun, dirinya tu dianggap sebagai orang luar. Selama dia bersekolah di situ, dia mana ada kawan.
"Urm...Kau tak makan kan waktu rehat tadi?"
Kepala ditoleh agar memandang wajah anggun milik Aimi.
"Tak."
"Mak aku masak nasi goreng ni banyak. Ambik lah sikit." Bekalnya dihulurkan.
Hamraa melihat Aimi dan bekal itu silih ganti.
"Boleh ke?" Dia sebenarnya sedikit tersentuh dengan kebaikan gadis itu.
"Apa pulak tak boleh? Ambik je. Kalau aku makan sorang pun, belum tentu habis." Aimi merapatkan dirinya agar mereka boleh makan bersama sama.
Walaupun rasa teragak agak, akhirnya Hamraa makan juga bersama Aimi. Walaupun pada mulanya mereka berdua agak kekok kerana masing masing hanya diam, lama lama mereka berdua berbual juga. Dari topik sekolah, selebriti, kpop dan sebagainya.
Share this novel