6

Romance Series 4839

"Humph!" Aimi membaringkan kepalanya di atas meja yang menghadap ke arah Muaz dan Kaz yang masing masing sedang bermain telefon.

"Lapar ke Mi?" Tanya Kaz tanpa memandang rakannya itu.

Aimi menjeling.

"Bukan lapar la! Aku baru je makan nasi lemak kat rumah Muaz tadi." Memang Aimi akan selalu singgah di rumah Muaz setiap hari kerana mereka jiran.

Kaz mengehtak meja.

"Woi! Aku tengah main ni!" Marah Kaz sambil membetulkan topinya dengan sebelah tangan.

"Asal tak ajak aku? Mak aku tak masak pun pagi tadi! Bapak ah Muaz!"

Muaz mendengus.

"Salah kau la. Aku dah call banyak kali pagi tadi."

Kaz tersengih malu.

"Oh... Hehe. Aku mute."

Muaz menunjal kepala lelaki itu.

"Haihh!" Keluhan Aimi yang kuat itu membuatkan dua jejaka itu terpandang ke arahnya.

"Pahal kau ni? Dari tadi cam moody je. Kata tak lapar." Usik Kaz.

"Aku dah kenyang lah bongok!"

"Dah tu asal?" Tanya Muaz pula.

Aimi melihat lama telefonnya dengan muka sedih.

"Hamraa tak balas pun mesej aku. Dari hari tu lagi. Dah la dah lama dia tak datang sekolah."

"Maybe dia ada hal la tu." Muaz bersangka baik.

"Ye ke dia ada hal?"

Kaz menendang perlahan kaki Aimi.

"Husnozan la Mi! Dia kan kawan kau. Mungkin betul apa kata Muaz tu, yang dia ada hal. Lek ah. Tu pun nak kecoh."

Aimi buat dengar tak dengar dengan ayat yang keluar dari mulut Kaz.

Dia kembali merenung telefonnya.

12 March 2020
Aimi : uit. tengah buat ape tu?

13 March 2020
Aimi : hamraa! balas la mesej aku ni. kau busy ke? jom la borak dgn aku!

18 March 2020
Aimi : hamraa oh hamraa~ jom outing lusa ni nak?

"Ish... Dia ni pergi mana?"

_______________________________

Hamraa menjamah bubur yang baru saja dibeli oleh Encik Andi.

Bubur yang berbaki separuh itu dipandang dengan hiba. Perlahan lahan, air matanya tumpah.

Hamraa melayan perasaannya hanya dalam tempoh sekejap apabila dua orang pesakit yang sama wad dengannya masuk.

Air matanya cepat cepat diseka.

Sudah seminggu dia tidak menghadirkan diri ke sekolah kerana masuk hospital akibat dipukul. Encik Andi pula meninggalkannya seorang diri di hospital kerana dia perlu mencari kerja baru. Kalau tidak, pasti dia dan Hamraa akan menjadi mangsa amukan wanita panas baran itu.

______________________________

"Minggu depan dah start exam. Jadi balik rumah ni, study tajuk tajuk yang saya tulis kat depan ni. Memang semua tajuk ni masuk." Kata Cikgu Syamsul selaku guru kelas dan guru sejarah kelas itu.

"Alaaa cikgu." Satu kelas sudah bermasam muka.

"Takde ala ala. Balik rumah ni study. Pubg dengan kdrama tu semua letak tepi dulu." Nasihat lelaki berkaca mata itu.

"Ok, ketua kelas mana?"

Seperti biasa, setiap kali habis waktu, guru kelas akan menyuruh pelajar lain berdiri dan mengucapkan terima kasih.

"Dah study ke?" Tanya Linda kepada satu satunya kawan baiknya.

"Awal awal lagi dah. Mak aku kat rumah dah beli belambak gila buku latihan." Bebel Qasandra.

"Same goes to me. Mak ngan ayah aku siap panggil personal tutor lagi. Hensem weh tutor tu. Muda pulak tu." Linda mengenyitkan matanya.

Qasandra yang baru saja mahu menyalin nota ringkas tentang subjek sejarah sebentar tadi berhenti. Segala perhatiannya diberikan kepada Linda.

"Ye ke? Ada gambar tak? Single ke?"

Linda menghamburkan tawanya.

"Amboi amboi! Laju je kau eh!"

Qasandra tersengih malu.

"Pat ah weh. Ada gambar tak? Nak tengok sikit muka dia."

Linda mengeluh.

"Takdela sis. Dia kan tutor aku, buat apa nak ada gambar dia bagai?"

Qasandra memuncungkan bibirnya.

"Boring la kau ni."

"Hek eleh."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience