Hamraa berdiri di hadapan pagar sekolah yang terukir nama sekolah tersebut. SMK Sri Jaya. Dia menarik nafas dalam dalam, seperti yang dilakukan setiap hari apabila dia tiba di sekolah.
'Kau kuat. Kau boleh hadap semua ni.' Bisik hatinya.
Dia melangkah perlahan lahan menuju ke kelasnya yang berada di tingkat dua. Memandangkan waktu itu masih awal pagi, jadi tidak begitu ramai pelajar yang ada. Hanya enam orang sajaha yang ada di dalam kelas termasuklah dirinya.
Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya.
Meja Hamraa penuh dengan tulisan yang diconteng. Kebanyakan tulisan di situ berunsur negatif.
'Pergi mati'
'Elok mampus jela kau ni'
'Bapak kau kaki minum kan?'
Hamraa menggengam tangannya. Dia menarik nafas untuk menenangkan dirinya.
Seorang gadis menarik kasar tudungnya secara tiba tiba. Di hadapannya, seorang perempuan berkaca mata dan bertudung tersenyum sinis ke arahnya.
"Kau ni memang tak serik serik kan? Dah tahu diri tu kena caci, kena maki, still datang jugak sekolah buat apa?" Herdiknya.
Hamraa melihatnya dengan pandangan tajam. Dia langsung tidak memusingkan kepala memandang kiri dan kanan untuk meminta bantuan kerana dia tahu mereka semua tidak akan menolongnya. Lagipun, ini bukan kali pertama.
"Suka hati akulah. Kau jeles?" Hamraa menepis tangannya.
Gadis berkaca mata itu atau namanya, Linda, kelihatan marah.
Kerana ego, dia menumbuk tepat muka Hamraa sehinggakan Hamraa terjatuh. Pelajar pelajar lain terkejut dengan tindakannya itu, namun mereka kembali membuat hal masing masing. Tiada seorang pun yang menolong Hamraa.
"Argh..." Cecair merah keluar dari hidungnya. Hamraa menyentuh tempat tersebut.
"Sakit ke? Oops, sorry!" Linda tergelak gelak sehingga keluar air matanya.
"Apa yang lawak?" Tanya Hamraa. Dia segera bangun dan membetulkan baju kurung dan tudungnya.
"Apa yang lawak? Kau tanya aku apa yang lawak? Kau patut tengok muka kau macam mana! Ahahahaha!"
'Sabar Hamraa sabar. Tinggal tahun depan je lagi. Kau kena tahan. Setahun je tinggal.'
Dua tiga pelajar yang sampai mematikan gelak Linda. Dia berdehem beberapa kali serta membetulkan cermin matanya lantas dia kembali ke tempat duduk. Sempat dia melanggar bahu Hamraa. Mujur gadis itu mengelak. Kalau tidak, tentu dia akan jatuh sekali lagi.
____________________________
"Baiklah, sekarang siapa nak jawab soalan ni?" Cikgu Xiao Li selaku guru matematik tambahan kelas itu bertanya. Sudah bertahun dia mengajar di situ, jadi bahas melayunya juga sudah fasih.
Seluruh kelas diam. Ada yang menundukkan kepala. Ada yang buat buat minum air dan ada juga yang buat buat seperti sibuk menulis sesuatu pada buku mereka.
"Hm? Takde sesiapa nak jawab ke?"
Masih diam.
"Saya." Hamraa mengangkat tangan. Cikgu Xiao Li tersenyum.
"Ok Hamraa. Apa jawapan dia?"
"225."
"Okay, bagus Hamraa." Puji wanita berbangsa cina itu. Dia menulis jawapan tersebut pada papan putih.
Linda mengonyokkan kertasnya. Dia berasa geram. Dia memusingkan kepala memandang Hamraa yang sedang tersenyum. Gadis itu tidak perasan dirinya sedang direnung.
Rasa benci dalam hati Linda semakin bertambah. Dia tidak puas hati jika orang lain lebih hebat daripada dirinya. Dia jadi dengki.
"Linda Mastura." Suara tegas Cikgu Xiao Li membuatkan dia automatik pandang semula ke hadapan.
"Ya cikgu?" Jawabnya sopan.
"Saya tahu la awak ni pandai, budak cemerlang. Tapi awak kena ingat, subjek saya ni awak lemah. Periksa minggu lepas pun awak fail kan? Addmath ni bukan subjek senang. Kalau nak pandai, tolong fokus dalam kelas. Understand?"
"Understand."
_____________________________
"Aughh!" Badan Hamraa ditolak kuat sehinggakan kepalanya terhantuk pada dinding.
Selepas saja habis kelas tadi, Linda dan seorang lagi temannya, Qasandra menarik tangan Hamraa dan membawanya ke stor. Mereka mengunci pintu terlebih dahulu. Bimbang jika ada sesiapa yang masuk nanti.
"Suka la kau kan? Hah? Suka la kan aku kena marah ngan betina tadi?" Tanpa belas kasihan, dia menarik tudung Hamraa.
"San, bak lighter tu."
Qasandra mengeluarkan lighter dari dalam poket baju kurungnya lalu mencampaknya kepada Linda.
"Jangan! Tolong jangan!" Rayu Hamraa. Air matanya menitis di pipi.
Linda bongkok sedikit agar dia dapat melihat wajah sugul Hamraa.
"Ala siannya. Jangan la nangis okay? Buruk betul muka kau."
"Tahnya. Tak payah la nak nangis bagai. Geli bodoh." Qasandra turut sama memerli.
"Nilah yang kau dapat sebab malukan aku! PADAN MUKA!" Dia menendang perut Hamraa beberapa kali.
Cecair merah keluar dari mulut gadis malang itu apabila perutnya ditendang kuat. Bukan sekali dua, tetapi banyak kali.
"Weh, cepat la bakar tudung tu. Kang jap lagi cikgu datang pulak." Desak Qasandra.
"Sabar la. Aku tak puas lagi ni!"
PUK ! PUK ! PUK !
Melihat Hamraa yang sudah senyap dan berhenti melawan, Linda mengukir senyuman kemenangan. Lighter yang dipegang tadi dibawa dekat dengan tudung.
Api mula menunjukkan dirinya.
"Weh weh, jom keluar! Jom!" Qasandra menarik lengan Linda lalu mereka berdua berlari keluar dari stor itu meninggalkan Hamraa yang terbaring lemah di lantai.
Share this novel