"SAMPAI BILA KORANG NAK BUAT AKU MACAM NI?!" Hamraa menjerit menggunakan suaranya yang paling maksimum. Tekak yang sakit tidak lagi dipedulikan. Yang penting sekarang maruahnya perlu dipertahankan.
"Nice shot Linda!" Qasandra menepuk bahu rakannya itu.
"Angle ni pun okay jugak do! Wuu, seksi!" Linda silih ganti melihat Hamraa dan skrin telefonnya.
Baju kurung Hamraa habis basah lencun dan menyebakan baju dalamnya nampak. Tudungnya juga sudah dibuang entah ke mana.
"Popular la kau esok Hamraa! Aku akan post gambar kau ni malam ni jugak. Hehe." Linda ketawa kecil.
"KORANG MEMANG TAK GUNA!" Matanya memandang satu per satu insan yang ada di situ dengan penuh kebencian. Linda. Qasandra. Aimi.
"Kau tu yang tak guna! Dah la tikam belakang kawan sendiri!" Aimi melangkah ke hadapan. Rambut panjang Hamraa ditarik.
"Bila masa aku tikam belakang kau? Bila?" Balas Hamraa. Nafasnya turun naik.
"Kau tak payah nak berlagak baik sangat la Hamra! Pompuan macam kau ni memang murah. MURAH."
"Aku ke kau yang murah?"
"Apa kau cakap?" Aimi tidak dapat menyorokkan mukanya yang terkejut itu.
"Kenapa pulak aku yang murah? Bukan kau ke yang murah?"
"POMPUAN TAK GUNA!" Aimi menjerit. Linda dan Qasandra tersentak.
Pipi Hamraa ditampar kuat. Kemudian, Aimi mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.
Linda dan Qasandra saling berpandangan.
"A...Aimi, kau nak buat apa dengan pisau tu?" Linda mula mematikan telefonnya. Perlahan lahan dia mengambil langkah menghampiri Aimi.
Malang tidak berbau.
Tidak sempat mahu mengelak, pisau itu terkena tepi matanya. Cecair merah mula keluar.
"LEPASKAN AKU!" Linda dan Qasandra menahan Aimi. Kalau tidak, entah apa lagi yang akan dia buat pada Hamraa.
"Jom blah la!" Mereka bertiga terus berlari dari situ.
______________________________
"Bagitahu ayah. Siapa yang buat macam ni dekat Hamraa? Hamraa kena buli ke dekat sekolah?" Tanya Encik Andi sambil menyapukan ubat pada mata kiri anak tunggalnya itu.
"Tak adalah yah. Hamraa terkena bucu meja tadi. Tu yang jadi macam ni." Bohongnya.
"Jangan tipu ayah. Cakap cepat. Siapa yang buat macam ni dekat Hamraa? Ayah nak report dia, biar dia masuk dalam lokap! Tak kisah la dia anak pengetua ke, menteri ke apa, salah tetap salah."
Bebel Encik Andi.
"Hamraa tak tipu la. Memang betul mata ni terkena bucu meja."
Sejurus selesai menyapukan ubat pada tempat yang terluka, dia duduk bersebalahan dengan Hamraa.
"Jangan seksa diri sendiri Hamraa." Hanya disebabkan perkataan itu saja yang keluar dari mulut si ayah membuatkan dia menangis.
"Sampai bila Hamraa kena hadap semua ni yah... Hamraa penat la. Dah la dekat rumah dah kena macam macam dengan ibu. Lepas tu kat sekolah pulak..." Ayat akhirnya tergantung. Hanya tangisan saja menemani dirinya ketika ini.
Encik Andi turut sama menangis. Dia memeluk Hamraa dengan penuh erat dan kasih sayang.
"Ayah mintak maaf Hamraa. Ayah dah gagal nak jadi ayah dan suami yang baik... Ayah gagal. Maafkan ayah ya Hamraa..."
"Hamraa rasa macam nak bunuh je diri Hamraa...Buat apa lama lama hidup tapi end up jadi macam ni?"
"Jangan Hamraa. Jangan..." Encik Andi mengetatkan lagi pelukannya.
"Ayah mungkin tak layak nak cakap macam ni, tapi Hamraa kena selalu ingat. Allah tu sentiasa ada untuk kita. Jangan give up. Jangan bunuh diri. Kita kena kuat."
Tangisan Hamraa makin bergema di ruang tamu.
"Ayah janji Hamraa, ayah akan cari kerja. Lepas tu, bila duit ayah dah banyak sikit, kita keluar dari rumah ni ya? Ayah janji."
_____________________________
Linda tersandar pada dinding. Gambar Hamraa yang ditangkap di sekolah petang tadi dipandang sekilas.
"Patut aku post ke tak gambar ni?"
Qasandra yang sedang mengunyah gula gula getah mengangguk.
"Tapi kau jangan post guna akaun kau pulak. Kau guna la akaun orang lain." Sambung Qasandra lagi.
"Kau gila ke apa? Memang tak ah aku nak post guna akaun aku. Even bukan main account pun, aku tetap tak nak guna akaun lain dalam fon aku ni. Kang tak pasal pasal aku lak yang kena."
"Tapi an, Aimi tu dah gila ke apa? Kalau kita takde kat situ, agak agak dia bunuh tak si Hamraa tu?" Tanya Qasandra.
"Itu la yang aku frust tu! Kot ye pun marah, tak payah la pisau tu! Kalau waktu tu orang lain nampak, memang mampus kita weh!" Linda mengepal buku limanya.
"Whatever la. Benda dah lepas dah pun."
Linda mendengus kasar. "Salah Aimi bodoh tu la!"
"Dah, dah! Let's pretend we didn't see that. Okay?" Qasandra cuba menenangkan Linda.
"Hum. Yelah."
Share this novel